Rabu, 25 Januari 2012

Jenis Racun dan Kesannya

Jenis racun dan kesannya


Nama Racun @ Logam Berat
Kesan awal
Kesan Jangka Panjang

Asbestos

Kanser Paru paru


Aluminium
Batuk
Sesak Nafas
Paru paru berair

Fibrosis paru paru

Gas Ammonia
Paru paru berair
Radang Paru paru



Arsenik
Bronkitis
Kanser Paru paru
Radang tekak


Beryllium
Paru paru berair
Pneumonia

Fibrosis paru paru

Boron
Paru paru berair
Paru paru berdarah



Kadmium Oksida
Batuk
Pneumonia

Emfisema

Tungsten Karbid
Titanium Karbid
Tantalium Karbid
Hyperplasia
Metaplasia epitelium bronkus

Fibrosis paru paru

Gas Klorin
Batuk berdarah
Sesak nafas
Radang paru paru
Pneumonia



Kromium
Radang hidung
Bronchitis

Kanser paru paru

Habuk arang


Fibrosis paru paru

Gas dari Oven arang batu


Kanser paru paru

Habuk kapas
Sesak nafas
Lelah

bronkitis

Hydrogen fluorida
Radang paru paru
Paru paru berair



Besi oksida

Fibrosis paru paru
Bronchitis


Kaolin

Fibrosis paru paru


Manganese
Pneumonia
Pneumonia


Nikel
Paru paru berair
Kanser hidung
Kanser paru paru


Nitrogen oksida

Paru paru berair
emfisema

Ozon
Paru paru berair
Emfisema



Phosgene
Paru paru berair
bronkitis

Silica

Fibrosis paru paru


Sulphur dioksida

Batuk
Sesak nafas



Talkum


Fibrosis paru paru


Toluene

Bronkitis
Paru paru berair



Xylene

Paru paru berair




Mengapa anda mengantuk dan letih dalam bilik yang ramai orang

Mengapa anda mengantuk dan letih dalam bilik yang ramai orang?
Di pejabat, anda anda sering mengadakan mesyuarat. Bangunan moden sering mengamalkan penghawa dingin sistem persekitaran yang diolah sendiri. Maksudnya, suhu, kelembapan dan peredaran udara dikawal oleh satu atau lebih unit pengudaraan. Justeru, langkah anda menutup lubang air inlet atau air outlet dalam pejabat anda adalah salah! Sebenarnya jika anda sedari, membuat kerja dibawah pokok atau di dalam hutan adalah lebih nyaman dan menyihatkan daripada bekerja dalam persekitaran olahan sistem tertup berhawa dingin sepanjang hari! Apabila anda berada dalam bilik atau dewan tertutup yang ramai orang, anda akan berasa mengantuk serta letih yang berlebihan. Ini disebabkan oleh:
1.   Gas karbon dioksida yang telah melebihi 800ppm,
2.   kelembapan udara telah melebihi 60 %.
3.   Kepekatan oksijen telah berkurangan.
4.   Darah di bahagian kaki anda tinggal setempat dan tidak naik ke otak kerana anda tidak mengaktifkan jantung kedua anda ( Otot betis seperti Gastrocnemius dan Soleus serta saluran vena yang mempunyai injap satu arah bertindak sebagai jantung kedua jika anda menggerakkan otot ini ) .
Bila otak kekurangan oksijen dan banyak karbon dioksida, anda akan rasa mengantuk serta letih. Diingatkan, keadaan ini menyebabkan badan anda berasid dan sel kanser menyukai persekitaran berasid bagi hidup subur dan membiak. Justeru, untuk menhalang perkara ini dari berlaku:
1.   Buka pintu bilik anda.
2.   Buka tingkap bilik anda.
3.   Pastikan peredaran udara dalam bilik mencukupi.
4.   Pastikan suhu bilik 24ºC - 26ºC ( suhu bilik optimum 25ºC ).
5.   Tiada pewangi kimia dalam bilik anda.
6.   Paling bagus, bermesyuarat di bawah pokok!


