RAWATAN ALTERNATIF BARAH USUS ( KOLON )
May 14, 2011 By: admin Category: Kesihatan
Dan Anda maklumat lengkap mengenai barah colon sila baca DISINI BARAH
usus atau ” colon cancer “ adalah barah yang terjadi didalam usus besar dan
usus kecil. Oleh kerana barah terjadi di ruangan tempat pencernaan dan
penyerapan nutrien dan zat zat makanan ia dilihat sebagai amat merbahaya. Barah
perut berkongsi risiko yang amat tinggi dengan barah kolon. Tumor didalam usus
terbahagi 2 jenis.
Benign - Ia jenis
tumor yang tidak merebak kebahagian lain badan dan kebiasaanya selamat
untuk dibuang melalui kaedah pembedahan yang dipanggil “colonoscopy”. Tumor
jenis benign perlu juga dibuang kerana ia berpotensi untuk bertukar menjadi
tumor jenis malignant.
Malignant - Tumor jenis
ini berupaya untuk merebak sama ada dibiarkan tanpa rawatan atau
melakukan pembedahan, kimoterapi dan radiasi. Tumor biasa terjadi di dalam usus
besar atau di dalam usus kecil di penghujung usus yang dipanggil “rectum”. Tumor
dipercayai bermula apabila terbentuk gelembung2 pada permukaan dinding usus. Ia
dikenali sebagai “polypse”. Pada tempuh beberapa tahun “polysps”
ini akan berkembang dan membengkak di permukaan dinding usus. Samada ia
jenis benign atau malignant hanya boleh disahkan melalui ujian
“biopsy”. Namun pada peringkat ini kebiasaannya gejala tanda belum boleh
dirasai kerana ia belum menjejaskan fungsi keseluruhan kolon. Jika pada
peringkat ini ia dikesan doktor biasanya akan memulakan proses “staging” dan
memulakan kaedah rawatan. Staging” untuk barah kolon adalah seperti berikut.
Oleh kerana barah kolon cenderung untuk merebak ke organ hati dan paru
paru, x ray atau scan akan dilakukan pada bahagian tersebut. Barah kolon
mempunyai kaedah pengredan yang agak berbeza dan kompleks dengan barah2 lain
kerana ia mempunyai pelbagai peringkat perkembangan. Dan kaedah pengredan
terkini yang selalu digunakan ialah kaedah yang dikenali dengan nama “TNM
STAGING SYSTEM”. T membawa maksud
berapa jauh tumour telah berkembang dari permukaan usus dan adakah ia telah
merebak ke tisu2 berhampiran. N
membawa maksud adakah ia telah merebak ke “lymph node” berhampiran dengan
persekitaran tumor M membawa maksud
adakah sel barah telah bermetastasis kebahagian organ lain seperti hati dan
paru paru Tx – tumor belum berkembang atau info yang ada belum
mencukupi Tis – tumor berada pada peringkat paling awal kebiasaanya ia
hanya berada di dalam lapisan paling dalam kolon yang dikenali sebagai “mukosa”
T1 – Tumor telah berkembang sehingga ke melepasi dinding mukosa Menuju ke
bahagian “sub mukosa” T2 – Tumor telah berkembang melepasi sub mukosa
menuju ke bahagian Dinding tebal usus yang dikenali sebagai “muscularis
propria” T3 - Tumor telah berkembang melepasi “muscularis porpyria”
dan menuju kebahagian luar dinding kolon tapi belum merebak kepada tisu
berhampiran. T4a - Tumor telah menembusi kebhgnian paling luar usus
dekenli sebagai “serosa” T4b - Tumor telah berkembang di bahagian
luar kolon dan telah menjangkiti ke tisu2 berhampiran Kategori N biasanya adalah pengredan yang
berkait dengan atau jika ia telah merebak ke “lymph node “ berhampiran. Nx –
bermaksud belum ada bukti barah telah berada berhampiran “lymph node” N0 – Barah
dijumpai berhampiran “lymph node” N1 - Barah berada didalam 1 hingga 3 lymph
node atau berhampiran.Juga dikenali sebagai N1a, N1b dan N1c yang membawa
maksud jumlah lymph node yang terlibat 1,2 dan 3. N1c menandakan ia telah
dikesan berada dibahgian lemak lymph node. N2 - Membawa maksud sel barah
telah berada dalam 4 lymph node N2a – Barah dikesan berada dalam 5 atau 6 lymph
node. N2c- Barah dikesan berada dalan 7 lymph node Sementara kategori M
pula membawa maksud barah dikesan bermestastasis kebahagian lain organ seperti
hati dan paru atau di lymph node yang jauh M0 – bermaksud ia dikesan belum bermetastasis
M1a – Barah dikesan telah bermetastasis ke 1 organ atau lymph node yang jauh.
