Khamis, 15 Disember 2011

Malaysia Herbal Shop Address


Top of Form
Malaysia Herbal Shop
8-3 Jln 7,1g-1, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Email : admin@herba.com.my
Tel : +6012-6439755

Natural herbs
Natural herbs are precise extraordinary and it has accumulated wild, and consequently, are not subjected to whatsoever pesticides. Numerous naturalized plants don’t involve the consumption of pesticides because they've biological immunity to pathogenic organisms and insects. Thus, natural herbs are diverse varieties of herbaceous plants whose fresh or dried portions are used to season foods, offer perfumes, and provide natural dyes or build industrial and pharmaceutical productions. Herbs are a particular group from plant life used for flavoring and fragrances, and besides even a best source of antioxidants than otherwise foods. 


Herbs is higher quality for nutrient
Herbaceous plant is the higher quality nutrient needed for physical body to protect from dangerous disease. Human body is a miniature of wholly world and this microcosm could make up harmonized with supporter of nature's rhythm. Human being merely balances his demands in compliance with nature. Herbs are the merely directions through which human body can avoid the negative energy that surrounds in the form of disease and to preserve equilibrium. Herbs are stated to be the most efficient to cure the severest disease on this world.


Herbal for health supplements
Herbal are traditionally used as health supplement and for strengthening the body. Herbal also for relief of body heated and for general debility, reducing minor swelling, weakness after illness or childbirth. For those who loss of appetite and difficulty in sleep, taking suitable natural herbs can resolve these problems. Traditional herb also used for improving blood circulation, urination, bowel movement and relieving mild vomiting. Taking herbs consistency enables strengthening muscle and bone, relieving muscular pain, waist ache and backache as well.

Top of Form

Mengamalkan herba secara konsisten dari peringkat awal dapat mencegah tubuh kita dari mengidapi penyakit yang merbahaya. Di samping itu, pengambilan herba dapat mengekalkan kesihatan dan awet muda selain daripada mengamalkan budaya hidup sihat. Ebook herba ini memberi cadangan serta ulasan herba bagi merawat penyakit dan kegunaan harian disamping menyelitkan sinopsis latar belakangnya. 

Herba merupakan tumbuhan yang amat bernilai, namun begitu kebanyakkan kita tidak mengetahui bagaimana herba bernilai ini dapat membantu kesihatan kita. Ebook herba ini, dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai herba bagi memberi manfaat bersama. Menggunakan herba dengan betul, tahap kesihatan dapat ditingkatkan disamping boleh mengubati penyakit kronik. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati penyakit. Ebook herba ini juga mempunyai keistimewaan seperti :-

·         Kandungan ebook herba ini dapat membantu merawat penyakit biasa dan kronik dengan menggunakan herba semulajadi.
·         Padat dengan kelebihan dan kegunaan herba.
·         Gambar herba disertakan supaya dapat memberi gambaran yang jelas.
·         Cara menggunakan herba secara betul dan berterusan.


PERCUMA (Pelbagai Keratan Akhbar Herba + Video : Pengamal Herba)


1. Pelbagai Keratan Akhbar Herba


Description: http://herba.com.my/images/keratan%20akhbar%20herba.jpg
·         Lengkap dengan gambar dan penerangan.
·         Pelbagai herba yang dilampirkan di sini sebagai penerangan.
·         Sebagai bukti dan rujukan herba pada akan datang.
·         Keratan herba bagi tujuan produk kesihatan komersil.

