Sabtu, 1 September 2012

Tupai Cerleh


Tupai Cerleh



Tupai Cerleh adalah lebih kecil daripada tupai biasa. Panjang badan antara 125-155mm manakala panjang ekor antara 125-132mm. Berat antara 67-110gm. Ia tidak turun ke tanah tetapi menghabiskan masanya di atas pokok! Tupai cerleh mampu mengikis kulit pokok semata-mata mahu mendapatkan ulat yang ada dalam batang pokok ! Ulat ini merosakkan batang pokok! Tupai cerleh pula memakan ulat yang merosakkan batang pokok! Akibat sebenarnya tupai cerleh membantu menyihatkan pokok!

Pemerhatian dilakukan oleh Jabatan Pertanian Terengganu di antara November 1995 hingga Mac 1996 membuktikan tupai cerleh ini hanya semata mata makan ulat dan serangga yang ada pada buah dan batang pokok sahaja tanpa merosakkan pokok! Justeru tupai cerleh berpotensi digunapakai sebagai agen biologi bagi mengawal ulat pengorek batang duku atau pokok jenis lain! Cara ini dapat mengelakkan penggunaan bahan racun kimia yang selalu membawa kesan mudarat kepada manusia yang memakan buah berkenaan! Serangga dan ulat akan mati apabila terkena bahan racun kimia ini. Tetapi manusia tidak mati apabila termakan racun kimia ini, sebaliknya besar kemungkinan merosakkan sel sel dan selalunya racun kimia dalam jangka panjang akan menggalakkan pertumbuhan kanser !!! Racun kimia merosakkan proto-oncogenes, justeru oncogenes akan teraktif! Oncogens terletak pada DNA manusia... Sel sel kanser mula terbentuk!!

Sabun Anda Mencemar Manusia dan Alam Sekitar


Sabun Anda Mencemar Manusia dan Alam Sekitar

Pencuci Benzil Sulfonat Berantai Bercabang


Sabun dari segi sejarah dicipta oleh orang-orang Rom kira-kira 3500 tahun yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Rom membuat sabun dari tradisi memanggang kambing pada upacara keagamaan. Lemak yang terhasil dari proses panggang tersebut akan bercampur dengan bahan berbes yang terdapat dalam abu kayu api untuk menghasilkan sabun atau dikenali sebagai sapo pada masa itu. Perkembangan selanjutnya melalui permintaan sabun yang meningkat dan kuasa pencucian yang tinggi menyebabkan pencuci sintetik yang dihasilkan dari petroleum digunakan untuk menghasilkan sabun. Di antara bahan pencuci yang dihasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS) yang mana penggunaannya di Malaysia telah diharamkan baru-baru ini.

Bagaimana pencuci bertindak mengeluarkan kotoran?

Bahan kotoran dicuci melalui perlarutan kotoran dengan air. Sesetengah kotoran yang degil (seperti kotoran berminyak) memerlukan bahan pencuci yang membantu percampuran bahan kotoran dengan air. Oleh itu, molekul pencuci akan terdiri daripada bahagian yang terlarut dalam bahan berminyak dan bahagian yang terlarut dalam air.

Kotoran berminyak ini dikelilingi dan diikat oleh molekul-molekul pencuci untuk membentuk misel-misel kecil yang kemudian akan dikelilingi pula oleh air. Dengan cara ini kotoran ini akan dapat dikeluarkan. Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana kotoran di keluarkan oleh bahan pencuci pada kulit.

Bagaimana pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan?

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Satu kajian menunjukkan pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak yang terdapat pada kulit. Lapisan lelemak ini penting kerana ia menghalang bahan-bahan toksik dari masuki tubuh. Apabila lapisan lelemak ini berkurangan, maka molekul pencuci sintetik akan bertindak pula pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel memandangkan keupayaannya memusnahkan protin. Rajah 2 menunjukkan bagaimana pencuci sintetik merosakkan kulit. Selain daripada itu terdapat laporan yang menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan boleh mengalami kerosakan yang serius.

Apakah kesan tak langsung pencuci sintetik ke atas manusia?

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka pengumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik (lihat Rajah 3). Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain dari itu pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser. Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar dan menukarnya kepada bahan pencuci yang mudah terurai.

Mengenalpasti pencuci sintetik

Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelak daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada BAS bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-

  • Fluorescent: Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih.
  • Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan kedalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
  • Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan untuk melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
  • Garam beralkali juga biasa dicampurkan, antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.
  • Kebanyakkan rumah mengalirkan air basuhan sabun ke dalam longkang. Industri dobi di universiti dan bandar urtama juga alirkan air sabun ke dalam longkang. Longkang bersambung pada parit, manakala parit bersambung pada anak sungai. Anak sungai bergabung dengan sungai besar. Tidak hairanlah anak udang, anak ikan dan segala gala hidupan air telah pupus. banyak antara hidupan ini punyai nilai perubatan telah pupus begitu saja tanpa dibuat kajian yang boleh menjaana ekonomi negara melalui penemuan ubatan baru berasakan sumber semulajadi. sedihnya sekiranya loji uptake untuk bekalan air minum terletak di hulu sungai maka anda juga akan minum air beracun ini...

