Jumaat, 23 September 2011

Dato Sarimah Ahmad Melawan Kanser

Dato Sarimah Ahmad Berjaya Melawan Kanser

TAHUN lalu dia tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya kerana penyakit kanser yang dihidapi. Dia berhadapan dengan maut selama setahun sebelum disahkan pulih selepas menerima rawatan alternatif dari Profesor Syed Putra Meir.

Bagaimanapun untuk tahun ini, sedikit pun Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka ada yang merancang sesuatu sempena ulang tahunnya yang ke-69 pada 28 April lalu.
Majlis dirancang Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Restoran Warisan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, dihadiri Presidennya, Datuk Freddie Fernandez dan AJK, Radhi Khalid, Datuk Salwa Abdul Rahman serta bekas Timbalan Ketua Setiausaha KPPK (Kebudayaan), Datuk Mohammed Mohd Daud dan rakan-rakan artis antaranya, Shamsuddin Lamin, Imuda, Rohana Jalil, Hazami, Roslan Shah, Mazin Ameen Siraj, Fazli Zainal dan Ikhwal.

Dilahirkan di Pulau Rusa, Pekan, Pahang pada 28 April 1942 Sarimah mengakui tidak tahu Karyawan mengadakan majlis meraikan ulang tahun kelahirannya.


Katanya, dia hanya dimaklumkan oleh Freddie mengenai mesyuarat yang perlu dihadirinya.

“Mereka suruh bawa anak-anak dan cucu. Tak sangka pula mereka buat kejutan majlis ulang tahun saya yang ke-69.

“Saya sangat terharu malam ini kerana pada tahun lepas, masa ini saya tak berdaya.

“Saya tak tahu mengenai dunia masa itu dan saya tak tahu saya akan hidup atau tak. Saya tak bercakap dengan anak-anak.

“Ya Allah, Ya Tuhanku terima kasih kerana bagi kesempatan. Terima kasih kepada profesor, anak-anak dan semua yang mendoakan.

“Pada masa itu, saya tak tahu sama ada umur saya akan sampai usia 69 tahun. Tiga tahun saya sakit, lidah keras, tapi saya masih lagi pergi sana sini.
Orang kata Sarimah maintain (kekal cantik) tapi orang tak tahu saya sakit. Yang tahu penderitaan saya ialah Yusarima Puteri (anak kelima). Apabila buat ujian darah, bacaan sangat tinggi.
“Kanser ini babitkan otak, hidung dan lidah. Peluang saya untuk hidup hanyalah 3 bulan. Masa itu, cicit pertama saya nak dilahirkan. Saya minta Allah panjangkan umur saya untuk melihatnya. Yang lain saya serahkan pada Allah untuk menentukan pada masa depan.

“Apabila Freddie tahu, dia suruh saya beritahu media, tapi saya tak nak beritahu kerana tak nak susahkan orang lain. Dulu tubuh saya hanya tinggal tulang, hanya seberat 50 kilogram sehinggakan saya tak nak tengok cermin. Hendak duduk pun kena dilapik kerana punggung tinggal tulang.

“Saya minta Allah tunaikan impian saya satu sahaja, iaitu nak buat umrah pada akhir Ramadan dan berhari raya di sana,” katanya penuh emosi menjadikan suasana sepi seketika.

Meskipun nampak keletihan, sikap pelakon Ibu Mertuaku ini boleh dipuji kerana tetap memberikan kerjasama meluangkan masa untuk ditemubual pihak media yang ingin bertanyakan lanjut mengenai penyakitnya.
Dalam nada ceria, beliau memberitahu cicitnya, Hadif Mikhail Khairul Ikram lahir pada 1 Jun 2010. Jika ada rezeki beliau akan menimang seorang lagi cicit pada Jun tahun ini, iaitu cucu Farawahida.

Ibu kepada enam anak ini berkata, apabila disahkan sakit, beliau mula mengambil langkah yang perlu. Setiap bulan beliau akan mengalami kesakitan. Apabila sudah tahu simptom penyakitnya, beliau mula mengamalkan senaman dan berpantang makan.

