Paracetamol
Tahukah anda apa itu Paracetamol? Ia juga dikenali sebagai PCM. Ia termasuk golongan ubat meredakan demam. Banyak juga orang yang bergantung kepada Paracetamol bagi mengurangkan sakit2 badan, lenguh2 dan sakit kepala. Tak kurang yang menelan berpuluh2 biji Paracetamol apabila putus cinta atau menghadapi masalah kononnya Paracetamol adalah ubat yang paling selamat dimakan. Semasa kecil, datuk dan nenek memanggil Paracetamol sebagai KK. Ubat KK amat popular terutamanya di kampung2 jauh terpinggir di pedalaman. Ubat KK adalah kita faham sebagai ubat berharga bagi meredakan demam dan lenguh-lenguh badan golongan penoreh getah 35 - 40 tahun yang lampau. Sebenarnya modal bagi sebiji Paracetamol adalah murah iaitu lebih kurang 2 sen sebiji. Pemilik kedai membeli Paracetamol secara pukal. Iaitu misalnya jika pengamal perubatan membeli 3 tin Paracetamol (Satu tin mengandungi 5000 biji pil Paracetamol) syarikat ubat akan memberikan percuma satu tin lagi sebagai ganjaran. Apabila membeli dari satu syarikat ubat sahaja, syarikat ubat akan menghadiahkan percuma sebiji peti ais supaya pemilik kedai tidak beralih angin membeli dari syarikat ubat jenama lain. Paracetamol mempunyai beberapa bentuk dan warna seperti segitiga, bulat, bujur, 4 segi dsbnya. Ia juga diwarna dengan menarik seperti putih, merah, hijau coklat dsbnya! Justeru untuk sakit demam, lenguh sendi, vitamin kuat saraf dsbnya, anda boleh tertipu dengan hanya memberikan paracetamol yang berlainan bentuk dan warna kepada anda! Perkara ini tidak mustahil jika anda berurusan dengan manusia rakus yang menjualkannya kepada anda.
Di kedai, mereka menjualnya dengan harga 50 sen sebiji. Sekarang anda tahu kenapa tuan punya kedai mampu menukar kereta baru setiap 6 bulan dan memiliki beberapa biji banglo mewah. Jika ada 6 orang anak, maka kebiasaannya akan ada 6 biji banglo mewah yang ditukarmilik dengan nama anak masing2. Saya bukan dengki atau khianat. Tetapi banyak manusia bertukar menjadi rakus akibat wang. Wawasan mengubat pesakit dengan ubat yang minima dan terbaik diabaikan. Konsep Amal Jariah tidak dipentingkan lagi. Yang penting adalah semata-mata mendapatkan seberapa banyak wang yang boleh. Inilah kecacatan masyarakat apabila agama dan Al Quran tidak lagi dijadikan rujukan serta pegangan. Masyarakat kita telah jauh menyimpang dari ajaran serta petunjuk Al Quran. Kita juga tidak memberatkan saranan, usul, pandangan, pengajaran, ikutan dan cadangan Nabi melalui Hadis2 Shahih. Malang juga Insan seperti P. Ramlee sudah pergi. Sekiranya beliau masih ada, beliau boleh berusaha membetulkan penyakit2 jiwa masyarakat dengan filem filemnya yang berkesan.
Kesan buruk Paracetamol:
Yang ini anda boleh googlekan sendiri di internet… Antaranya adalah hepatic necrosis di mana sel sel hati boleh rosak. Jangka panjang akibat penggunaan berlebihan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
Apa yang anda perlu ingat setiap ubat adalah dibuat dari bahan kimia kerana ia boleh dipatenkan lalu dijadikan wang. Setiap kimia mempunyai kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anda. Justeru, jangan lupa bertanya kepada Doktor anda nama ubat dan kesan sampingannya apabila anda diberikan ubat. Tiada ubat dijadikan dari tumbuhan lalu dapat dipatenkan kerana tumbuhan terus dari ciptaan Allah. Hanya ubat kimia, yang diolah manusia dapat dipatenkan.
Firman Allah : Kami jadikan manusia sebaik-baik bentuk… Mudah2an manusia itu berfikir…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.