Kebanyakan pencuci di pasaran sekarang tidak melabelkan kandungan bahan pencuci dan ini menyukarkan kita untuk memastikan sama ada pencuci tersebut sabun asli atau pencuci sintetik. Di sini terdapat satu ujian mudah untuk mengenalpastikan pencuci tersebut . Sediakan satu bekas lutsinar atau pun gelas, cuka (asid asitik) dan air.

1.   Campurkan sedikit sabun pencuci ke dalam bekas yang mengandungi air.

2.   Biarkan sehingga sabun pencuci larut buat seketika.

3.   Kemudian campurkan sedikit cuka dan perhatikan apa yang berlaku.

4.   Hasil dari ujian ini, didapati jika pencuci itu adalah:

o    sabun asli, tiada buih dan air menjadi keruh,

o    pencuci sintetik, berbuih dan air kelihatan jernih,

o    campuran pencuci sintetik dan sabun, berbuih dan air menjadi keruh.

 

Walau bagaimanapun dengan membuat ujian ini kita tidak dapat mengetahui kandungan surfaktan yang terdapat dalam pencuci tersebut.

Penggantian sabun sintetik kepada sabun asli

Ancaman pencuci sintetik terhadap pencemaran alam sekitar dan kesihatan telah pun terbukti. Penggunaan sabun asli yang dihasilkan daripada lemak semulajadi haiwan atau pun tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit adalah selamat. Sabun asli dihasilkan daripada proses kimia yang mudah. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu proses saponikasi dan peneutralan. Proses saponikasi melibatkan tindakbalas antara lemak haiwan atau tumbuhan dengan natrium atau kalium hidroksida di mana sabun dan gliserin akan dihasilkan. Manakala proses peneutralan pula tindakbalas antara asid lemak yang diperolehi daripada hidrolisis lemak yang dineutralkan dengan natrium atau kalium hidroksida untuk membentuk sabun. Natrium hidroksida menghasilkan sabun biasa, iaitu sabun soda, manakala kalium hidroksida menghasilkan sabun kalium. Kedua-dua sabun berikut berupaya terurai dalam alam sekitar dan mudah diuraikan oleh mikroorganisme dalam jangkamasa yang singkat. Oleh itu ekosistem hidupan akuatik tidak akan terganggu.

Memandangkan sabun asli mudah terurai dan dapat dilupuskan dalam alam sekitar, penggunaannya harus digalakkan. Masyarakat harus sedar dan prihatin tentang keburukan pencuci sintetik ke atas kesihatan dan alam sekitar. Industri pembuatan sabun asli juga perlu dipertingkat dan diperkembangkan lagi dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Ruj :    http://bahanpenyebabkanser.blogspot.com/

 

Produk herba rawat kanser



DURIAN TUNGGAL, 17 Feb (Melaka Hari Ini) Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCOST) dengan kerjasama seorang pakar farmasi dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Sains Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui sejenis penawar berasaskan herba untuk rawatan kanser.


Ketua Eksekutif, MiCOST, Prof. Dato' Dr, Mohd Razali Agus berkata, Herba Rawat Kanser yang dihasilkan oleh
Dr. Nurmawati Syakroni dari UPM bakal dikomersialkan melalui penubuhan Pusat Penyelidikan Farmaseutikal Tanaman Herba MiCOST, sedikit masa lagi. Katanya, Herba Rawat Kanser tersebut dilihat berkesan bagi menyembuhkan penyakit kanser tahap 1, 2, 3 dan 4.

"Beberapa pesakit yang mengambil Herba Rawat Kanser mula memperlihatkan tanda-tanda positif untuk sembuh dan ini telah menyakinkan kami untuk mengketengahkan herba berkenaan untuk pasaran komersial," ujarnya ketika ditemui selepas melawat Mohd Fariz Mohd Zin, 16 yang menghidap ketumbuhan dipercayai kanser di Kampung Pantai Belimbing, di sini petang tadi.

Mohd Razali memberitahu, beliau telah memberikan Herba Penawar Kanser dan Minyak Kelapa Dara kepada Mohd Fariz sejak sebulan lalu. "Alhamdulillah, ketumbuhan yang dideritai mulai susut, berbanding keadaannya sebelum ini," jelas beliau. Katanya, MiCOST bersama Dr. Nurmawati yang juga pakar rujuk dan perunding kehormat MiCOST akan membuat pemantauan lanjut tentang penyakit yang dideritai Mohd Rizal.

Sementara itu, Mohd Rizal ketika ditemui berkata, terdapat beberapa perubahan yang dirasai setelah mengambil Herba Rawatan Kanser itu. "Saya rasa ada perubahan sedikit. Bengkak di bahagian pipi juga mulai susut dan tak rasa berat sangat seperti sebelum ini. Atas nasihat Dr. Razali dan Dr. Nurmawati, InsyaAllah saya akan terus mengambil herba berkenaan," ujarnya yang juga pelajar SMK Seri Pengkalan.