M1b – Barah telah dikesan bermetastasis ke lebih dari satu organ atau lymph
node yang terjauh atau bahagian luar abdomen. Dari sini pengredan akan dilakukan
secara berkumpulan untuk untuk mengambarkan secara keseluruhan keadaan barah.Ia
adalah kombinasi kepada pengredan TSM diatas.Pengredan secara umumnya adalah
seperti berikut. Peringkat “ 0 “ Ini adalah peringkat paling awal.Pada
peringkat ini tumor biasanya berada dalam kedudukkannya yang asal iaitu pada
bahagian lapisan dalamn usus.Ia juga sering disebut oleh pakar barah dengan
nama carcinoma. Peringkat 1 Pada peringkat ini tumor telah membesar sehingga
melangkau ke pertengahan tisu usus. Peringkat 2 Tumor barah telah melepasi
bahgian dalam dan tengah usus kepada kedudukkan permukaan usus.Pada
peringkat ini biasanya akan terjadi gejala2 atau gejala tanda yang dapat
dirasai penderita. Peringkat 3 Pada peringkat ini tumor barah telah merebak ke
bahagian “lymp node” 3 atau 4 lymp node Peringkat 4 Pada peringkat ini tumor barah
telah merebak ke lebih banyak lymp node berhamoiran dan juga ke bahagian lain
badan,kebiasannya hati dan paru paru. Sesuatu yang perlu disedari bahawa barah
kolon boleh atau telah terjadi bertahun tahun sebelum simptom2 berkaitan
timbul. Simptom akan dirasai bergantung pada bahgiam mana tumor terdapat.Oleh
kerana posisi kedudukkan usus itu sendiri melingkari dari bahagian
kanan,tengah dan kiri,kebiasaanya tumor yang terjadi pada posisi2
tertentu kolon akan menimbulkan gejala simptom yang berlainan. Misalnya tumor
yang berada pada sebelah kanan akan hanya menunjukkan simptom apabila ia telah
benar2 menjadi besar. Dan apabila ia mula menunjukkan simptom penderita akan
kehilangan banyak darah dan menyebabkan “anemia” yang membawa kepada keletihan,
pitam dan sesak nafas. Dan tumor yang berada pada sebelah kiri (saiz kolon yang
lebih kecil) simptom akan cepat dirasai seperti kesukaran membuang air
besar.Bila ini berlaku pesakit biasanya akan merasa kekejangan pada perut,
keletihan, pendarahan yang pekat ( jika tumor berada di “rektum” dan
kekejangan abdomen. Simptom barah kolon sila rujuk ke link berikut http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kenali-simptom-barah.html
Sementara kaedah rawatan konvensional
mempunyai peratusan yang kecil untuk sembuh sepenuhnya,menghampiri kosong
peratus terutamanya jenis barah yang telah bermetastasis, manakala rawatan
alternatif pula tidak menjanjikan peluang yang tinggi kerana seringkali mereka
yang beralih kepada rawatan alternatif hanya setelah mereka menjalani
kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi. Manakala mereka yang mempunyai tumor
pada bahagian rektum (hujung usus) dimana penyambungan usus sukar dilakukan akan
terpaksa membawa beg “stoma” sepanjang hayat dan berharap tumor tidak akan
berulang pada bahagian2 lain usus atau organ.Kerana sekiranya ini terjadi
penderitaan adalah berlipat kali ganda. Rawatan alternatif menjadi agak sukar
kerana banyak kemusnahan telah terjadi kepada sel2 sihat pada dinding usus yang
mempunyai saluran2 seni urat yang berfungsi untuk menyerap nutrient dan zat2
makanan telah terkambus. Namun sautu perkara yang perlu diberi perhatian khusus
adalah sekiranya terdapat tumor yang besar didalam kolon atau perut,pembedahan
hendaklah dilakukan dengan kadar segera untuk membuang tumor.Kemudian barulah
kaedah rawatan alternatif boleh dimulakan. Manakala jika terdapat tumor pada
bahgian rektum yang menutupi hampir 90 peratus rektum, pilihan mungkin agak
sukar dilakukan. Kaedah alternatif mungkin sahaja tidak mempunyai cukup masa
untuk mengecutkan atau memusnahkan tumor. Namun jika ianya masih diperingkat 30
hingga 40 peratus penutupan,kedua2 kaedah pembedahan dan alternatif mungkin
mempunyai ruang masa untuk menyelesaikan keadaan. Mereka yang menghidap barah
kolon seringkali berasa lemah dan tidak bermaya walaupun mereka kelihatannya
makan dengan banyak.Ini adalah kerana makanan yang dimakan tidak dapat
dicernakan dengan sempurna dan menjadi bahan buangan. Yang keduanya nutrient
dan zat yang diserap seringkali terpaksa dikongsi dengan sel barah terutamanya
glukos dan nutrient penting yang amat diperlukan oleh sel yang sihat. Yang ketiganya sel barah mengeluarkan bahan
sampingan yang dipanggil asid laktik. Asid laktik menghalang sel sihat
dari menerima nutrien dan zat yang amat diperlukan untuk membina antibodi untuk