“Tuhan dah hendak duga, saya tak panik dan reda. Walau seteruk manapun hingga tak boleh solat, saya tetap sembahyang secara isyarat mata. Tak dinafikan, sepanjang kehidupan ada juga tekanan yang tak boleh dielakkan. Sekarang saya elakkan tekanan dan kena jaga tidur. Walaupun tidur hanya tiga hingga empat jam sehari, ia lebih baik jika berkualiti.

“Hidup hanya sementara dan cara perubatan ini hanya alternatif. Saya tak buat rawatan kimoterapi atau lain-lain rawatan kerana nak balik (meninggal) dengan cara elok dan tak nak badan ada kesan. Saya sentiasa solat tengah malam untuk minta kekuatan. Dalam keadaan sekarang, saya tak kejar kekayaan.

“Setahun saya memerap di rumah. Saya tak nak beritahu orang yang saya tak sihat apabila ditanya. Sekarang, saya tak cukup tidur kerana bangun tengah malam untuk sembahyang dhuha setiap hari. Jam 3.30 pagi mata sudah celik untuk saya buat apa yang patut seperti senaman, mandi air sejuk dan minum air zam zam,” katanya.

Menjelaskan pula mengenai cara rawatan yang dijalankan, Sarimah berkata, Profesor Syed Putra membekalkannya ubat tambahan bernama Mission B-Seventeen (B-17) sebagai cara rawatan.

“Bayangkan 19 protokol kena dilalui untuk makan ubat. Saya kena kuat kerana selepas itu, saya akan muntah kerana proses detoks (keluarkan racun). Rasa kepala seperti nak pecah dan saya pengsan. Selepas 19 hari, saya kena teruskan dengan disiplin lain pula.

“Memang banyak ubat yang perlu diambil. Sekarang alhamdulillah keadaan dah baik, namun saya masih amalkan lagi dua kali sehari sebelum makan.
“Ubat ini sangat kuat dan saya tak boleh ambil ubat tambahan lain. Harganya memang mahal iaitu RM30,000 tapi saya nampak keberkesanannya. Saya tak rasa dipergunakan oleh Profesor Syed Putra,” katanya yang mula mengesan penyakit ini sejak berlakon drama bersiri Cinta Madinah.

Tahun 2008 hingga 2010, Sarimah mula merasakan semakin tidak berdaya. Namun amalan beliau yang suka menggunakan air zam-zam sejak mengerjakan umrah pada 1993, turut membantu melawan penyakit pembunuh ini.

“Bila kena penyakit itu, lidah saya jadi keras. Apabila disembur air zam zam, keadaannya akan sembuh. Selain ubat tambahan, saya turut berdoa dan bertakwa kepada Allah. Ini yang paling kuat diamalkan dan saya bersyukur. Saya kini dah boleh sembahyang, rukuk dan berdiri dengan sempurna.

“Insya-Allah, ada rezeki saya nak pergi umrah lagi. Tahun lalu mereka siapkan kerusi roda kerana bimbang kesihatan saya. Tapi sebelum pergi saya, minta doa nak pijak Makkah dengan kaki sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya lakukannya. Sampai sana, saya sujud dan bersyukur kepada Allah,” katanya yang hanya mempertimbangkan tawaran berlakon jika wataknya bersesuaian.

Komen 2

Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.

“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama 3 bulan.Saya reda dan percaya dgn ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat.Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dgn keadaan tersebut.Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja”

Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dgn bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar”

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap 4. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.Alhamdulillah ia bagaikan serasi dgn saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar”

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang”


Komen 3
Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.

“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama 3 bulan.Saya reda dan percaya dgn ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat.Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dgn keadaan tersebut.Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja”

Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dgn bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar”

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap 4. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.Alhamdulillah ia bagaikan serasi dgn saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar”

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang”


Dato Sarimah Ahmad tak anggap dirinya dipergunakan

Tak anggap diri dipergunakan

BUKAN saja bertindak sebagai jurucakap atau duta kepada produk minuman kesihatan Stem Cell Fab’Lous, tetapi seniwati yang bakatnya mula dikesan menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok ini juga bertindak sebagai Pengerusi Syarikat Fablous Global Sdn Bhd.

Bercerita lanjut mengenai produk itu, Sarimah berkata dia mula mengenali produk berkenaan selepas tercari-cari apakah produk kesihatan sampingan yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatannya itu.