Herba penawar penyakit



Ahad, 13 November 2011 (Mingguan Malaysia) Pengasas Herba An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herba memiliki keistimewaan tersendiri.

 

"Di peringkat Sarjana Muda saya belajar dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan fungsinya.

 

"Ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah merubah haluan dengan membuat kajian dalam bidang herba sebagai ubat-ubatan alternatif.

 

"Kebetulan, saya sekeluarga juga jarang mengambil ubat sintetik dari klinik, tetapi menggunakan dan menghasilkan sendiri ubat daripada herba.

 

"Tahun demi tahun, saya telah menghasilkan pelbagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Semuanya terjadi secara tidak langsung apabila rakan-rakan di kampus berkongsi masalah kesihatan yang mereka hadapi.

 

"Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herba bagi merawat penyakit yang saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.

Mengulas lanjut tentang pengalamannya bersama testimoni herba ramuannya, Dr. Nurmawati pernah membantu seorang kakitangan makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat wanita itu seperti letih dan tidak bermaya.

 

"Apabila saya bertanya pada wanita tersebut, ternyata dia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kemudian saya cuba membantu untuk menghasilkan ramuan herba bagi merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses menyediakan setiap ramuan selalu saya sertai dengan solat hajat agar diberi manfaat tanpa ada mudarat.

 

Selepas tiga minggu wanita itu menggunakan ramuan yang saya sediakan, doktor menyatakan bahawa wanita tersebut bebas kolestrol dan tekanan darah tinggi.

 

Bermula daripada ramuan Herba Turun Kolestrol itulah, makin ramai yang mula mengenali saya dan berkongsi masalah kesihatan mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77 ramuan herba dengan jenama An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

 

Meskipun pengenalan Herba An-Nabaat hanya 'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo di beberapa tempat, namun sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari Syarikat Sakmoto, Jepun.

 

Menurut wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali Abdullah, selepas tsunami melanda Jepun dan alam sekitar mereka tercemar dengan radiasi radio aktif, permintaan terhadap ubat-ubatan herba dari luar Jepun terutama Malaysia semakin meningkat.

 

"Selepas mencuba beberapa produk Herba An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak Sakmoto di Jepun berminat mengadakan usaha sama bagi memasarkan herba tersebut di sana. Pada tahun hadapan, pihak syarikat kami akan membawa Dr. Nurmawati ke Jepun untuk meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herba An-Naabat di Jepun. Tahun ini, Sakmoto telah menempah minyak kelapa dara dan minyak herba," ujar Mohd Dali.

 

Ujarnya lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat Penyelidikan Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial ke Jepun dan Korea Selatan.

Kesemua ramuan herba tersebut diperolehi daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

 

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

testimoni pesakit kanser darah putih



Seorang rakan yang sedang menghidap kanser payudara peringkat empat memberitahu saya tentang produk herba ini apabila beliau semakin sembuh setelah menggunakan herba ini selama 3 bulan. Sewaktu menggunakan herba ni, saya telah selesai mendapat rawatan kemoterapi serta telah diberikan suntikan ubat untuk menyahkan kanser iaitu velcade dan dexa. Saya juga telah menjalani pemindahan stem cells (stem cells transplant) pada bulan Ogos 2009.

Mahani Che Ibrahim (Pesara, 56 tahun)
Penyakit: Multiple Myeloma, (Kanser darah putih/plasma)
Mula guna herba An-Nabaat: Jun 2010
Jenis herba: Kanser 1, 2, 3 dan 4, serta Minyak Kelapa Dara.

Namun begitu paraprotein masih dapat dikesan dalam pemeriksaan air kencing hampir 4%, jumlahnya tidak banyak. Tetapi Keadaan saya masih lemah dan masih berasa pitam apabila bergerak dengan cepat, seperti apa bila bingkas bangun. Di samping itu saya juga mengambil vitamin seperti B complexs, iron, dsb. Pemikiran juga juga tidak begitu cergas, sementara masih terasa kesan-kesan sampingan ubat rawatan kemo dan velcade, seperti rasa kebas di kaki dan tangan. Hemoglobin atau Hb ( molekul protin di dalam sel darah merah) pula statik pada paras 10 sahaja.

Setelah menggunakan produk herba An-Nabaat ini, saya berasa bertenaga, boleh bergerak pantas tanpa ada rasa nak pitam, rasa kebas berkurangan, boleh puasa, boleh mengaji, membaca, fokus pemikiran dan boleh mengedit. Dan yang paling penting ialah HB saya telah naik ke paras 11.8. begitu juga hasil dari pemeriksaan bone marrow pada bulan Ogos 2010 yang lalu, kehadiran kanser hanya 0.03 sahaja. Alhamdulillah..

Mahani Che Ibrahim (Kota Bharu)

 

Testimoni pesakit kanser payudara



Hanya Allah yang mengetahui, 40 hari selepas kembali menunaikan Haji pada tahun 2009, bengkak di bahagian kanan payudara saya pecah! Pada awalnya saya tidak menyedari ia adalah kanser payudara yang sangat ditakuti oleh kaum wanita.