Monavie & Chemo

Terapi B17 dan Monavie
“en hashim, my mom yg barah i bg minum monavie n mkn bj aprikot. smpi skrg masih meneruskan pngmbilan monavie. sgt bagus terutamanya ketika menjalani kemoterapi, sihat sepnjg kimoterapi tanpa sebarang kesan. yg penting, kimoterapi lansung tidak terjejas dgn pngmbilan monavie.”

Untuk pencegahan, monavie diminum 3 – 5 sudu besar yang dibancuh bersama air suam diminum 2 kali sehari Untuk menguruskan masaalah minum 5 kali sehari dengan sukatan yang sama Nota: Pada botol tertera 60ml 2 kali sehari.  30 ml 2x /sehari pun ok.
Pakar barah menyatakan barah adalah penyakit berkaitan metabolik. Di dalam badan manusia beribu ribu sel baru dihasilkan setiap waktu untuk menyokong kehidupan, Dalam beribu ribu sel yang dihasilkan terdapat sel2 yang tidak sempurna dan mati pada peringkat embrio. Antaranya sel fibroblast, neoblast dan sebagainya. Fungsi sel2 ini adalah untuk membaiki atau mengantikan sel sel yang telah mati pada tubuh manusia. Umpamanya apabila tulang anda patah, sel2 ini akan menukarkan diri mereka menjadi sel tulang dan memperbaiki sel tulang yang telah rosak. Jika anda kehilangan darah akibat kecederaan sel2 ini akan bertukar menjadi sel darah. Apabila kulit kita terbakar atau tercedera sel2 ini akan bertukar menjadi sel kulit. Namun sel2 yang sama ini mampu bertukar menjadi sel barah akibat tindakbalas kimia carsinogen iaitu bahan kimia yang membentuk sel barah. Dalam setiap hari terdapat sel2 ini yang bertukar menjadi sel barah namun ia tidak membahayakan badan kerana keberkesanan imun system kita.Imun system badan akan memusnahkan semua benda2 asing termasuklah sel barah. Dengan ertikata lain sel barah dimusnahkan olih imun system pada peringkat embrio lagi. Kita menjadi sihat sehari hari kerana komponen2 sistem pertahanan semulajadi badanseperti lympocartes,,macrophages dan lain komponen berjaya memusnahka dan meneutralkan sel2 barah ini dari membelah dan membesar”

“Jika sistem pertahanan semulajadi badan menjadi lemah akibat kekurangan zat dan neutrient akibat sistem permakanan dan pencemaran alam sekitar sistem imun tidak akan dapat bertindak terhadap sel barah. Ini menyebabkan sel barah membelah dan membesar dengan cepat dan dalam masa yang singkat ia menjadi tumor. Salah satu kaedah rawatan terapi metabolik B17 ialah memperkuatkan sistem pertahanan badan dan meletakkan dia pada keadaan asalnya iaitu menghapuskan bendasing dalam badan manusia. Pakar terapi metabolik percaya kita berupaya menjadi sihat semula jika kita dapat membekalkan dengan secukupnya sel2 badan dengan oksigen, nutrin, enzim, mineral, asid amino dan nutrin yang lain yang diperlukan badan dalam memperkukuhkan sistem pertahanan. Dalam kaedah terapi metabolik B17 kesemua nutrin dan mineral penting ini haruslah terlebih dahulu dibekalkan dengan secukupnya kerana kebergantungan kepada vitamin B17 sahaja tidak akan membantu memusnahkan sel barah”

“Persoalannya dari manakah kita mendapatkan segala nutrin2 dan mineral untuk membina dan memperteguhkan sistem pertahanan semulajadi badan? Jawapannya ialah dari pelbagai jenis buah2an dan sayuran. Namun satu soalan lain timbul. Berapa banyakkah yang harus kita makan dan buah2an jenis apakah yang perlu dimakan untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi. Sayuran jenis apakah yang perlu diambil untuk mendapatkan nutrin atau mineral yang berfungsi membina sistem imune dan berapakah kuantitinya yang perlu dimakan. Jika anda penderita barah kronik perkara ini adalah penting kerana anda perlu membina sistem imun anda dengan pantas dan cukup untuk melawan sel barah yang menjadi semakin kuat dari hari ke hari. Pakar2 perubatan merumuskan tiada penyakit yang dapat disembuhkan tanpa kehadiran vitamin C yang mencukupi dalam badan. Persoalannya mampukah anda makan berpuluh biji buah2an dalam satu hari untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi.  MONAVIE adalah salah satu dari jenama2 supliment yang terbaru berada di pasaran Malaysia yang membekalkan hampir kesemua nutrin2 penting untuk pembinaan sistem pertahanan badan yang berkesan dalam satu botol.

