Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH
ABDULLAH ( Arkib Utusan )
adawiyah.koh@utusan.com.my
Terima kasih An Nabaat (As Ad: 013-3112724 / Dali: 019-4504905)
adawiyah.koh@utusan.com.my
Terima kasih An Nabaat (As Ad: 013-3112724 / Dali: 019-4504905)
TIADA kata yang mampu
diucapkan mana-mana wanita apabila disahkan menghidap penyakit kanser melainkan
gambaran kematian yang terlintas di fikiran. Pemikiran mereka
seolah-olah sudah ditanam dengan kepercayaan bahawa sesiapa sahaja yang
menghidap kanser tidak mempunyai usia yang panjang. "Persepsi itu
sebenarnya salah kerana Allah sudah menjanjikan yang terbaik buat kita
sekiranya kita berusaha." Itulah bicara awal Rohana Rabu @ Mahat, 36,
ketika berkongsi pengalamannya menghidap kanser ovari. Pada awalnya, Rohana
sendiri berat hati dan malu untuk bercerita. Namun, katanya, dia berharap kisah
ini dapat memberi semangat kepada pesakit lain melawan kanser. "Dengan
izin Allah, keadaan kesihatan saya semakin baik. Mula-mula dulu saya seperti
wanita lain, sedih, malu dan hampir berputus asa. Namun, saya yakin dengan
ketentuan Tuhan, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya berusaha berjumpa
pakar dan mencari rawatan alternatif," ujarnya yang bertugas sebagai guru.
Empat tahun lalu, Rohana disahkan menghidap kanser ovari peringkat ketiga.
Seperti tidak percaya dengan berita itu, Rohana cuba bangkit dan mencari
semangat baru dalam hidupnya.
Ujian
Selepas menjalani ujian pemeriksaan
kesihatan, Rohana perlu melakukan pembedahan segera. Rohana bersyukur kerana
segalanya berjalan lancar dan seperti pesakit kanser lain, dia kemudian menjalani rawatan kemoterapi. "Tuhan sahaja tahu
sakitnya ketika itu. Namun saya positifkan diri untuk melawan sakit. Saya
berpantang dari segi penjagaan makanan dan hanya bergantung pada ubat selama
empat tahun. Kemudian suatu hari, saya mencuba suplemen herba setelah disarankan
oleh seorang kawan. Dengan izin Allah, kesihatan saya semakin baik terutamanya
aspek kecergasan fizikal. Walaupun begitu, saya tetap berpantang makan kerana
takut rahim menjadi bengkak semula," ujarnya ketika ditemui di An Nabaat
Sdn. Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. Tambah Rohana, dia
dimaklumkan faktor pemakanan dan genetik menjadi punca terbesar kanser ovari. Justeru,
Rohana lebih berhati-hati soal pemakanan. Nasihatnya, walau sibuk dengan
kerjaya, setiap orang perlu elakkan makanan segera dan banyakkan makanan
organik atau sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. "Kehidupan hari
ini berbeza dengan dulu kerana semua perlu dilakukan segera. Masa pun berjalan
dengan pantas. Oleh itu, kita perlu bijak mengurus masa dan jadual diri supaya
kita juga mempunyai masa berehat yang sempurna. Selain itu, kita perlu kembali
kepada amalan semula jadi sebagai umat Islam. Untuk menjadi positif, banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat dan membaca al-Quran. Itu semua akan menjadi
penawar terbaik kepada setiap pesakit," katanya mengakhiri bicara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.