Pendarahan keluar bercucuran, sakit dan denyut-denyutan terasa seperti hiris dihiris. Kejadian berlaku 23 Januari 2010. Waktu itu saya tidak terfikir apa-apa untuk rawatan ke hospital. Apa yang saya fikir hanya menyebut: "Ya Allah, kau tahu aku sakit, tolonglah aku.'' Jika ke hospital pastinya patologi akan memberi pilihan pertama agar menjalani pembedahan segera. Walaupun saya dalam kesakitan, saya tidak mahu dibedah atau dipotong.

Dalam ayat Al-Israa : 82, Allah berfirman:''Dan kami turunkan daripada al-Quran bahan yang menjadi penyembuh dan rahmat kepada orang-orang beriman.

Seterusnya Allah Ta'alla berfirman: ''Hendaklah kamu mencari pertolongan dengan cara bersabar (serta tabah hati) dan bersembahyang.'' (Al-Baqarah : 45).

Dalam kesakitan, saya sentiasa solat, berdoa, berdoa dan berdoa, hanya bertahan dengan memakan ubat painkiller dan antibiotic sahaja.

Tidak lama pada 28 Mac 2010, melalui kenalan saya membuat temujanji dengan Dr. Nurmawati pakar herba produk An-Anbaat yang telah menemui ramuan penyakit kanser di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Pada Masa itu hanya Dr. Nurmawati sahaja yang tahu keadaan ketenatan penyakit saya. Sejak itu, saya telah mengambil ubat-ubat herba produk An-Nabaat dan kini sudah hampir lima bulan. Tahap bengkak payudara saya semakin mengecil. Saya makan secara berterusan herba rawat kanser 1, 2, 3 dan 4. Selain itu, saya juga ambil herba tambahan untuk Rawat Arthritis dan herba Rawat Alahan.

Saya yakin bahawa dengan izin Allah SWT bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Dan Allah SWT telah menunjukkan kepada saya herba rawat kanser produk An-Nabaat ini.

 

Tak perlu Potong Kaki


Tak perlu Potong Kaki

Sekiranya anda ada kencing manis dan tidak mahu kaki anda dipotong, ikut aja nasihat di bawah ini...

Selalunya kaki yang kena potong disebabkan jangkitan kuman yang tidak terkawal. Dari tusukan paku atau duri sudah cukup untuk memasukkan kuman ke dalam kaki anda. Kuman amat suka pada gula! Justeru menjadi tanggungjawab anda untuk pastikan kadar gula dalam darah berada pada tahap Normal iaitu dalam julat antara 4 hingga 8 mmol/L .

Sekiranya darah dalam gula anda kurang dari 3.5 mmol/L, anda akan keletihan, menggeletar, pening dan rasa nak pengsan. Anda akan pengsan sekiranya gula dalam darah menjangkau 2 mmol/L atau kurang.  Sekiranya kadar gula dalam darah anda 0 mmol/L maka samalah keadaan anda seperti enjin kereta yang kehabisan petrol iaitu enjin itu akan mati (hypoglycemia).

Sebaliknya, jika gula anda melebihi 10 mmol/L, luka biasanya susah sembuh akibat gula berlebihan dalam badan menyebabkan kuman berpesta dan dapat beranak pinak dalam darah anda. Jika gula anda melebihi 20 mmol/L, populasi kuman yang semakin banyak akan membentuk pasukan yang kuat dan merosakkan daging anda. Tulang juga rosak (osteomyelitis) seterusnya menyebabkan risiko jangkitan badan secara 100% (septicemia). Pada tahap ini, doktor biasanya akan menyarankan kaki dipotong kerana gagal mengawal jangkitan kuman yang semakin galak membiak dan berpesta akibat bekalan gula yang begitu banyak!

Oleh itu sangat penting pastikan kadar gula berada dalam julat antara 4 hingga 8 mmol/L pada setiap masa! Untuk kekalkan julat normal ini, tidak perlu anda dimasukkan ke wad. Pergilah beli sebuah mesin glucometer dari farmasi bertauliah dan periksa sendiri kadar gula dalam darah anda. Anda boleh adjust sendiri berapa banyak yang anda makan yang akan hasilkan julat gula dalam darah antara 4 hingga 8 mmol/L. Jangan jemu untuk periksa sendiri kadar gula dalam darah anda menggunakan glucometer.

Petua perlu diikuti:

1.   Lakukan amalan riadah untuk bakar gula berlebihan (berjalan kaki, berlari anak, selalu berdiri, berenag, berbasikal, yoga, senaman chee gong, tai chi dsbnya).

2.   Beli kasut yang selesa iaitu bersifat ringan, lembut, tidak bertumit tinggi dan tidak sempit.

3.   Jangan beriadah sekiranya kaki anda luka. Tunggu luka itu sembuh dahulu sebelum kembali beriadah.

4.   Kurangkan stress berlebihan. Cari teman untuk luahkan perasaan anda. Amalan mengkaji tafsir Quran baik sekali untuk mendapat rahmat dari Ilahi.

