Kunyit
Lawan Kanser
Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula
jadi yang berkuasa. Berkurun lamanya kunyit telah digunakan dalam kehidupan
manusia. Di India, kunyit banyak sekali kegunaannya. Ia juga adalah tempat
pertama kunyit digunakan sebagai pewarna sebelum ia menjadi herba yang popular
dan terkenal seperti sekarang. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa
merupakan tanaman yang berkait rapat dengan halia. Dikenali juga dengan nama
turmeric (Inggeris), herba ini banyak ditanam di negara Asia, iaitu India
terutamanya dan Afrika.
Tanaman kunyit merupakan tumbuhan bercabang.
Batangnya tegak, bulat dan membentuk rimpang dengan warna hijau kekuningan.
Batangnya tersusun dari pelepah daun. Daunnya tunggal, berbentuk bulat telur,
mempunyai tulang dan berwarna hijau. Pokok kunyit mempunyai bunga yang akan
keluar dari pucuk batang. Bunganya mempunyai mahkota dan berwarna putih
kekuningan. Rimpang kunyit berwarna oren kecoklatan. Manakala isi rizomnya
berwarna oren kekuning-kuningan.
Akar atau rizom dan daunnya, adalah bahagian
pokok yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara
umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dam
kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk. Curcumin, bahan aktif
di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti
vitamin C dan E.
Selain digunakan untuk tujuan pewarnaan
fabrik, kunyit juga adalah bahan yang amat penting dalam penyediaan makanan.
Bukan itu sahaja, melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit
juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk
merawat pelbagai masalah kesihatan.
Kunyit telah digunakan dalam perubatan
Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah pencernaan
dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja, melalui
penyediaan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi khasiat
berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada penyakit Alzheimer.
Dalam perubatan Ayurveda, ekstrak rizom yang
telah dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan
masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba
‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.
Rawat kemurungan Curcumin di dalam kunyit
dikatakan mampu merangsang pundi hempedu dalam menghasilkan hempedu, dan
tindakan ini mampu memperbaiki pencernaan. Malah di negara Jerman kunyit telah
diterima sebagai herba yang selamat untuk merawat masalah pencernaan. Perubatan
Yunani telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan
seperti masalah hati yang tersekat dan demam kuning. Ia juga turut digunakan
untuk kegunaan luar bagi merawat ulser dan keradangan. Kunyit yang telah
dipanggang pula digunakan sebagai ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut
digunakan dalam serbuk atau ubat gigi.
Di negara seperti India,Pakistan dan
Bangladesh, rizom kunyit adalah bahagian yang banyak digunakan dalam pelbagai
cara. Reputasi rizom kunyit ini amat terkenal sehinggakan ia mampu melegakan
asma dan batuk. Malah kebanyakan daripada penggunannya secara tradisional ini
juga banyak disokong oleh bukti saintifik.
Selain khasiat yang telah diceritakan ini,
kunyit juga memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria
semula jadi dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika
dicampurkan dengan kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser
prostat dan menghentikan pembesaran kanser prostat yang wujud.
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap
tiks ujian, dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke
organ paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan
penyakit Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.
Kunyit juga dikatakan mampu mencegah
metastates muncul dalam kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga
disebutkan mampu mengurangkan risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini
turut mampu membantu dalam metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam
perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan
yang ditunjukkan oleh kunyit, namun begitu penggunaanya perlulah mendapat
nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan
di kemudian hari.
Artikel ini dipetik dari Majalah Mingguan
Wanita Jan 2011 m/s 50
KUNYIT RAWAT KANSER
*Saintis
di University of Leicester telah memulakan ujian ke atas pesakit bagi menguji
sama ada rempah boleh membantu merawat kanser usus. Penyelidik universiti
berkenaaan menjalankan kajianmengenai curcumin yang ditemui dalam kunyit iaitu
rempah. Kunyit merupakan bahan yang popular dalam masakan dan kari. Profesor
Akon Steward berkata, mereka telah memeriksa sama ada curcumin dapat
"mengurangkan perkembangan kanser" terutama apabila di gunakan semasa
kemoterapi.
Curcumin
Curcumin is a polyphenol derived from the rhizome
of the plant curcuma longa, a member of the ginger (Zingiberaceae) family. Also
known as turmeric, Indian yellow root or Indian saffron, is cultivated
throughout Asia and used extensively as a spice. Curcumin also has a long
history of use as a botanical medicine in both traditional Chinese and Indian
(Ayurvedic) medicine to treat a wide variety of conditions. In these
traditions, it is usually prescribed along with piperine (black pepper) to improve
absorption from the GI tract.
Efficacy
The weight of the experimental data suggests that
curcumin favorably affects several key processes in carcinogenesis including
promotion of apoptosis and inhibition of inflammation, angiogenesis, cell
motility and metastasis. Trials have begun at MD Anderson to evaluate efficacy
of curcumin in the treatment of many different types of cancer. Curcumin has
been shown to reduce colon polyps in human trials.
There is an impressive amount of peer-reviewed
literature on curcumin, including more than 600 publications on PubMed
describing curcumin's effect on carcinogenesis.
Pre-clinical studies have shown that Curcumin is a
potent anti-inflammatory and that it interferes with carcinogenesis via various
mechanisms, including inhibition of pro-inflammatory cytokines and inhibition
of specific genes involved in inflammation and leukocyte recruitment. Other
effects described in the literature include promotion of apoptosis,
interference angiogenesis, reduction in cancer cell motility and possibly
synergistic effects with some chemotherapeutic agents and radiotherapy. Effects
have been shown in almost every type of cell line.
There are currently limited data on the effects of
curcumin in combination with conventional chemotherapy and radiotherapy,
however initial reports suggest that curcumin may sensitize cancer cells to
cisplatin, may reduce resistance of cancer cells to chemotherapy, and may act
synergistically to radiation therapy.
Safety
Oral administration of curcumin in doses up to 8-10
grams per day have been shown to be safe for human consumption.
Recommendations
Curcumin is perhaps the most widely researched
botanical in oncology. It is safe for oral administration in humans and is
recommended to prevent recurrences and as anti-cancer therapy. Patients taking
curcumin during chemotherapy and radiation treatments should be carefully
monitored as curcumin has been shown to act synergistically with chemotherapy.
http://depts.washington.edu/integonc/clinicians/act/curcumin.shtml
saya pernah mengalami sakit gout. setelah surf dalam internet saya jumpa bahawa kunyit dapat mengurangkan kesakitan gout. setelah mencuba ternyata ia berkesan dan kini saya tidak lagi perlu menggunakan ubat klinik. caranya ialah ambil setengah sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup, bancuh dengan secawan air panas, minum ketika sejuk. insya Allah.
BalasPadamKetahuilah bahawasanya ubat klinik adalah berdasarkan bahan kimia yang pasti ada kesan sampingannya masing masing. Lain kali jika tuan ke Klinik jangan lupa hak tuan untuk bertanyakan nama ubat yang diberi serta kesan sampingan ubat ubat yang diberikan oleh doktor atau Farmasi. Tanggungjawab doktor dan farmasi untuk beritahu nama ubat. Jika mereka enggan, mereka tidak beretika sebagai profesional.
BalasPadam