Ia menjadi berkesan kerana berjaya mengabungkan kesemua jenis buah2an dan sayuran yang amat penting untuk pembinaan sistem pertahanan semulajadi badan. Saya telah menggunakan monavie ini keatas pesakit barah kronik bersama vitamin B17 dan saya dapati penyembuhannya menjadi amat pantas. Umum mengetahui pesakit2 barah terutamanya yang sedang atau yang telah menjalani kimoterapi akan hilang selera makan dan ini akan menyebabkan tidak cukup enzim dan nutrin untuk menghasilkan antibodi. Dalam sesetengah kes barah kronik segala enzim dan nutrin penting ini terpaksa disuntikan terus kedalam saluran darah atau memasukkannya melalui tiub ke sistem penghadaman. Mereka yang menjalani kimoterapi atau tembakan radiasi adalah golongan yang berada dalam zon merah kerana kemusnahan secara besar besaran sistem pertahanan semulajadi badan dan ramai dari mereka meninggal dunia kerana diserang olih penyakit2 sampingan seperti demam, selsema dan yang paling kerap ialah jangkitan paru paru. Namun barah sering disalahertikan sebagai penyebab utama kematian. Jus monavie mudah digunakan kerana ia dalam bentuk cecair yang akan diserap dengan mudah olih badan. Untuk pengidap2 barah kronik, pengambilan 5 sudu besar 4 kali sehari adalah memadai untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk badan. Olih kerana produk monavie datang dalam pelbagai jenis campuran buah2an bergantung kepada penyakit yang anda hadapi, disyorkan untuk pesakit barah meminum “monavie essiential” kerana ia mempunyai kebanyakkan zat2 dan nuitren yang bolih membantu pembinaan sistem pertahanan semulajadi badan. Antaranya ialah fiber, vitamin A, C dan E dan ia adalah produk antioksidan yang yang amat mustahak dalam melawan barah.
Sila rujuk dibawah”
“INGREDIENTS AÇAI APPLE GRAPE PEAR ARONIA PRUNE KIWI CRANBERRY BLACK CURRANT BLUEBERRY POMEGRANATE WOLFBERRY CAMU CAMU MAQUI ACEROLA BANANA CUPUAÇU BILBERRY JABUTICABA  “In excess, free radicals produce harmful oxidation that can damage cell membranes and accelerate the aging process.MonaVie’s freeze-dried açai has a higher ORAC score than any other fruit or vegetable tested to date, boasting an antioxidant capacity more than 15 times higher than whole blueberries and more than 20 times higher than whole raspberries (J Agric Food Chem. 2006, 54(22):8604-10). Health experts agree that a diet rich in a variety of antioxidants helps fight the effects of aging and is essential to maintaining good health. Features a low score of 46 on the Glycemic Index (GI), which measures how the foods you eat impact your blood sugar levels.AçaVie is an antioxidant packed ingredient that combines our patented açai and juçara freeze-dried powder and puree with Enlivenox™, a proprietary açai compound boasting 10 times more polyphenols than traditional açai”

NOTA PENTING: Mohon maaf saya lupa dari mana saya dapat artikel diatas. Jika anda tidak cukup wang membeli monavie, adalah lebih baik buat terapi jus sendiri di rumah kerana jus buah dan jus sayur yang anda buat adalah segar semulajadi, tiada olahan manusia, tiada pengawet, tiada pewarna , tiada perasa dsbnya. Yakinlah dengan yang semulajadi. Ketahuilah bahawa yang semulajadi itu lebih baik daripada olahan manusia. Anda wajib beli buku caracara membuat jus buah2an dan buku caracara membuat jus sayur2an. Kisar sendiri dan gunakan penapis kapas. Elakkan mengguna penapis poliester nylon atau penapis sedari fiber sintetik.