5.   Makan 6 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Contoh: makan 2 keping roti atau 2 keping biskut sekali makan, selepas 3-4 jam ulang dengan semangkuk kecil nasi.

6.   Elakkan makan gula, susu atau sebarang makanan manis.

7.   Elakkan sikap menambah makanan lagi.

8.   Elakkan sikap makan banyak 3 kali sehari.

9.   Jaga kebersihan luka anda iaitu lakukan dressing dengan sepatutnya seperti yang dilakukan anggota di hospital atau di klinik kerajaan.

10.               Elakkan dressing di klinik swasta kecuali anda pasti jururawat swasta itu telah mendapat latihan yang sepatutnya setara dengan diploma kejururawatan / penolong pegawai perubatan kerajaan serta latihan pos basik dalam bidang berkenaan. Juga, jika anda dapat pastikan cara dressing mereka serupa dengan cara dressing yang standad seperti di hospital atau klinik kerajaan.

 
 Ada artikel tambahan lagi....

Tak perlu potong kaki
Penyakit kencing manis adalah kunci kepada banyak jenis penyakit lain. Antaranya termasuk barah ( kerana sel sel barah amat menyukai persekitaran bergula tinggi ) ,  darah tinggi, angin ahmar, buta (diabetic retinopathy), dialisis darah (diabetic nephropathy), kerosakan saraf atau otak (diabetic neuropathy)  dsbnya ! Apabila doktor menyarankan anda potong kaki - sebenarnya tidak perlu potong lagi !!! Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kaki dipotong di kalangan pesakit kencing manis ??? Sila ikuti petua di bawah dengan cermat dan teliti untuk elakkan kaki dari dipotong, Insyaalah !!!

1.   Pastikan gula dalam darah anda berada pada julat 3.5 hingga 7.8 mmol/L setiap masa - Bacaan gula ini adalah bacaan darah bukan semasa anda berpuasa tetapi diambil secara rawak dan julat darahnya akan menunjukkan bacaan sebegitu.

2.   Jaga kebersihan kaki dan diri anda ke tahap paling maksimum! Kurangkan kehadiran bakteria ke kaki anda!

3.   Senaman secara tetap dan latihan pernafasan (deep breathing) yang betul kerana ini akan menyebabkan gula dalam darah berkurangan.

4.   Makan secara pengambilan sedikit tetapi kerap - Umpamanya ambil 1 senduk nasi sahaja atau sekeping roti sahaja pada setiap pengambilan makanan dan tidak menambah selepas itu. Pengambilan makanan diulang sehingga 5 - 6 kali sehari bagi mengelakkan hypoglycemia! Pengambilan makanan secara sedikit memerlukan disiplin tinggi dan paling penting ia perlukan sokongan dan dorongan atau kata kata semangat dari ahli keluarga!!!

5.   Pakai kasut senaman yang ringan, lembut dan longgar (ergonomics) bagi mengelakkan kaki anda melecet atau tercedera semasa berjalan. Berjalan lebih baik dari berlari bagi mengelakkan kecederaan! Bersenam secara betul. Kunjungi dan gunakan pengetahuan pakar pakar senaman bertaraf PhD (contoh CD senaman Dr Tajuddin HUSM) dan dietician yang banyak terdapat di Kementerian Kesihatan bagi senaman cara betul dan selamat !!

6.   Elakkan kaki anda dari tertusuk benda tajam semasa berjalan! Lihat ke bawah semasa berjalan. Sekiranya tertusuk, ikuti saranan petua ini dan ambil antibiotik (cloxacillin dsbnya) yang sesuai segera daripada doktor anda!

7.   Berfikiran positif dan tidak putus asa! Berdoa kepada Allah yang Maha kuasa agar kaki anda tidak jadi dipotong!!! Petua ini perlu diamalkan sepanjang masa bukan ketika hendak elakkan kaki   dipotong sahaja.






 

Lambakan ubat tiruan cabaran kritikal


http://web.utm.my/healthcentre/index.php?option=content&task=view&id=56&Itemid=0

Lambakan ubat tiruan cabaran kritikal

 
27/08/2007 : Sektor kesihatan awam dunia hadapi persaingan kerana kekurangan asas ubatan. KINI, enam hingga 10 peratus pasaran farmaseutikal dunia di dominasi ubatan tiruan. Daripada jumlah itu, 30 hingga 50 peratus penjualannya bertumpu di negara membangun. Tidak dapat dinafikan ubat tiruan sudah menjadi fenomena dalam industri farmaseutikal. Dengan nilai mencecah RM129.5 bilion ketika ini saja, bayangkan nilainya 10 tahun akan datang jika anggaran peningkatan pasaran 13 peratus setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan, ubat-ubatan tiruan sebagai ubat disengajakan pemalsuan supaya menyerupai keluaran asal. Pemalsuan itu termasuk jenama atau produk generik, ramuan yang betul dengan jenama salah, ramuan salah dengan jenama betul, kandungan ubat tanpa bahan aktif, kandungan ubat tanpa bahan aktif yang lengkap atau pembungkusan palsu.