2. Video : Pengamal Herba

Description: http://herba.com.my/images/video.jpg
·         Memberi penerangan tentang herba yang boleh menjana pendapatan.
·         Menceritakan pengalaman sebagai usahawan dan pengamal herba tradisional.
·         Bagaimana membuat produk daripada herba.
Harga yang amat menarik untuk dimiliki. Dapatkan 3 produk dengan 1 harga. Pembayaran dibuat dengan membuat pembayaran ke akaun (Maybank 162263348939) dan email kepada admin@herba.com.my sebagai bukti pembayaran. Sekiranya ada sebarang masalah dan pertanyaan, sila email kepada admin@herba.com.my
Bottom of Form




DUKUNG ANAK


dukung anak
Top of Form
Sell dukung anak herbs or scientific name Phyllanthus Niruri Linn or related species P. amarus & P. urinaria. This is an important traditional remedy of Asia for the treatment of gastric complaints including dyspepsia, colic, diarrhea, dysentery as well as jaundice and hepatitis. Extracts of dukung anak or Phyllanthus Niruri have shown in treating of human diseases. Some of the medicinal properties suggested by numerous preclinical trials are anti-hepatotoxic, anti-lithic, anti-hypertensive, anti-HIV and anti-hepatitis B. Dukung anak - A study conducted in India on 9 patients with hypertension, four of whom were also diabetics, revealed a significant reduction in systolic blood pressure and blood glucose was experienced in the treated group. Clinical observations revealed no harmful side effects. These observations indicate that P. amarus is a potential diuretic, hypotensive and hypoglycaemic drug for humans.
Medicinal Uses of Phyllanthus :-
·         Viral liver diseases, including acute hepatitis and chronic persistent hepatitis.
·         As part of the treatment for chronic active hepatitis. Possibly other viral diseases.
·         May have a support role in hypertension and diabetes.

