Projek Buka Baju
Harian Metro, Muka Depan, Khamis 13 Oktober 2011 : Projek Buka Baju, 2 dicekup separuh bogel, 2 sorok bersama 4 lelaki. Empat siswi sebuah kolej swasta ditahan ketika berpesta seks bersama pasangan masing masing di sebuah bilik asrama, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 7 malam, dua daripada pelajar kejururawatan terbabit dicekup dalam keadaan sparuh bogel, dua lagi berpakaian lengkap, manakala keempat-empat pasangan mereka menyorok dalam tandas.
Harian Metro, Mukasurat Empat, Khamis 13 Oktober 2011 : Kuliah seks 4 Gadis, Bakal Jururawat ponteng dicekup, kekasih ditahan dalam tandas asrama. Kuala Lumpur: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan setelah didapati berpesta seks bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin. Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan, jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi… manakala 4 lelaki berusia awal 20an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Petikan diatas amat mendukacitakan kita kerana ia hanya sebilangan kecil dari sebilangan besar perbuatan yang terlepas. Bukan sahaja di kalangan jururawat pelatih tetapi di kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS sudah tentu mempunyai masaalah yang serupa. Seolah-olahnya, kesalahan berzina adalah dosa kecil, boleh dibuat gula-gula atau boleh bertaubat pada bila-bila. Apatah lagi apabila jururawat diajar pengetahuan mengenai segala jenis kaedah atau cara-cara perancangan keluarga. Kisah ini menjurus kepada kupasan manusia jenis apakah mereka ini akan jadi nanti seterusnya? Adakah manusia berjiwa mulia, pengasih, mengambil berat, bertanggung jawab, mampu menjiwai dengan sepenuh hati serta telus terhadap sebarang tugasan atau pekerjaan yang diberi kepadanya atau menjadi manusia yang sebaliknya?
Saya pernah beberapa kali masuk wad hospital samada diri sendiri atau menjaga orang lain. Kaum kerabat dan saudara mara terdekat juga pernah masuk wad. Pengalaman dalam wad amat mendukacitakan kerana jururawat boleh bergelak ketawa sedangkan pesakit sedang menahan kesakitan serta sedang merana atau sedang dalam kesedihan. Apabila saya menjenguk, saya lihat ada jururawat yang duduk di atas meja tulis sambil berbual dengan rakan mereka. Boleh pula menyilangkan sambil mengoyang goyangkan kaki! Apabila waktu malam, ada jururawat yang tertidur pada pukul 3 atau 4 pagi. Kalau mereka bertiga, 2 akan tidur manakala seorang lagi akan berjaga secara tersengguk-sengguk. Tidak lama kemudian, yang tersengguk-sengguk itupun akan tertidur. Tiada seorang pun Ketua Jururawat, Matron, Doktor atau Pengarah Hospital yang membuat pemantauan mengejut. Kalau diperhatikan, jururawat generasi lama lebih bersopan santun, lebih menjiwai serta lebih bertanggungjawab.
Saya tidak kisah sangat pasal mereka bersembang membuat bising atau duduk diatas meja. Apa yang merungsingkan saya adalah sikap tidak bertanggung jawab. Apabila doktor mengarahkan masuk air Normal Saline melalui intravena sebanyak 3 botol dalam masa 24 jam, ada air yang telah habis tetapi jururawat masih tidak datang menutupnya. Juga pesakit tidak diberitahu mengenai kepentingan menutup air intravena sekiranya jururawat gagal menutupnya. Saluran air yang tidak ditutup akan terus terbuka dan ini memungkinkan kemasukan udara ke dalam salur darah intravena. Apabila udara cukup banyak dalam salur darah, ia boleh menyebabkan embolism udara (Air Embolism). Sekiranya embolism udara berlaku di otak, ia boleh menyebabkan angin ahmar ( Ischemic Stroke ). Memasukkan pesakit dalam wad adalah bertujuan memberi rawatan lanjut dengan harapan pesakit sembuh atau menjadi lebih baik yakni mutu hidup pesakit sepatutnya menjadi lebih baik selepas pesakit keluar dari wad. Tetapi jika pesakit mendapat strok, tujuan asal memasukkan pesakit kedalam wad tidak tercapai malah akan mendatangkan beban tambahan kepada pesakit di mana pesakit menderita strok, lumpuh, terpaksa buang air dalam lampin dewasa, serta memperbanyakkan penggunaan masa yang terbuang oleh pegawai perubatan, jururawat dan saudara-mara pesakit sendiri bagi merawat pesakit. Beban kerajaan juga bertambah besar kerana lebih banyak wang dan masa terpaksa digunapakai bagi menjaga pesakit strok. Ini semua dapat dihindarkan jika jururawat bersikap prihatin, bertanggungjawab, serta menjiwai tugas masing-masing. Memang betul jururawat terpaksa membawa najis pesakit tetapi bertugas sebagai jururawat adalah pekerjaan yang mulia. Sekiranya seorang jururawat dapat menjiwanya serta ikhlas bekerja kerana Allah, maka untuknya ampunan serta pahala yang mulia. Sebenarnya pekerjaan jururawat adalah satu gudang yang besar jika mereka benar benar mahu membuat amal jariah yang banyak. Tetapi apabila jururawat itu mencemarkan diri mereka dengan aktiviti zina secara berleluasa, mampukah mereka untuk menjadi insan yang ikhlas, berjiwa mulia, mengambil berat tentang orang lain, simpati, empati dan berbagai lagi kualiti yang baik. Semua ini tidak dapat dicapai jika seseorang insan itu tidak menjiwai sembahyangnya. Dalam sembahyang kita minta jalan yang lurus. Yakni jalan yang Allah redha dan bukan jalan yang sesat atau jalan yang Allah murka.
Sebagai penutup kisah ini, saya memohon berbanyak ampun serta maaf kerana saya percaya bukan semua jururawat bersikap seperti diceritakan. Masih ada ramai jururawat yang berjiwa sangat mulia, serta sanggup mendahulukan pesakit dari diri mereka sendiri. Kepada jururawat kumpulan sebegini, saya mengucapkan syabas, setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih. Usaha anda yang baik itu hanya Allah yang dapat menimbal balasnya. Sekian Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.