Apa itu Asbestos?
Asbestos adalah sejenis galian (minerals) semulajadi. Dalam bahasa Greek asbestos bermaksud “yang tidak boleh dimusnahkan”. Asbestos boleh diasing menjadi Asbestos Fiber. Formula Kimia Asbestos = Mg3 Si2 O3(OH) = silika terhidrat kompleks. Asbestos memiliki sifat-sifat seperti berikut:
• Fibernya kuat, utuh, fleksibel, tahan haba, penebat elektrik, penebat bunyi dan tahan kakisan acid / alkali.
• Asbestos tidak boleh dibiodegradasi ( tidak boleh diurai oleh bacteria )
• Asbestos adalah murah, mudah diproses serta senang didapati dalam kuantiti yang banyak.
Asbestos terdapat secara semulajadi di dalam tanah dan di lombong di Kanada, Australia dan Rusia. Terdapat 2 jenis fiber asbestos iaitu:
1. Kumpulan Amphiboles (10%) - Bentuk jarum, lurus, tegang & mudah patah :
• Crocidolite = Asbestos biru – paling berbahaya.
• Amosite = Asbestos Kelabu.
• Anthophyllite,
• Actinolyte,
• Tremolite.
2. Kumpulan Serpentine (90%) - Fiber bergulung dan fleksibel.
• Chrysotile = Asbestos Putih.
Mengapa Asbestos Berbahaya?
Sistem pernafasan manusia sentiasa terbuka bagi menghisap udara. Bahan Asbestos boleh pecah dan akan membebaskan fiber asbestos yang kecil lagi halus. Jika tersedut fiber asbestos semasa bernafas, fiber asbestos kecil lagi halus boleh terperangkap di dalam paru-paru. Sistem pertahanan (imuniti) badan akan bertindak balas. Asbestos amat berbahaya jika fibernya lurus panjang dan kurus (tidak lebar). Ia kerana bentuk ini akan tinggal dalam paru-paru buat selama-lamanya. Asbestos fiber tidak larut dalam air atau enzim pencernaan yang dihasil oleh sel darah putih. Sel darah putih tidak dapat menelan fiber asbestos kerana fiber ini kebal dari sebarang tindakbalas kimia. Fiber ini akan menyucuk-cucuk dinding paru paru secara terus terusan lalu menyebabkan kesan radang yang berterusan selama puluhan tahun. Kesan radang dimulakan oleh sistem imuniti badan yang merembeskan bahan kimia bertujuan menghadamkan fiber asbestos. Oleh kerana fiber asbestos ini amat stabil serta tidak boleh diurai, ia kekal tingal dalam paru-paru buat selama lamanya. Kesan radang (inflamasi) yang terus-terusan selama bertahun tahun ini boleh menyebabkan sel sel normal bertukar menjadi sel sel kanser.
Malignant Mesothelioma:
Malignant Mesothelioma adalah jenis barah paru-paru yang berlaku di antara selaput yang menyelaputi paru paru (visceral pleura) dan selaput yang menyelaputi dinding dada sebelah dalam (parietal pleura). Apabila berlaku, ia mengakibatkan kesukaran bernafas kerana visceral pleura telah melekat dengan parietal pleura. Ia juga boleh terjadi di paru-paru sebelah bawah di mana ia melekat kepada diaphragm dan menyusahkan pesakit menyedut nafas. Malignant Mesothelioma adalah kanser yang hanya disebabkan oleh tersedut nafas mengandungi habuk fiber asbestos. Di Malaysia tidak banyak berlaku mungkin disebabkan oleh sikap orang Melayu yang menyalahkan penyakit disebabkan buatan orang, tersampuk dan sebagainya lantas tidak mengambil perawatan moden. Sebenarnya semua jenis asbestos adalah berbahaya apabila tersedut dalam nafas. Lagi banyak fiber yang disedut, lagi besar risiko bahayanya. Risiko mendapat kanser lebih mudah di kalangan perokok. Jika asbestos termakan, ia mungkin tidak berbahaya. Setakat ini, 43 Negara di dunia telah mengharamkan asbestos. Negara kita masih menggunakan asbestos dalam brek kenderaan dsbnya.
Perkakasan yang mengandungi Asbestos:
• Clutch plate & brek disc pad kenderaan kereta / motosikal.
• Atap Ardec – Untuk Perumahan Kos Rendah.
• Paip Simen.
• Insulation wayar elektrik.
• Penyelaput Paip.
• Insulasi rumah dan Saluran Elektrik.
• Bahan Penebat Api (Pintu Kalis Api / Baju Kalis Api).
• Dicampurkan dengan ceramic bagi menguatkan mangkuk seramik atau periuk tanah.
• Helaian vinyl tile lantai.
• Underlay untuk lantai rumah
• Bahan Penebat Haba = Siling rumah Asbestos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.