Bottom of Form

Nukilan Pesakit Barah


Nukilan Pesakit Barah

Punca : http://www.utusan.com

SETIAP insan ada kisahnya yang tersendiri. Kisah itu pastinya akan diabadikan dalam diri menjadi satu sejarah kenangan silam. Sama ada pahit dan manis, pengalaman itu bergantung kepada kedudukan kisah yang dialami. Begitupun tidak semua sanggup mengalami pengalaman yang pahit apatah lagi menjadi pesakit barah payu dara. Sebutlah kepada semua wanita pun, tiada siapa yang mahu menjadi mangsa kepada penyakit ini, namun sekiranya ia telah ditakdirkan kepada diri, apa yang perlu ialah menangani krisis kesihatan ini dengan cara yang positif. Sewajarnya, apabila pengalaman pahit itu digarap menjadi sebuah buku hasil nukilan daripada bekas-bekas pesakit barah untuk tatapan pembaca, semangat seperti ini sepatutnya harus diberikan pujian.Memandangkan hanya mereka yang mengalami detik disahkan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke jajaran seterusnya, berubat yang mengakibatkan keadaan emosi berlarutan adalah pengalaman yang perlu dibaca dan diambil tahu bukan sahaja oleh pesakit barah, malah setiap ahli keluarga yang pernah mengalami keadaan ini atau yang sedang menghadapi masalah itu mahupun yang tidak pernah melaluinya.Justeru dengan adanya buku bertajuk Taking The Bull By The Horns - A Journey Of Cancer Survivors yang ditulis oleh pesakit-pesakit barah payu dara yang sekarang berada di pasaran sedikit sebanyak membantu insan-insan yang memerlukan sokongan dalam permasalahan ini khususnya.Menurut Profesor Madya Dr. Halimahton Shaari, 53, buku istimewa itu merupakan himpunan kisah-kisah perit 21 penulis wanita yang terdiri daripada bekas pesakit barah payu dara. Jelasnya, hasil tulisan penulis-penulis ini memang bersandarkan dari hati memandangkan mereka yang menulisnya terdiri daripada kisah benar pengalaman individu itu sendiri dalam menangani masalah barah payu dara sejak mereka didiagnos, bagaimana perasaan mereka, sehinggalah ke proses perubatan, kemoterapi dan sebagainya. Kata Halimahton, buku nukilan ini seharusnya dibaca oleh semua masyarakat kerana ia berlandaskan kepada pengalaman sebenar pesakit barah payu dara dalam mengharungi detik-detik kepahitan melawan penyakit berkenaan. Beliau yang merupakan penulis utama buku berkenaan memberitahu, inisiatif untuk melahirkan buku seperti ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan maklumat kepada orang ramai mengenai barah payu dara serta berkongsi maklumat pengalaman sebenar menjadi pesakit barah berkenaan. ''Apabila kita menerima barah ini, ia bukanlah penghalang untuk kita hidup. Saya sendiri didiagnos sebagai penghidap barah payu dara pada tahun 2009 apabila merasa ketulan di payu dara saya. ''Biarpun pada mulanya saya menganggap ia diakibatkan perubahan hormon terutama ketika saya didatangi haid, namun seterusnya saya bertindak melakukan mamogram dan doktor mengesahkan saya menghidap barah payu dara tahap kedua," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Halimahton memberitahu, dia tidak menafikan sebaik menerima khabar daripada doktor yang dirinya didiagnos menghidap barah payu dara, hanya kematian yang berada di fikirannya. Ujarnya, di sinilah betapa pentingnya kumpulan sokongan bagi pesakit-pesakit barah payu dara untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan panduan dan paling penting di saat mereka menghadapi masalah ini, mereka tidak keseorangan. Jelasnya, pada mulanya projek Buku Taking The Bull By The Horns ini diilhamkan oleh Presiden Pink Unity pada waktu itu, Datin Azura Tan Sri Bahaman yang kemudian direalisasikan oleh para ahli dalam Pink Unity itu sendiri. Kini terdapat kira-kira 250 ahli dalam Pink Unity yang merupakan kumpulan sokongan bagi pesakit barah payu dara yang bernaung di bawah Persatuan Barah Kebangsaan.''Buku setebal 158 muka surat ini dijual dengan harga RM23 sahaja menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris dan semua hasil jualan akan diberikan kepada Pink Unity untuk digunakan sebagai kerja-kerja kebajikan dalam menangani kes-kes barah payu dara. ''Buku ini telah dilancarkan pada 3 November lalu dan kini telah berada di pasaran," katanya.Sementara itu rakannya yang juga turut menyumbangkan karyanya untuk buku berkenaan, Mariana Hussein, 49, memberitahu, dia menerima berita yang disahkan sebagai pesakit barah payu dara tahap ketiga pada tahun 2007. Sejak itu, Mariana melalui pelbagai proses perubatan sebagaimana pesakit barah payu dara lain. ''Saya rasa tidak semua orang boleh berhadapan dengan keadaan ini sekiranya tiada sebarang bentuk sokongan kepada pesakit barah. Di sini perlunya bantuan ahli keluarga dalam memberikan sinaran positif buat pesakit barah meneruskan kehidupan mereka.''Memandangkan itu, dengan terbitnya buku seperti ini pastinya sedikit sebanyak membantu ahli keluarga yang mahukan penjelasan mengenai penyakit berkenaan dan bagaimana mengharungi hidup dengan penyakit tersebut," jelas ibu kepada dua cahayamata yang berasal dari Kedah ini. Menurutnya, antara lain aktiviti Pink Unity ialah mengadakan lawatan ke rumah pesakit barah, lawatan ke hospital dan melakukan program out reach atau kesedaran mengenai penyakit berkenaan kepada orang ramai. Kepada mereka yang mahu memiliki buku Taking The Bull By The Horns - A Journey Of Cancer Survivors boleh menghubungi Pink Unity sendiri mahupun talian 012-2105070 (Mariana) atau 016-311 1958 (Halimahton) untuk pertanyaan lanjut.