Seperti kata Prof Anthony Moffat dari Sekolah Farmasi Universiti London yang ditemui pada Persidangan Persatuan Farmasi Negara Komanwel ke sembilan baru-baru ini, ubat-ubatan tiruan sebenarnya cabaran sangat besar dalam kesihatan awam. Dengan pembikinan tidak mencapai piawaian antarabangsa, ia bukan saja berisiko menjahanamkan kesihatan pengguna, malah lebih buruk boleh membawa maut jika kandungannya berunsur toksik. Namakan apa saja bentuk, tablet, kapsul atau serbuk, ubat tiruan tidak terhenti di satu negara. Mungkin bahan mentahnya dihasilkan di negara A, ia kemudian dieksport ke negara B untuk diproses sebelum dipasarkan di negara C.

Justeru, sesiapa saja di dunia ini boleh terbeli ubat tiruan yang mungkin dibungkus menyerupai jenama asli. Atau mungkin dalam bentuk tablet sama dengan produk asli, tetapi tidak mengandungi ramuan yang betul.

Kewujudan ubat tiruan buat pertama kalinya disebut dalam persidangan WHO membabitkan pakar dalam industri di Nairobi, Kenya pada 1985. Awalnya, kebanyakan pengeluar ubat tiruan dikatakan datang dari negara membangun, China dan India, tetapi hari ini pengeluar dan pasaran ubat tiruan berada di seluruh dunia. Menurut laporan WHO, antara Januari 1999 hingga Oktober 2000, 46 laporan mengenai ubat tiruan diterima dari 20 negara. Hampir 60 peratus laporan datang dari negara membangun, manakala selebihnya dari negara maju.

Anehnya, seperti kata wakil WHO, Dr Valerio Reggie, pengeluar ubat-ubatan tiruan tidak pula dikenakan hukuman bunuh seperti pengedar dadah, walaupun secara asasnya penggunaan ubat-ubatan tiruan dengan kerap boleh menyebabkan ketagihan, kerosakan organ utama dan kematian.

Di sesetengah negara miskin dan membangun, penjualan ubat-ubatan tiruan mencecah ke tahap sangat kronik kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan asas. Jika ada, harga ubat-ubatan tulen ini sangat mahal. Ia ditambah dengan faktor kawalan dan pelaksanaan undang-undang juga tidak cekap.

Justeru, ubat tiruan adalah jawapan terbaik, walaupun sebenarnya pengguna juga langsung tidak sedar. Di sebabkan semua faktor itu, ubat tiruan tidak terhad kepada makanan tambahan, malah merangkumi ubat antibarah, antibiotik, ubat untuk kolesterol, darah tinggi, hormon, steroid, malah ubat penahan sakit.

Di sesetengah negara membangun pula, isu paling mengganggu adalah kewujudan ubat tiruan bagi penyakit mengancam nyawa seperti malaria, batuk kering, malah HIV/Aids. Di kalangan negara industri dan sesetengah negara miskin, pembelian ubat menerusi internet adalah sumber utama ubat tiruan.

Sesetengah farmasi internet bukan saja menjual ubat tiruan, malah farmasi itu sendiri haram daripada sudut operasinya. Ada kes membabitkan farmasi internet yang bukan saja tidak dapat dikesan lokasi operasinya, malah menjual produk yang turut tidak diketahui sumbernya.

Walaupun kebanyakan sasaran ubat tiruan adalah negara miskin dan membangun, pengalaman pengeluar farmasuetikal terkemuka, Pfizer membawa dimensi baru ubat tiruan. Jika sebelum 1995, mereka banyak menemui ubat tiruan di negara membangun, pada 1999 (empat tahun selepas penghasilan Viagra), viagra tiruan ditemui di Britain. Sejak itu viagra tiruan ditemui di 73 negara di seluruh dunia! Di negara yang dikatakan memiliki perundangan dan pelaksanaan ketat seperti Australia, Jepun dan Kanada, ubat tiruan masih boleh menembusi pasaran farmasuetikalnya, walaupun hanya membabitkan satu peratus jualan.

Di negara Eropah, statistik penggunaan ubat-ubatan tiruan adalah lima kali ganda dari tahun lalu. Ia bukan datang dari India dan China saja, malah dari Amerika Syarikat. Di negara Afrika dan sesetengah negara Asia dan Amerika Latin, jualan ubat tiruan mencecah 30 peratus. Kes membabitkan pembelian ubat tiruan di internet pula sebanyak 50 peratus.

Reggie berkata, Pertubuhan Kastam Sedunia membuat 4,000 rampasan membabitkan ubat tiruan untuk 2004 saja. Di mana Malaysia dalam lambakan ubat tiruan di pasaran negara membangun dan negara miskin? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Ahmad Nozrin Taharin berkata, di negara kita semua ubat dibekalkan di semua hospital kerajaan datang daripada syarikat yang dikawal oleh kerajaan.