melawan sel barah.Dalam ertikata lain sel sihat telah disekat dari mendapat
bahan mentah yang boleh digunakan untuk menghapuskan sel barah. Asid laktik
ini kemudiannya dihantar ke hati dan ditukarkan kepada glukos. Malangnya
kitaran makanan ini pula dibolot oleh sel barah juga. Itulah sebabnya merawat barah
kolon amat memerlukan strategi khusus kerana kaedah rawatan alternatif banyak
bergantung kepada apa yang disebut “oral chealation” Lantaran itu pengidap barah
kolon perlu mengambil banyak zat makanan untuk memastikan sel sel yang
sihat mendapatkan bekalan yang mencukupi. Yang sebaik baiknya zat2 ini
diambil dalam bentuk cecair atau suppliment tertentu yang diolah sedemikian
rupa agar hanya sel yang sihat sahaja mendapat manfaat. Dengan cara ini sel2 barah
akan kelaparan dan menjadi lemah. Selepas kaedah pengawalan diet ini dapat
dilakukan dengan berhati hati, langkah kedua pula ialah memusnahkan sel barah
yang sedia lemah.Kaedah2 rawatan alternatif menawarkan apa yang dipanggil
“perangkap offside ” terhadap sel barah. Sel2 barah yang kelaparan ini akan
diumpan untuk menghadam bahan2 yang bila dihadamkan akan menjadi racun kepada
sel barah. Kemudiannya kaedah detokfikasi digunakan untuk mengeluarkan sel2 barah
yang mati dari dalam saluran darah. Yang akhir sekali adalah merawat usus dan
dinding perut yang tercedera dengan menggunakan supplimen khusus untuk kolon
dan perut. Lantaran itu rawatan alternatif terhadap barah kolon dan
perut boleh sahaja menelan belanja yang agak tinggi kerana faktor “kegagalan
kolon dan perut untuk memproses makanan mentah atau ” raw food “. Jika anda
ingin merawat barah kolon atau membeli produk berkaitan protokol ini anda
perlulah memahami dengan sepenuhnya kaedah apa yang ingin digunakan. Contohnya
pembelian vitamin B17 samada jenis injectible atau berbentuk pil 500mg
sahaja tidak akan membantu. Beri perhatian perkara dibawah sebelum anda memilih
produk.
1. Anda perlukan supliment untuk proses
detokfikasi terutamanya “colon detok”.Tetapi jika tumor anda terlalu
besar colon detoks tidak digalakkan kerana dikhuatiri berlaku pendarahan
yang banyak ketika ia digunakan.
2. Anda perlukan suppliment yang membina
antibodi dan enzim untuk pengkerias bagi membolehkan protin2 sel barah
dimusnahkan.
3. Anda memerlukan supplimen yang menghalang
sel barah dari mencuri zat2 makanan dari sel yang sihat.
4. Anda perlu mengujudkan suasana berakali dalam badan
untuk melemaskan sel barah dengan pengambilan makanan atau minuman
yang tinggi phnya. Terdapat juga suppliment kearah ini jika pesakit barah kolon
tidak mampu makan atau minum dengan banyak sumber2 makanan berakali.
5.Kemudian barulah diambil supplimen2
tertentu untuk membunuh sel barah dan seterusnya mengecutkan tumor.
Produk2 berkaitan perkara diatas terdapat
dalam pasaran dengan pelbagai jenis,jadi adalah penting anda mendapatkan produk
yang betul. Seperkara lagi protokol rawatan alternatif memerlukan anda
menghabiskan sesuatu protokol sebelum anda beralih menggunakan kaedah yang
lain.Dengan mencampur adukkan kaedah rawatan mungkin akan menyebabkan anda
membina dan membiakkan lagi sel barah. Telah dibicarakan diatas tadi terdapat
banyak keadaan dimana pesakit barah colon dan barah perut hanya beralih kepada
rawatan alternatif hanya selepas gagal dengan rawatan menggunaan kaedah
radiasi dan kimoterapi. Pada peringat ini pesakit kebiasaannya sangat lemah dek
kerana hilang selera makan dan penurunan berat badan yang drastik. Dalam
peringkat ini antibodi pesakit berada dalam keadaan nyawa2 ikan dan bukan
sahaja tidak mampu melawan sel barah malah seringkali ia gagal bertindak keatas
virus2 selsema dan demam yang akhirnya membawa kepada kematian. Bahkan sel2 barah
ini akan sampai kepada satu tahap dimana bila tiada apa lagi yang boleh
digunakan sebagai sumber tenaganya ia akan makan sel2 yang sihat dalam ertikata
lain ia “memakan pesakit barah dari dalam”. Kronologi ini dikenali sebagai
CACHEXIA . Sila rujuk disini untuk info lanjut berkenaan cachexia http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/barah-dan-hydrazine-sulphate-2.html
Secara lazimnya sel barah menggunakan glukos
sebagai sumber tenaganya dan hasil buangannya adalah asid laktik. Sel barah
menghasilkan lebih banyak asid laktik dari sel normal.Ini menjadikan suasana
dipersekitaran tumor sangat berasid dan ini disukai mereka.
