Adakah Teh anda berpewarna tiruan?
Tidak lama dahulu kita terbaca Unit Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menangkap pengedar teh yang meletak warna terlarang ke dalam serbuk teh. Bukan hanya pewarna yang diletakkan tetapi perasa dan bahan pengawet juga ditaruh sekali. Ini tidak termasuk andainya produk teh itu masih mengandungi racun 3 serangkai atau tidak (racun serangga + racun rumpai + racun kulat). Namun demikian, hanya sebilangan kecil yang ditangkap manakala sebagian besar pengusaha teh yang menipu dengan meletakkan pewarna atau barang lain ke dalam teh terlepas.. Apabila kita memerhatikan label bungkusan pada kotak teh, tiada ditulis secara jelas samada produk itu bebas pewarna / pengawet / perasa serta selamat dan sihat untuk dimakan. Justeru adalah amat penting bagi kita menyedari serta mengetahui bagaimana mengenalpasti teh yang kita gunakan itu selamat atau tidak dimakan.
Ujian mudah mengenalpasti kehadiran pewarna adalah dengan merendam teh tersebut dalam air panas.
Ø Bagi teh yang asli, warna teh lambat atau susah mewarnakan air rendaman itu.
Ø Bagi teh yang berpewarna, warna teh cepat atau sangat senang air bertukar ke warna teh.
Justeru, lain kali apabila kita membeli teh, pastikan kita :
Ø menjadi pengguna bijak yang tidak hanya memerhatikan tarikh luput tetapi perhatikan juga tulisan mengatakan ia bebas racun, pengawet pewarna dan perasa tiruan.
Ø belilah teh yang mahal sedikit bagi memastikan teh itu benar-benar asli.
Ini penting kerana jika kita tidak menjaga kesihatan kita, penjual teh hanya mengambil untung tanpa pedulikan kesihatan orang lain. Ingatlah cegah barah sebelum kena kerana pencegahan selalu lebih mudah dari merawat. Bahan –bahan bertoksin akan diserap oleh usus dan dineutralkan oleh hati (Tetapi tidak semua racun dapat dineutralkan oleh hati). Terdapat juga yang dikeluarkan dari badan oleh buah pinggang. Organ organ ini bekerja 24 jam. Kalau anda tidur, mereka terus bekerja.. Apabila organ organ ini keletihan bekerja, anda pun boleh meneka apa akan jadi seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.