Bagaimanapun itu tidak bermakna ubat tiruan tidak wujud di Malaysia. Berdasarkan kajian kementerian pada 1997, 5.28 peratus ubat-ubatan di pasaran adalah ubat tiruan, katanya.

Tahun lalu, daripada hasil kajian dibuat Pfizer mendapati 4.8 peratus ubat di pasaran adalah ubat tiruan. Tahun lalu juga daripada 32,067 rampasan dibuat Biro Perkhidmatan Farmasi, 245 adalah tiruan. Sehingga Januari 2007, 129 daripada 13,774 rampasan adalah ubat tiruan membabitkan jenama dan produk yang berulang.

 Sesuatu yang menarik, di Malaysia kebanyakan ubat tiruan adalah ubat-ubatan herba. Lebih menarik, kebanyakan ubat itu adalah ubat kuat. Antaranya tongkat ali super power, maajun kuat, spanish fly, kapsul tongkat ali asli.

Kebanyakan ubat tiruan ini disahkan mengandungi racun berjadual oleh Biro Perkhidmatan Farmasi, manakala spanish fly disahkan mengandungi sildenafil. Ahmad Nozrin berkata, pada Mei 2005, kementerian memperkenalkan logo hologram bagi menangani fenomena ubat tiruan. Sejak itu, jumlah ubat tiruan yang disita menurun setiap tahun.

 Begitupun ia tidak bermakna ia sudah berjaya ditangani sepenuhnya. Apatah lagi, selain masalah ubat tiruan, di Malaysia wujud lambakan ubat-ubatan herba yang dihasilkan tanpa kajian dan ujian klinikal. Sama ada dalam bentuk tablet, kapsul dan pil ia turut dipromosikan sebagai makanan tambahan.

 Begitupun sejauh mana keberkesanannya pada pengguna turut dipertikaikan. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh disalahkan kerana menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sejumlah dana sudah disediakan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menerusi dana berkenaan golongan berkaitan boleh bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjalankan kajian dan ujian klinikal.

 

Kementerian Kesihatan kerjasama dengan SKMM pantau produk tiruan Ruj: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Akta Farmasi yang sedang digubal dan menggabungkan lima akta sedia ada memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan menangani masalah lambakan ubat dan produk kosmetik tidak berdaftar dan tiruan, termasuk produk dijual secara online. Akta itu juga memperuntukkan hukuman lebih keras, iaitu penjara minimum setahun dan denda minimum RM200,000, berbanding akta sedia ada yang memperuntukkan hukuman denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu menjual ubat dan kosmetik tiruan dan tidak berdaftar. Menerusi akta itu kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau penjualan ubat tiruan dan produk kosmetik tidak berdaftar secara online yang mengandungi racun berjadual dikawal penggunaannya seperti steroid, sildenafil (ubat kuat lelaki), tadalafil, verdanafil dan sibutramine. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Rang Undang-Undang Farmasi sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara dan bacaan pertama di Parlimen dijangka akhir tahun ini. Katanya, penggubalan akta lebih tegas itu bertujuan menangani masalah lambakan ubat tiruan dan produk kosmetik tidak berdaftar dengan lebih menyeluruh. “Kementerian tidak benar racun berjadual dijual secara online. Kementerian akan bekerjasama dengan SKMM untuk siasatan dan serbuan serta sekat laman web terbabit,” katanya kepada Berita Harian. Racun berjadual seperti sibutramine kebiasaannya terkandung dalam produk melangsing badan dan sildenafil dikawal penggunaannya kerana boleh membawa mudarat kepada pengguna jika diambil tanpa pengawasan doktor. Penggunaan racun berjadual juga boleh menyebabkan penyakit kronik, termasuk gila jika individu memakan campuran bahan berkenaan tanpa nasihat doktor. Semua ubat dan produk kosmetik perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan untuk dijual dan digunakan pengguna, yang mana ubat racun akan ditandakan huruf A pada hujung nombor pendaftaran (contoh: MAL1999244A) dan hanya boleh diperoleh di klinik atau farmasi, ubat bukan racun (OTC) ditanda X (contoh: MAL199955080X).

 

