Ahad, 15 April 2012

Keladi Tikus rawat barah

Keladi Tikus rawat barah

Rencana di Berita Minggu Ogos 1998

oleh Mohd Azis Ngah
dan Siti Zurina Mat Saman


Pesakit kanser kini boleh menarik nafas lega berikutan penemuan satu kaedah baru merawat kanser melalui kajian dijalankan pensyarah Pusat Kajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Khen ke atas keladi tikus atau Typhonium. Teo berkata, pesakit menunjukkan kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan. "Tumbuhan itu sesuai untuk merawat kebanyakkan penyakit kanser. Kaedah menggunakan keladi tikus adalah murah dan tidak mempunyai kesan sampingan," katanya. Setakat ini beliau sudah berjaya membantu kira-kira 80 pesakit tempatan dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, India dan Indonesia menggunakan kaedah perubatan keladi tikus.

"Bagaimanapun, keladi tikus agak sukar diperoleh. Awalnya, tumbuhan itu didapati di kawasan terbiar, berpaya dan saliran air. Kami memerlukan keladi tikus yang banyak. "Oleh itu, kami tidak boleh bergantung kepada alam semula jadi. Jadi, kerja saya adalah menghasilkan lebih banyak keladi tikus," katanya. Beliau memperoleh peruntukan kewangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang menyumbang RM48,200 untuk membiakkan tumbuhan berkenaan. Melalui peruntukan itu, beliau akan menjalankan kajian dengan lebih mendalam mengenai tumbuhan perubatan tradisional untuk merawat penyakit kanser. Teo berkata, ada dua cara menggunkan keladi tikus dalam rawatan kanser. Cara pertama mencampurkan keladi tikus dengan tumbuhan lain..

Campuran ini diproses untuk dijadikan kapsul dan pesakit perlu memakan enam kapsul sehari. "Cara kedua, pesakit boleh makan daun, umbi dan akar umbi. Pesakit perlu mencuci dan merendamnya dengan 50 gram atau lima pokok keladi tikus dalam air selama setengah jam. Selepas itu, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan campurkan dengan madu," katanya. Menurutnya, campuran madu itu dapat mengelak pesakit daripada berasa gatal. Pesakit juga perlu minum jus segar keladi tikus sekali sehari, tetapi pesakit pada peringkat serius perlu minum jus tiga kali sehari. Teo berkata, pesakit perlu makan 'Typhonium Flagelliforme' yang dulu secara salah dikenali sebagai Typhonium Divaricatum dan bukan jenis lain seperti disaran sesetengah buku dari Taiwan dan Hong Kong. "Jika tidak, pesakit akan menghadapi masalah sakit perut. Malah, ada pesakit mati selepas makan keladi tikus yang salah," katanya.

Beliau mendapat idea menggunakan keladi tikus untuk merawat pesakit kanser selepas membaca penulisan seorang wanita. Wanita berkenaan menyatakan tumbuhan berkenaan menyelamatkan suaminya yang menghidapi kanser. Menurutnya, penggunaan keladi tikus sahaja tidak cukup dalam merawat penyakit kanser. Pesakit perlu menukar metabolisme badan dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Metabolisme badan pesakit kanser harus ditukar kerana kaedah menggunakan keladi tikus atau melakukan pembedahan saja tidak memadai untuk merawat kanser," katanya. Pesakit kanser juga menurutnya perlu belajar hidup gembira dan mengubah cara pemakanan, iaitu elakkan daripada makan makanan dalam tin dan diawet, semua jenis daging dan hasil tenusu.Pesakit juga digalakkan bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan dan selalu berjumpa doktor.

Teo menggunakan konsep perubatan tradisional, iaitu ketumbuhan atau tumor tidak menyebabkan kanser. Menurutnya, tumor cuma satu manifestasi atau sindrom yang menunjukkan wujudnya sesuatu tidak kena adalam badan. "Dalam keadaan teruk, sudah pasti pesakit perlukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor. Tetapi mengeluarkan tumor bukanlah cara tunggal untuk merawat kanser. Kita juga perlu membetulkan apa yang tidak kena dalam badan. "Falsafah penyembuhan kendiri atau self-healing yang saya gunakan ialah manusia tidak dicipta untuk sakit. "Manusia sakit kerana manusia mendera badannya sendiri. Manusia yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya," katanya.



USM temui keladi tikus ubat kanser

Akhbar Utusan Ogos 1998

Oleh NORZAHIZAN ISMAIL

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium Flagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia. Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. " Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser," ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. "Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.


Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).

3 ulasan:

  1. Sesiapa nak anak benih keladi tikus boleh contact saya...

    BalasPadam
  2. call balik sy sangat memerlukan anak benih keladi tikus...0183515423 nurul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ne sy dapat dari laman blog En Yusof ne...

      Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami di: 014-603 0346 atau email kepada ismail.myusof@gmail.com

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.