Sementara sel2 normal menjadi lemah kerana suasana berasid ini akan menghalang
sel2 normal mendapat nutrien dan zat makanan.Lebih malang lagi asid laktik ini
menghalang oksigen dari sampai ke sel sihat. Asid laktik kemudian dihantar ke
hati untuk ditukar kepada glukos.Sekali lagi glukos ini akan direbut oleh sel barah.
dan sekali lagi bahan buangan ini akan dihantar kehati untuk ditukar semula
kepada glukos.Kitaran yang berulang ulang inilah yang membuatkan pesakit barah
kolon sering kepenatan. Sepekara lagi apabila antibodi tidak dapat bertindak
terhadap sel barah,ia memungkinkan 2 perkara terjadi.Yang pertamanya sel barah
mencuri zat dan nutrien dari sel normal.Yang keduanya apabila tiada apa lagi
yang boleh dicuri ia akan memakan sel yang normal.Dalam istilah lain “pesakit barah
mati kerana memberi sel barah makan”. Para pakar barah berpendapat cachexia
adalah penyebab utama kenapa penderita barah kolon gagal diselamatkan.Kita
tidak pasti fenomena ini diakui oleh para doktor. Namun bukanlah menjadi rahsia
lagi kebiasaannya para doktor akan menasihatkan pesakit barah untuk makan apa
sahaja dengan banyak. Satu jenis nasihat yang BETUL dan SALAH Bila situasi ini
telah difahami sekarang adalah masa bertindak untuk menyekat routine atau
kitaran ini. Sel barah harus disekat untuk mendapat glukose dan asid laktik
perlu dineutralkan kepada suasana berakali yang amat dibenci oleh sel barah.
Perkara ini akan dibincangkan dalam dalam penulisan akan datang.Untuk sementara
ini anda dinasihatkan untuk makan dan minum dengan banyak sumber makanan
berakali.Minuman yang terbaik adalah jus lemon.Minum ia dengan kerap.Jus lemon
bila ia masuk dalam badan ia adalah bersifat akali. Sering periksa Ph badan
anda untuk mendapatkan kadar bacaan samaada anda lebih toksid atau akali.Rujuk
artikel saya berkenaan Ph badan dan kaitanya dengan barah. http://www.cafemlm.com/negeri/ph-badan-dan-kaitannya-dengan-barah.html
Apakah kaedah terapi alternatif yang paling
sesuai untuk barah kolon. Yang pertamanya anda perlu memahami beberapa perkara
sebelum mencuba kaedah rawatan alternatif seperti yang dituliskan diatas
1. Ketahui kondisi tumor anda. Dapatkan info
lengkap mengenai keadaan tumor umpamanya saiz tumor,kedudukkan tumor,sudahkah
ia bermetastasis ( kemana ? ) dan jika boleh ramalan doktor mengenai kepesatan
pembesaran tumor umpamanya 1mm setiap 1 bulan dan sebagainya.
2.Jika ia memerlukan pembedahan
segera,lakukannya kerana dikhuatiri kaedah rawatan alternatif mungkin sahaja
mengambil masa yang agak lama untuk bertindak keatas tumor.
Apabila anda mempunyai tumor yang besar
didalam kolon atau rektum,anda perlu berhati hati dalam memilih kaedah
alternatif yang bersesuain. Tumor di dalam kolon adalah ruangan yang agak
sempit. Apabila tumor telah mendominasi lebih 50 peratus ruang dalam kolon, sesetengah
kaedah akan menyebabkan tumor jadi radang atau bengkak sementara akibat
tindakbalas yang terjadi dengan unsur2 supplimen terapi alternatif. Penambahan
30 ke 40 peratus lagi kepada saiz tumor akan meletakkan anda dalam risiko
berlaku penutupan kolon yang menghalang sistem pembuangan air besar.Ini tidak
baik walaupun ianya bersifat sementara sebelum ia mulai surut dan mati perlahan
lahan.Itulah sebabnya saya menyarankan anda memeriksa saiz tumor untuk
mendapatkan peratus penutupan kolon oleh tumor. Satu kaedahlah lain yang boleh
dipertimbankan untuk mengawal keradangan tumor dan mengurangkan kebengkakkan
ialah melalui pengambilan steriods yang dipreskrepsi oleh doktor.Namun ia
mungkin agak sukar untuk diperolehi jika doktor tidak memahami apa tujuan anda
meminta diberikan steroids. Selain itu MSM ( methyl-sulfonyl-methane ).Untuk
pesakit kanser ia sering digunakan untuk mengawal keradangan dan kebengkakkan
tumor. Ia selamat digunakan kerana ia bersifat semulajadi yang
sering diserap oleh tumbuh2an. Cadangan pengambilan untuk mengawal kebengkakkan
tumor ialah sebanyak 40gram sehari. Namun jika dalam bentuk kapsul ia
adalah dalam 500mg dan pengambilan 8 ke 10 kapsul sehari dikira memadai.