“Sebelum bertemu dengan produk ini, saya memang mencari produk yang sesuai untuk merawat penyakit saya. Banyak juga jenis bahan kesihatan yang disyorkan.

“Alhamdulillah selepas dua minggu mencubanya, penyakit saya semakin menunjukkan perubahan dan selepas itu saya jadikan minuman penjagaan kesihatan tambahan ini sebagai amalan dalam menjaga kesihatan saya,” katanya.

Dengan status selebriti dan populariti yang ada padanya, tidakkah dengan pembabitannya itu, Sarimah dijadikan mangsa mempergunakan namanya mahukan keuntungan dengan cara mudah.

“Kalau nak kata saya dieksploitasi, sebelum ini pun saya pernah ditawarkan untuk menjaga sebuah produk kosmetik di peringkat antarabangsa dengan bayaran lumayan sebanyak RM1 juta. Namun, saya tolak kerana tidak pasti akan bahan yang terdapat dalam produk itu. Saya tidak mahu menanggung dosa jika bahan yang digunakan tidak halal.

“Untuk produk ini, selain berkesan, saya juga membuat solat sunat istikharah terlebih dulu sebelum menyatakan persetujuan untuk menggunakan jenama ini,”tegasnya.



Komen 4

mcm propa jer.. tak kan la tinggal kulit dan tulang jer..pastu, time raya lepas, anak2 lain ta ...reddots Post at 10-5-2011

agak2 la kalau tulis tu...saya pegi umah dia 2 kali..tu pun mase dia dh sihat sikit....dh boleh bangun dn brdiri...mmg kurus sgt...ape yg dia citer kat ktorg hampir same ngn paper tu...
mase sakit tenat tu dia mmg tak bg tau sanak saudara pn kecuali bbrape org trtentu je...
waktu yg same menantu dia Siti Rohani hidap barah payudara...dorg same2 brjuang tuk hidup...Alhamdulillah kak mah beransur sihat tp menantunye yg pergi dulu....


https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1212833/sarimah-bebas-kanser-usus-selepas-pembedahan#google_vignette Sarimah bebas kanser usus selepas pembedahan Oleh Farihad Shalla Mahmud - Februari 15, 2024 @ 3:04pm farihad@bh.com.my SUBANG JAYA: Bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad mendedahkan pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan. Sehubungan itu, Sarimah, 82, memaklumkan, beliau mengamalkan pemakanan berkhasiat dan organik demi mengekalkan kesihatan diri. "Selepas pembedahan dan disahkan pulih daripada kanser, hanya sekali sahaja saya buat rawatan susulan. "Saya juga tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi disebabkan faktor usia. "Oleh itu, saya hanya mengambil makanan sihat seperti salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan kekacang," katanya kepada BH Online. Berkongsi serangan kanser itu, seniwati tersohor itu menjelaskan, awalnya dia mengalami sakit pada bahagian abdomen. "Rasa sakit itu sudah lama ada dan saya sangka ia hanyalah sakit biasa hinggalah saya jatuh pengsan di bilik air di rumah. "Anak bongsu kemudiannya membawa saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam. Selepas membuat pemeriksaan, doktor beritahu tiada ada apa yang serius dan hanya diberi ubat. "Namun, keadaan menjadi lebih teruk dan saya terus ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk rawatan lanjut. "Di situ, saya disahkan menghidap kanser usus tahap tiga dan perlu segera menjalani pembedahan," ujarnya ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Subang Jaya. Dalam perkembangan berkaitan, pelakon filem Madu Tiga itu turut mendedahkan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang mencecah RM60,000. Susulan itu, Sarimah memaklumkan beliau disaran pihak tertentu supaya berkongsi penderitaannya kepada masyarakat bagi meringankan beban yang ditanggung. "Bagaimanapun, saya lebih selesa merahsiakannya dan memang tidak mahu menagih simpati sesiapa. "Atas sebab itu saya sanggup keluarkan duit simpanan untuk menampung kos rawatan. "Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya tidak mahu susahkan mana-mana pihak dan tak nak berhutang dengan sesiapa," tegasnya. Terdahulu, pada 2011, Sarimah dilaporkan pernah menghidap kanser hidung, namun sudah pulih sepenuhnya. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1212833/sarimah-bebas-kanser-usus-selepas-pembedahan#google_vignette .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.