Rabu, 12 Disember 2012

Saccharine diharamkan


Saccharine diharamkan

Sakarin adalah sejenis pemanis tiruan yang pernah diguna pakai dalam pembuatan kicap manis, gula-gula untuk kanak-kanak dsbnya. Ia kini diharamkan kerana kesan kesan buruk yang jelas kepada kesihatan. Semasa ia belum diharamkan, masih tiada kesan kesan buruk kepada kesihatan yang boleh dijadikan bukti untuk mengharamkannya. Pada waktu itu (1980an kut?), junk food kanak-kanak berleluasa memakannya dan sekarang kanak-kanak yang telah dewasa mendapat berbagai musibah dalam bentuk penyakit kronik, kanser, kerosakan organ atau penyakit ganjil...

Antara bahan yang mempunyai kesan buruk kepada kesihatan tetapi masih belum diharamkan adalah seperti bahan penambah perisa makanan iaitu Monosodium Glutamate (MSG) dan pemanis tiruan yang digunakan pesakit diabetes, aspartame.

Ini adalah contoh bagaimana diri anda akan dijadikan sebagai tikus ujikaji atau guinea pig kepada syarikat-syarikat pengeluar gergasi mahupun FDA demi menjana keuntungan. Perkara sebegini telah berlaku sedari lama lagi. Apabila sesuatu produk itu dikenalpasti kesan jangka panjangnya akan memeudaratkan kesihatan manusia seperti boleh merosakkan buah pinggang atau menjadi kanser barulah ia diharamkan . Pada saat itu, syarikat pengeluar telah mengaut untung berjuta ringgit dan yang menjadi mangsanya adalah diri anda atau anak2 serta kaum keluarga anda sendiri.

Yang kita hairankan kenapa syarikat syarikat besar pengeluar produk beracun ini terlepas daripada membayar pampasan kepada anak anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka akibat kanser dsbnya?

Untuk kisah lanjut sila baca:

1.   Over the counter Natural Cures - Shane Ellison, M.S.

2.   Death by Prescription - Ray D. Strand, M.D.

3.   What Your Doctor Doesn't know about nutritional medicine may be killing you - Ray D. Strand, M.D.

4.   Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP & buku-buku panduan yang dikeluarkan olehnya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.