Khamis, 27 Oktober 2011

Cara Nyah – racun dari badan ( Detok )

Amalan Nyah-racun dari badan boleh dilakukan dengan mengamalkan berkumur-kumur setiap pagi mengguna minyak kelapa dara selama 10-15 minit. Juga mengamalkan berkumur-kumur dengan mengguna minyak kelapa dara setiap sebelum masuk tidur. Hendak lahbersalawat nabi dan mintalah kepada Allah dengan nama Allah yang baik baik.


Amalkan terapi jus. Maksudnya, amalkan 3 hari seminggu anda hanya hidup bergantung dengan meminum jus buah-buahan atau jus sayur sayuran segar. Pastikan tumbuhan yang anda beli ada cop SALM. Beli buku panduan terapi jus.


Surah 33 :Ayat 56. Sesungguhnya Allah dan  malaikat-malaikatNya salawat keatas nabi. Hai orang yang beriman, selawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna. 

Surah 17 :Ayat110. Berdoalah kepada Allah atau berdoalah kepada Rahman (yang Maha Pengasih dari segala yang Penyayang), Sembarang nama kamu meminta, maka bagiNya ada nama-nama yang terbaik. 

Surah 37 :Ayat 75. Kamilah yang sebaik-baik yang memperkenankannya.

Surah 3 :Ayat38 . Sesungguhnya Engkau Maha mendengarkan Doa.

Surah 40 :Ayat 60. Berkata Tuhanmu, Mintalah kepadaKu, niscaya Aku perkenankan permintaanmu.

Surah 14 :Ayat 39 . Sungguh Tuhanku Mendengarkan Doa.

Surah 36 :Ayat 58. Selamat, perkataan dari Tuhan yang Pengasih.

Surah 12 :Ayat21 . Allah Mahakuasa atas urusanNya tetapi kebanyakkan manusia tiada tahu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.