Penjara untuk penjual ubat tiruan: Ruj: Metro

KUANTAN: Akta Farmasi yang bakal menyaksikan individu didapati mengedar dan menjual ubat tiruan dikenakan hukuman lebih berat dijangka boleh dikuatkuasakan mulai tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan membentangkan rang undang-undang mengenai perkara itu pada sidang Dewan Rakyat, Mac depan supaya penguatkuasaannya dapat disegerakan, sekali gus mencegah isu lambakan ubat tiruan di pasaran. Akta Farmasi itu akan menggantikan lima akta berkaitan ubat, racun dan pendaftaran perubatan iaitu Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Jualan Ubat 1952, Akta Pendaftaran Farmasi 1951 dan Akta Ubat (Jualan dan Iklan) 1956 sekali gus memudahkan pihaknya mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terbabit. “Akta sedia ada hanya memperuntukkan hukuman denda dan saya dapati peniaga termasuk penjual ubat tradisional tidak serik berbuat demikian, malah dapat memperoleh keuntungan besar dengan menipu pengguna. “Oleh yang demikian, kita berharap Akta Farmasi yang dikuatkuasakan itu bukan saja membolehkan individu didapati bersalah dikenakan denda, tetapi dipenjara mengikut kesalahan masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat wartawan akhbar China Press, Chow Siew Chin, 26, yang kerugian lebih RM48,000 selepas disamun lelaki bersenjatakan pisau yang turut melarikan Perodua Myvinya dalam kejadian Selasa lalu. Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani. Liow yang juga Timbalan Presiden MCA yakin Akta Farmasi itu akan memberi dimensi baru dalam usaha kerajaan membanteras lambakan ubat tiruan termasuk ubat tradisional dari luar negara yang dijual secara berleluasa tanpa pengetahuan kementerian. Sementara itu, Chow berkata, kejadian itu menyebabkan dia trauma dan tidak berani keluar rumah sehingga terpaksa ditemani ahli keluarga jika mahu ke mana-mana.

 


P/S : Di Akhir zaman ini, wang besar, mengejar kekayaan dan pangkat yg bersifat duniawi  lebih penting diutamakan dari kasih sayang menjaga nyawa manusia!!!

Doktor dua alam


http://www.hmetro.com.my/articles/Doktor__8216_duaalam__8217_/Article/artikelMA

Doktor ‘dua alam’ Oleh HADZLAN HASSAN hadzlan@hmetro.com.my


 

KUALA LUMPUR: Siang merawat, malam cari perawat. Itulah perumpamaan diberi kepada sekumpulan pengamal perubatan di negara ini selepas ada di kalangan mereka didapati hidup ‘dua alam’ dengan karakter berbeza pada waktu siang dan malam.

Pendedahan itu dibuat Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Fatwa) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Kamel Salleh, berdasarkan pengalamannya ketika memberi ceramah umum kepada orang ramai melalui agensi swasta atau kerajaan sebelum ini.

“Hari ini, kita lihat ada doktor yang berubah penampilan. Pada waktu siang mereka mengubat orang tapi tiba malam, mereka berubah identiti dengan menjadi pasangan sejenis di kelab atau terjebak dalam unsur tak sihat lain. “Mereka golongan profesional dan kita tidak tahu sama ada pihak profesional lain turut terjebak, tapi kini berusaha mengekang budaya seperti itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemantapan dan Jatidiri Shahsiah Remaja Wilayah Persekutuan anjuran Persatuan Anggota Perisikan Malaysia (Baris) yang dirasmikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Ghafar Mahmud.

Ghafar mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Presiden Baris, Datuk Nordin Hassan dan Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur, Datuk Khairil Awang. Mohd Kamel berkata, pada mulanya beliau hanya menerima maklumat itu melalui tetamu yang menghadiri ceramahnya tetapi dalam satu ceramah di selatan tanah air, beliau terkejut melihat tingkah laku golongan itu. “Ramai di kalangan mereka adalah lelaki sebegitu (lembut). Biasanya, saya hanya menonton video melalui Internet dan nampaknya golongan itu kini tidak lagi malu membuat pendedahan terbuka kepada masyarakat.  “Ini yang kita cuba bendung, kita tidak mahu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) menjadi budaya biasa dalam masyarakat kita,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pendekatan diambil Jakim melalui ceramah sebelum ini seakan-akan membuka lembaran baru apabila ada di kalangan mereka yang hidup ‘dua alam’ kembali ke pangkal jalan dan mula mendekati masyarakat. “Kita mengadakan enam ceramah secara bersama dengan agensi lain dan mungkin selepas ini bersama dengan Kementerian Kesihatan pula,” katanya.

Senyum kambing : cuba fikir fikirkan kembali ...

Siapa yang mempupuskankan tulisan jawi?

Siapa yang mengharamkan Sekolah Agama Rakyat?

Siapa yang memecat Ishak Hj Baharom mufti Selangor yang mengeluarkan fatwa haram wanita Islam memperagakan badan dalam pertandingan ratu cantik?

Siapa yang menyekat mufti dari bersuara?

Siapa yang menggalakkan jom heboh, sure heboh, ratu cantik, akademi fantasi, bakat cilik, muka buku dan aktiviti maksiat yang lain?

Siapa yang tidak menapis rancangan kartun yang seksi dan mengajar budak sekolah bercengkerama?

Siapa yang tidak menapis rancangan drama peluk cium melayu bohsia terlajak dsbnya?

Siapa yang tidak menapis rancangan astro yangmelucah terlampau?

Siapa yang buat iklan besar mengusung tilam di dada akhbar?

 

Justeru itu, adakah anda percaya doktor ini walaupun mereka jadi bijak pandai dan pakar bedah, relakah anda menyerahkan jiwa raga anda untuk dibedah mereka?