barah payudara
Tocotrienols
Sumber : The Star, 11 Oktober 2011
Vitamin E bersifat melindungi sel daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas. Tocopherols dan tocotrienols adalah dari keluarga Vitamin E. Tocotrienols lebih mudah diserap berbanding tocopherols. Sifat antioksidan Tocotrienols adalah lebih kuat berbanding tocopherols. Kajian menunjukkan tocotrienols boleh merencatkan pertumbuhan barah payudara. Tocotrienols juga menyebabkan sel-sel barah payudara mati (Apoptosis). Selain itu, tocotrienols boleh merencatkan penghasilan kolesterol justeru menjadikan jantung lebih sihat. Ia juga mampu menipiskan semula artherosclerosis. Terdapat 4 jenis tocotrienols iaitu alpha, beta, delta & gamma. Walaupun rice bran oil, wheat germ, barli, oat dan minyak kelapa mengandungi tocotrienols, hanya minyak sawit yang mengandungi keempat-empat jenis tocotrienols.
1. Nota : Di kalangan lelaki, tokotrienol boleh menyebabkan kanser Prostat seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.