Khasiat Teh Hijau

Khasiat Teh Hijau
Terdapat banyak khasiat Teh Hijau. Antaranya ia mengurangkan kejadian polip dalam usus besar. Polip ini lama kelamaan boleh bertukar menjadi sel barah. Dengan meminum lebih 10 gelas teh hijau dalam sehari, anda boleh mengurangkan risiko mendapat barah usus.
Diulangi bahawa jumlah yang perlu diminum bagi mengurangkan  kejadian barah adalah meminum lebih daripada 10 cawan teh hijau / sehari. Lebih banyak jumlah cawan teh yang diminum maka lebih rendah seseorang itu berisiko mendapat barah.
Bahan penting anti barah dalam teh hijau adalah polyphenols. Polyphenols dari teh hijau boleh melindungi perut, saluran duodenum, colon daripada barah apabila seseorang itu meminum banyak teh hijau.
Selain daripada melindungi dari barah usus, teh hijau juga melindungi dari barah paru paru. Ia juga dapat mengurangkan perebakan barah ke tempat lain.


Green Tea

Camellia sinsensis, the common tea plant, has been drunk as an infusion throughout Asia since at least 3000 B.C. and remains the most widely consumed hot beverage on the planet. The only difference between green tea and black tea is that, to make green tea, leaves are steamed while to make black tea there is a fermentation process involved. This difference in processing yields a different concentration in the main active ingredient of tea, polyphenols/catechins.

Efficacy

Preclinical data in vitro and in vivo suggest that green tea interferes with carcinogenesis and metastasis along several tumor promotion pathways. The literature describes in-vitro and animal in-vivo data that shows synergistic action of green tea with chemotherapeutic antineoplastic agents such doxorubicin (adriamycin) and tamoxifen.

Clinical data suggest antineoplastic effects of green tea on malignant tissue combined with a protective and reparative effect on cardiac, renal and myeloplastic cells. There is currently no data about optimal concentration and length of administration of green tea extracts in people with active malignancies.

Large epidemiological studies seem to suggest that green tea may play a role in cancer prevention and decreased risk of recurrence.

Safety

Studies have shown green tea is safe for human consumption of up to 800 mg (equivalent to 16 cups of tea a day)

Recommendations

Green tea is a safe beverage to drink during active chemotherapy and radiation but should not be taken in higher doses as a medicine until after completion of primary treatment. Green tea is used as an adjuvant therapy in capsule form to prevent recurrence.

http://depts.washington.edu/integonc/clinicians/act/green_tea.shtml

 

 