Perkara yang paling penting untuk pesakit barah kolon ialah mengecutkan saiz
tumor secepat mungkin. Ini adalah keutamaan pengidap barah kolon.Itulah
sebabnya prosidur hospital akan memulakkannya dengan kedah pembedahan baru
diikuti oleh kimoterapi atau radiasi.Kimoterapi dan radiasi adalah untuk
membunuh saki baki sel barah yang tertinggal selepas pembedahan kerana potensinya
untuk membentuk semula tumor samada dilokasi asal atau tempat lain dalam badan
Protocel adalah satu kaedah yang dikenalpasti sebagai paling cepat dalam bentuk
supplimen untuk mengecutkan tumor. Sebaik sahaja ia diminum ia akan menuju
kearah tumor kerana disana terdapat jumlah sel barah yang paling banyak.
Namun satu perkara yang perlu diingat apabila ia menyerang tumor,tumor akan
menjadi bengkak atau radang sekurang2nya untuk tempoh 2 minggu dan penggunaan
seterusnya akan menyaksikan penyusutan drastik saiz tumor.Ia boleh mengambil
masa sehingga 3 ke 4 bulan untuk ia benar2 surut 100 peratus. Sisa
buangannya ialah melalui pembuangan air besar dimana anda akan akan lihat najis
anda diseliputi dengan lendir berarna keputihan.Sila rujuk pada link berikut
untuk mengetahui mengenai simptom penyembuhan.
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/lysing-proses-tindakbalas-protocel.html
Selain protocel anda digalakkan untuk mengambil enzim pengkerias untuk
pembinaan enzim pencernaan dan Taheebo life Tea untuk pengukuhan
antibodi. Secara khususnya PROTOCEL, MSM, ENZIM PENGKERIAS DAN TAHEEBO LIFE TEA
adalah kaedah yang boleh saya syorkan. Pengambilan vitamin B17 terutamanya
dalam bentuk kapsul dan pil juga sesuai untuk memaksimakan pembunuhan sel barah.
Updatrd 31/10/2011 Hari ini saya menerima satu lagi berita sedih
mengenai seseorang yang menderita barah rektum meninggal dunia setelah hampir 3
bulan mengambil PROTOCEL dan pil VITAMIN B17-500mg .- Alfatihah semasa
saya melawat arwah sebelum pengambilan PROTOCEL keadaan beliau sangat kurus dan
terlantar dikatil. Beliau tidak dapat berdiri atau duduk kerana bengkak pada
bahagian punggung disebabkan tumor yang menekan pada bahagian dalam rektumnya. Saya
difahamkan beliau telah menjalani pembedahan lencongan dengan mengantikan
“stoma beg” sebagai alternatif untuk pembuangan air besar. Disamping beliau
telahpun menjalani rawatan kimoterapi. Saya juga difahamkan pusingan kimoterapi
berikutnya dijadualkan 1 bulan lagi. Namun saya berpendapat dengan keadaanya yang
tersangat lemah menyebabkan doktor terpaksa menangguhkan rawatan kimoterapi. Ini
adalah kelaziman kerana pada kebiasaanya rawatan kimoterapi tidak boleh
ditangguh dalam masa yang melebihi 2 minggu kecuali doktor berpendapat ia akan
lebih memudaratkan sekiranya kimoterapi diberikan dalam keadaan pesakit sangat
lemah. Beliau telah diberikan PROTOCEL dari saat itu. Saya percaya
beliau telah mengambil PROTOCEL dengan cara yang betul disamping mematuhi
beberapa peraturan yang diberikan. Pada minggu pertama saya diberitahu terdapat
banyak lendir yang keluar bersama najis didalam “stoma beg” beliau. Air
kencingnya juga bewarna agak kelam dan berbuih.Ini menunjukkan PROTOCEL telah
mula bertindakbalas dengan tumor pada rektumnya. Ini berlarutan hingga minggu
kedua dan ke tiga. Pada masa yang sama saya diberitahu selera makannya telah
bertambah baik berbanding dahulu. Pada minggu ke empat dan ke lima saya
diberitahu simptom tindakbalas telah berkurangan bermaksud tidak banyak lendir
keputihan yang keluar bersama najis. Namun air kencingnya masih
menunjukkan simptom yang sama malah terdapat lendir seperti nanah hingga
