Kisah Telur Masin
Telur masin biasanya diperbuat daripada telur itik. Ada telur yang diimpot dari Siam. Telur mempunyai lapisan cengkerang luar yang terdiri dari zat calcium. Zat Kalsium adalah bersifat poros iaitu membenarkan garam melintas melaluinya. Garam adalah Sodium Klorida (Na+Cl-). Jika garam boleh menerobos melalui cengkerang Kalsium, ini bermaksud logam berat lain seperti Timah Hitam (Plumbum), Raksa (Mercury), Cadmium, Nikel dsbnya juga boleh masuk melalui cengkerang kulit telur. Telur masin dibaluti lapisan tanah liat bercampur dengan arang (karbon) , sekam padi serta garam. Tidak dinafikan bahawa, bukan semua telur masin tercemar tetapi, dikhuatiri jika tanah liat ini benar-benar mengandungi logam berat, ia boleh memungkinkan perpindahan logam berat beracun dari dalam tanah liat berpindah masuk ke dalam telur lalu mencemarkan telur. Setiap kesan sampingan logam berat kepada kesihatan manusia boleh diketahui dengan merujuk pautan HSDB di halaman utama. Justeru, dicadangkan agar pengusaha berhati hati dalam menjaga kualiti tanah liat yang akan digunakan dari kalangan tanah liat yang berkualiti dan selamat untuk konsumsi manusia. Dahulu, kerajaan Singapura pernah melarang kemasukan telur masin dari memasuki pasarannya kerana pencemaran oleh logam berat.
Nota: Sekiranya terdapat kesalahan dalam catatan ini dipinta segera tuan / puan membetulkannya. Sekiranya tuan / puan tahu kisah lanjut mengenai perkara ini, dipohon tuan berkongsi maklumat di ruangan komen. Semoga usaha saudara semua Allah jua yang dapat membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.