Paracetamol


Paracetamol
Tahukah anda apa itu Paracetamol? Ia juga dikenali sebagai PCM. Ia termasuk golongan ubat meredakan demam. Banyak juga orang yang bergantung kepada Paracetamol bagi mengurangkan sakit2 badan, lenguh2 dan sakit kepala. Tak kurang yang menelan berpuluh2 biji Paracetamol apabila putus cinta atau menghadapi masalah kononnya Paracetamol adalah ubat yang paling selamat dimakan. Semasa kecil, datuk dan nenek memanggil Paracetamol sebagai KK. Ubat KK amat popular terutamanya di kampung2 jauh terpinggir di pedalaman. Ubat KK adalah kita faham sebagai ubat berharga bagi meredakan demam dan lenguh-lenguh badan golongan penoreh getah 35 - 40 tahun yang lampau. Sebenarnya modal bagi sebiji Paracetamol adalah murah iaitu lebih kurang 2 sen sebiji. Pemilik kedai membeli Paracetamol secara pukal. Iaitu misalnya jika pengamal perubatan membeli 3 tin Paracetamol (Satu tin mengandungi 5000 biji pil Paracetamol) syarikat ubat akan memberikan percuma satu tin lagi sebagai ganjaran. Apabila membeli dari satu syarikat ubat sahaja, syarikat ubat akan menghadiahkan percuma sebiji peti ais supaya pemilik kedai tidak beralih angin membeli dari syarikat ubat jenama lain. Paracetamol mempunyai beberapa bentuk dan warna seperti segitiga, bulat, bujur, 4 segi dsbnya. Ia juga diwarna dengan menarik seperti putih, merah, hijau coklat dsbnya! Justeru untuk sakit demam, lenguh sendi, vitamin kuat saraf dsbnya, anda boleh tertipu dengan hanya memberikan paracetamol yang berlainan bentuk dan warna kepada anda! Perkara ini tidak mustahil jika anda berurusan dengan manusia rakus yang menjualkannya kepada anda.
Di kedai, mereka menjualnya dengan harga 50 sen sebiji. Sekarang anda tahu kenapa tuan punya kedai mampu menukar kereta baru setiap 6 bulan dan memiliki beberapa biji banglo mewah. Jika ada 6 orang anak, maka kebiasaannya akan ada 6 biji banglo mewah yang ditukarmilik dengan nama anak masing2. Saya bukan dengki atau khianat. Tetapi banyak manusia bertukar menjadi rakus akibat wang. Wawasan mengubat pesakit dengan ubat yang minima dan terbaik diabaikan. Konsep Amal Jariah tidak dipentingkan lagi. Yang penting adalah semata-mata mendapatkan seberapa banyak wang yang boleh. Inilah kecacatan masyarakat apabila agama dan Al Quran tidak lagi dijadikan rujukan serta pegangan. Masyarakat kita telah jauh menyimpang dari ajaran serta petunjuk Al Quran. Kita juga tidak memberatkan saranan, usul, pandangan, pengajaran, ikutan dan cadangan Nabi melalui Hadis2 Shahih. Malang juga Insan seperti P. Ramlee sudah pergi. Sekiranya beliau masih ada, beliau boleh berusaha membetulkan penyakit2 jiwa masyarakat dengan filem filemnya yang berkesan.
Kesan buruk Paracetamol:
Yang ini anda boleh googlekan sendiri di internet… Antaranya adalah hepatic necrosis di mana sel sel hati boleh rosak. Jangka panjang akibat penggunaan berlebihan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
Apa yang anda perlu ingat setiap ubat adalah dibuat dari bahan kimia kerana ia boleh dipatenkan lalu dijadikan wang. Setiap kimia mempunyai kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anda. Justeru, jangan lupa bertanya kepada Doktor anda nama ubat dan kesan sampingannya apabila anda diberikan ubat. Tiada ubat dijadikan dari tumbuhan lalu dapat dipatenkan kerana tumbuhan terus dari ciptaan Allah. Hanya ubat kimia, yang diolah manusia dapat dipatenkan.

Firman Allah : Kami jadikan manusia sebaik-baik bentuk… Mudah2an manusia itu berfikir…