menyebabkan tiub saluran tersumbat dan terpaksa dibersihkan selalu. Pada
saat ini selera makannya masih baik walaupun makanan diambil agak sedikit namun
kekerapanya bertambah. Saya memang menyarankan beliau untuk tidak mengamalkan
pantang larang yang yang terlalu ketat kerana pengambilan PROTOCEL akan
membuatkan pesakit keletihan dan tidak bertenaga.Ia seperti anda menjalani
kaedah kimoterapi dimana anda perlu makan secukupnya makanan yang berkhasiat
untuk mendapatkan tenaga menghadapi kesan2 sampingan dadah kimoterapi. Saya
juga diberitahu oleh rakan2 forum PROTOCEL, akan terdapat satu tempoh,biasanya
pada bulan kedua,tindakbalas PROTOCEL seakan akan terhenti.Ini adalah kerana
sel2 barah sedang atau telah membina imuniti terhadap bahan2 aktif PROTOCEL. Perkara
ini juga kadangkala berlaku dalam kaedah kimoterapi dan doktor biasanya
mempertingkatkan kekuatan dadah kimo. Pada minggu2 berikutnya simptom
tindakbalas telah kembali namun kali ini agak teruk sehingga beliau terpaksa
dikejarkan ke hospital yang saya diberitahu untuk melakukan penambahan
darah.Sebelum itu saya menyaksikan sendiri bengkak pada bahagian punggungnya
semakin lembik apabila menekannya dengan jari.Setelah tiga hari berada
dihospital beliau dibenarkan pulang. Tiga hari kemudian saya menerima sms
mengatak arwah agak kritikal dan tenat dan dua hari kemudian beliau telah
meninggal dunia.Arwah berumur sekitar 55 tahun. Saya tidak pasti apa sebenarnya
yang berlaku dihospital dan jenis “treatment” yang diberikan. Saya akan
mendapatkan jawapan kemudian dan akan “update ” dalam website ini. Dalam kes
kedua, pada hari raya ke dua yang lepas saya mendapat panggilan talipon dari
seseorang yang memberitahu saya bapanya yang berumur 75 tahun telah
pulih dari barah rektum. Saya telah mengesyorkan beliau mencuba PROTOCEL
setelah doktor berpendapat tiada kaedah rawatan yang boleh ditawarkan kepada
beliau kerana faktor usia. Beliau mengambil PROTOCEL selama 3 bulan dan hingga
kini masih mengambilnya. Saya percaya beliau tika ini berada dalam tahap
remission kerana dia sudah kembali makan seperti biasa dan tiada lagi kesulitan
membuang air besar. Saya juga dimaklumkan simptom tindakbalas PROTOCEL agak
agresif hingga pada satu peringkat sebiji tumor sebesar syiling 20 sen bewarna
putih keluar bersama najisnya. Saya menulis mengenai perkara ini
bertujuan agar kita sama sama mendapat pelajaran dan seterusnya
memperbaiki apa2 yang yang tidak kena dengan kaedah penggunaan PROTOCEL. Kekurangan
kita yang amat teruk di Malaysia tika ini ialah kita tidak mempunyai walau
sebuah pun klinik rawatan alternatif untuk barah. Tidak terdapat doktor2 yang
benar memahami bagaimana untuk merawat barah dengan menggunakan kaedah
alternatif. Walaupun kita menggunakan kaedah alternatif untuk merawat barah
namun pada hakikatnya kita teramat memerlukan peralatan2 hospital untuk membuat
penilaian berterusan mengenai kondisi pesakit. Umpamanya kita perlu mengetahui
mengenai perkembangan saiz tumor, kesihatan organ2 detoks dan juga kesihatan
organ2 lain yang berkaitan dengan kemungkinan mestatasis telah
berlaku.Untuk ini kita perlu membuat imbasan dan membuat ujian darah dan semua
ini hanya boleh dilakukan dihospital dibawah pengawasan doktor. Doktor2 pula sentiasa bersikap skeptikal
terhadap penggunaan kaedah alternatif dan biasanya tidak melayan permintaan
kita untuk melakukan ujian berkala jika beliau tahu kita mengamalkan kaedah
alternatif. Sungguh malang penderita barah menghadapi pelbagai rintangan untuk
terus hidup dan tidak mahu penderitaan yang berpanjangan akibat penggunaan
kimoterapi.