Kunyit Cegah Barah

ARKIB : 05/09/2010
Kunyit mencegah pelbagai penyakit?
Kunyit (curcumin), sejenis rempah yang digunakan dalam masakan, merupakan salah satu penyembuh semulajadi paling mujarab. Kegunaannya telah bermula selama 2,500 tahun dahulu. Rempah tersebut dengan perlahan telah memperlihatkan sifat perubatan sejak berabad lamanya.
Sejak kebelakangan ini, kunyit mulai mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan banyak penyakit. Penyelidikan menunjukkan curcuminoid (komponen aktif dalam kunyit) boleh digunakan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser kolorektum, Alzheimer, arthritis dan gangguan kulit.
Kajian menunjukkan curcuminoid mempunyai sifat anti oksida, anti radang dan menurunkan takat kolestrol. Ia merupakan sejenis perencat COX-2 semulajadi bagi melegakan kesakitan dan juga adalah agen anti-kanser. Para saintis juga mencatatkan curcuminoid menyokong metabolisme gula darah yang sihat dan memberikan harapan untuk melawan diabetis.
Dalam 688 kajian, lebih daripada 400 yang telah dikemukakan mengesahkan sifat anti karsinogenik, anti-radang dan anti oksida yang menakjubkan pada kunyit. Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat mempunyai empat ujian klinikal untuk menguji tindakan curcuminoid terhadap kanser kolorektum, pankreas, mieloma berganda dan Alzheimer.
Sifat anti kanser kunyit
Kajian mencadangkan mereka yang mengambil diet kaya dengan kunyit akan mempunyai kadar rendah kanser payu dara, prostat, paru-paru dan kanser kolon. Bharat B. Aggarwal, professor perubatan kanser di Jabatan Terapeutik Pusat Kanser Anderson University of Texas M.D. telah melakukan kajian rempah ini selama satu dekad.
Penyelidik Pusat Kanser tersebut mendapati curcuminoid juga menghalang aliran biologi penting yang diperlukan dalam perkembangan melanoma dan kanser lain. Kajian tersebut diterbitkan pada 15 Ogos 2005 dalam isu jurnal Cancer dan menunjukkan bagaimana kunyit menghentikan strain melanoma di makmal daripada berganda dan mengarahkan sel kanser untuk membunuh diri sendiri.
Kunyit- Mencegah Alzheimer
Penyakit Alzheimer, sejenis gangguan otak yang teruk mempengaruhi keupayaan seorang untuk melakukan aktiviti seharian melibatkan bahagian otak yang mengawal pemikiran, ingatan dan bahasa. Ciri Alzheimer digambarkan oleh plak amiloid yang terbentuk dalam otak. Plak amiloid adalah gugusan sejenis protin dikenali sebagai amiloid beta. Plak tersebut merosakkan sel otak dengan "mencekik" mereka. Plak amiloid juga menjana radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel otak.
Kunyit membantu dalam peneutralan radikal bebas ini dengan mencegah kesan pemusnahan pada tahap lebih awal. NFkB menyebabkan radang yang juga menyumbang kepada pembentukan amiloid beta. Kunyit telah menunjukkan keupayaan menurunkan pembentukan amiloid beta melalui perencatan NFkB. Dengan merencat pembentukan amiloid beta melalui mekanisme dwi-tindakan dalam perlindungan terhadap radang dan kerosakan radikal bebas, curcuminoid menjadi agen semulajadi untuk mencegah dan memperlahankan perkembangan Alzheimer. Kajian klinikal sedang dijalankan di UCLA dengan menggunakan curcumin bagi penyakit Alzheimer.
Kunyit - Kelegaan bagi sakit sendi dan radang
Arthritis adalah sejenis penyakit pro-radang. Kunyit telah digunakan berdekad lamanya untuk merawat keadaan radang seperti osteoartritis. Tindakan anti-radang adalah disebabkan oleh perencatan NFkB. Pada tahun 2006, curcuminoid bersama dengan ubat popular, Celecoxib, sejenis perencat COX-2 telah menunjukkan tindakan bersinergi mengurangkan radang. Penemuan ini adalah penting kerana perencat COX-2 mempunyai kesan sampingan. Jika anda menggabungkan rawatan ini dengan curcuminoid anda boleh mengurangkan dos ubat tersebut dan mengurangkan kesan sampingannya.

Ubah Gaya Hidup Elak Barah

ARKIB : 08/02/2011
Ubah gaya hidup elak barah



KIRA-KIRA satu pertiga daripada semua jenis barah sebenarnya boleh dicegah setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, kurang mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.
Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan Barah Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Barah Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus barah payu dara di Britain dan Amerika Syarikat.
Begitu juga bagi beribu-ribu kes barah usus, perut dan prostat.
“Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat barah yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain,” kata Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.
Menurut Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes barah atau 27 peratus boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35 peratus atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37 peratus.
Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes barah di Brazil dan 79,000 kes di Britain.
Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap bersenam boleh menghalang banyak penyakit seperti barah, sakit jantung dan diabetes.
Barah merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.
Setiap tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap barah dan 7.6 juta orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk barah. Terdapat kira-kira 200 jenis barah yang diketahui.
Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Barah Antarabangsa (IARC), barah akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 0 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes barah payu dara dan usus, 27 peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh dunia.
Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata, walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis barah - namun ia masih sukar untuk ‘difahami’ oleh orang ramai.
“Kita sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ‘ini yang anda perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman’, tetapi masih sukar untuk difahami.
“Kita harus mencari jalan untuk membatu orang ramai lebih mudah melakukan perubahan.
“Setiap orang mempunyai peranan masing-masing daripada pertubuhan antarabangsa, kerajaan dan rakyat sendiri,” katanya.
WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30 minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.
Dalam pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini, juga menyeru semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas-rokok dan menaikkan harga rokok.
Ini kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan barah paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.
“Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk barah, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada apa juga bentuk barah dalam apa juga cara,” kata Baldini. - Reuters