Berbalik pada perkara diatas saya ingin
membuat rumusan mengenai apa sebenarnya yang membezakan seorang abang yang
berusia 55 tahun dan seorang pakcik yang berumur 75 tahun yang menghadapi jenis
barah yang sama. Pertamanya ialah arwah telah melakukan pembedahan
dengan melencongkan sistem pembuangan air besar beliau. Pihak keluarga tidak
dimaklumkan dengan maklumat yang terpeinci apakah kaedah pembedahan yang
dilakukan.Maksudnya adakah bahagian rektum itu dibuang sepenuhnya atau
ditinggalakan didalam untuk mereput bersama tumor.Sila rujuk gambarajah
dibawah, Barah rektum berlaku dalam dua keadaan.
1.Ia tidak mencangkupi keseluruhan rektum.Peratusan
penutupan lubang rektum mungkin sahaja bermula dari satu peratus
hingga ke 100 peratus.Dan bahagian “anus” ( hujung rektum ) belum
terjejas.
2.Barah rektum tersebut melitupi keseluruhan
rektum,yakni bahagian “anus” telah terjejas.
Terdapat 4 jenis kaedah pembedahan yang
biasanya digunakan oleh doktor untuk melakukan pembedahan kepada bahagian
rektum
1.Polypectomy.Ia bukan pembedahan
utama.Prosidur ini dilakukan melalui kaedah colonoscopy bertujuan untuk
mengeluarkan gelembungan sel2 “polyps” pada dinding rektum.
2.Local excision.Ia biasanya dilakukan jika
sel tumor belum muncul pada permukaan dinding rektum.
3.Resection.Kaedah ini dilakukan jika tumor
telah keluar pada permukaan dinding rektum.Prosidur ini biasanya melibatkan
pengambilan sedikit tisu2 berhampiran seperti lymph node,jaluran diantara
dinding abdomen dan rektum.
4.Pelviv exenteration.Kaedah ini dilakukan
jika tumor telah merebak kebahagian berhampiran kolon pundi kencing
dan prostat.
Bagi wanita sedikit dari tisu2 pada bahagian
ovari,servik dan “vagina” mungkin dikeluarkan untuk ujian makmal.
Bergantung kepada kesesuaian,doktor akan membuat lencongan dari usus besar
untuk pembuangan air besar ke dalam “stoma bag”.Penggunaan stoma bag boleh
sahaja bersifat sementara atau kekal bergantung kepada jenis pembedahan yang
dilakukan. Selepas itu kimoterapi akan diberikan untuk membunuh saki baki
sel barah yang ada pada luka pembedahan dan kawasan sekitarnya.Adakalanya
kimoterapi dan sinaran radiasi diberikan terlebih dahulu sebelum pembedahan
dilakukan bertujuan untuk mengecilkan sedikit saiz tumor untuk memudahkan
pembedahan dan mengurangkan permasaalahan pembuangan air besar melalui
anus.Kaedah ini namakan “neoadjuvant therapy”. Terdapat pelbagai jenis
dadah kimo yang biasa digunakan untuk tujuan kimoterapi pada bahagian
rektum.Diantaranya adalah Adrucil (Fluorouracil) Avastin (Bevacizumab)
Bevacizumab Camptosar (Irinotecan Hydrochloride) Cetuximab Efudex
(Fluorouracil) Erbitux (Cetuximab) Fluoroplex (Fluorouracil) Fluorouracil
FOLFIRI FOLFIRI-BEVACIZUMAB FOLFOX Irinotecan Hydrochloride Panitumumab
Vectibix (Panitumumab) Telah diterangkan dahulu,apa jua kaedah kimoterapi tidak
akan membantu membaikpulih bahagian2 organ yang telah dibuang.Jika anda
membuang rektum dan menggunakan stoma beg,keadaan itu akan kekal sepanjang
hayat anda. Perkara kedua ialah apabila doktor melakukan pembedahan samaada
bertujuan pembuangan sebahagian atau keseluruhan rektum,mereka tersangat pasti
sel sel barah telah pun berhijrah ke tempat lain.Jika ianya masih berada pada
sekitar luka pembedahan adalah pasti anda akan mendapat sebiji lagi tumor
beberapa bulan akan datang. Jika sel2 barah berhijrah keorgan terjauh seperti
hati, paru dan ovari ia akan muncul mungkin 1 atau 2 tahun akan datang.Namun
dalam kebanyakkan kes yang melibatkan pembedahan dan kimoterapi sel2 barah
sebenarnya berada pada kebanyakkan organ yang berhampiran dengan rektum seperti
abdomen,lymph nodes,kolon,prostat,pelvis,saluran kencing dan ovari.Cumanya
adakalanya jika pemeriksaan menyeluruh tidak dilakukan doktor biasanya lebih
memberikan tumpuan kepada organ2 yang terpenting sahaja seperti hati
kerana sekiranya hati telah terjejas keseluruhan kaedah rawatan akan menjadi
berliku liku. Perkara ke tiga ialah berkenaan keberkesanan fungsi organ2
seperti rektum dan kolon selepas pembedahan dan kimoterapi.Jika kolon anda
dikimo penyerapan zat2 makanan tidak akan dapat dilakukan dengan
sempurna.Seringkali walaupun pesakit makan dengan banyak namun mereka masih
merasa amat lemah kerana kegagalan fungsi kolon tadi.Kebanyakkan dari kita
selama ini berpendapat kolon hanyalah tempat untuk mengumpulkan bahan2 hampas
dari makanan yang dimakan.Sebenarnya kerja2 penyerapan zat makanan berlaku
disepanjang kolon sehingga ke usus kecil. Sebelum ini terdapat seorang makcik
yang menghidap barah kolon telah pun sembuh dan berada dalam remission setelah
menggunakan PROTOCEL selama 4 bulan. Makcik tersebut menjalani pembedahan
penyambungan kolon tetapi beliau tidak pernah menjalani kimoterapi. Yang
menambahkan penderitaan pesakit barah rektum dan kolon adalah apabila sel2 barah
juga perlukan makanan dan apabila makanan berkurangan mereka akan mencurinya
dari sel2 yang sihat. Pesakit dari hari ke hari akan merasa semakin lemah. Pada
peringkat ini, cara terbaik ialah menggunakan supliment atau nutrisi berbentuk
cecair kerana ia mudah diserap oleh badan. Rasionalnya mengenai 2 satuasi
penghidap barah rektum diatas ialah pakcik yang berumur 75 tahun tadi mempunyai
peluang yang besar untuk pulih dan bertahan semasa PROTOCEL bertindakbalas
dengan tumor didalam rektumnya kerana keupayaan sistem kolonnya menyerap zat
dari makanan.Walaupun berdasarkan umurnya dia hanya mampu makan sedikit sahaja
makanan namun jika makanan yang dimakan adalah berkualiti penyerapan zat2 dan
nutrisi makanan boleh mencapai ke 100 peratus. Antibodinya tidak terjejas oleh
kaedah kimoterapi dan radiasi. Walaupun pada peringkat awal dan
pertengahan PROTOCEL secara agresif bertindak balas dengan tumor pada
rektumnya, beliau mampu mengatasinya Saya percaya dalam satuasi abang diatas
doktor hanya membuangkan sebahagian rectum diatas dan meninggalkan sebahagian
yang lain bersama “anus” bertujuan untuk menyambungkan semula apabila luka
pembedahan telah sembuh dan sel2 barah telah tiada pada bahagian tersebut.Namun
perkara sebaliknya berlaku.Walaupun telah dikimo namun rektumnya
dibahagian bawah dan “anus” telah ditumbuhi tumor semula
berdasarkan benjolan keras yang semakin membesar pada
punggungnya.Perlu diingat doktor adakalanya tersalah jangka mengenai
jenis dadah kimo yang tepat untuk jenis2 dan tahap barah menyebabkan anda perlu
kembali membuat “cycle” yang baharu dengan menggunakan jenis dadah kimo yang
berlainan. Oleh itu adalah penting untuk kita memahami setiap
risiko yang akan dihadapi dengan melalui pelbagai kaedah pembedahan
agar kita dapat menilai kaedah yang mana yang paling berisiko rendah dan
adakala sesetengah kaedah pembedahan berisiko rendah ini terdapat
dihospital swasta samada di Malaysia atau Singapura. Kebanyakkan
dari kita sebenarnya tidak mendapat info secukupnya dari doktor mengenai
pelbagai kaedah rawatan yang ditawarkan.Kebanyakkan dari kita tidak berpeluang
untuk bertanya kepada doktor apakah ada umpamanya kaedah pembedahan lain yang
lebih berisiko rendah.Terutamanya mereka yang tidak berkemampuan dan hanya
bergantung kepada hospital kerajaan terpaksa akur dengan apa jua kaedah rawatan
yang ditawarkan,Jika kita banyak pertanyaan dan bersikap amat teliti,anda akan
dissuruh pulang atau mendapatkan rawatan dihospital swasta. Oleh kerana
hospital kerajaan amat sesak dengan pelbagai peringkat pesakit barah,adakalanya
temu janji berikutnya akan menyebabkan anda terjerumus kedalam satiuasi
yang lebih berbahaya. Sebagai kesimpulan saya berpendapat PROTOCEL mampu
untuk menyingkirkan tumor dalam tempoh 4 atau 5 bulan,bergantung kepada saiz
tumor dalam kolon atau rektum. Namun ia banyak bergantung kepada beberapa
perkara berikut
1.Kadar peratusan rektum yang tersumbat oleh
tumor. Mereka yang mempunyai sehingga 80 hingga 100 peratus tumor
tersumbat dalam rektum TIDAK DIGALAKKAN untuk terus menggunakan PROTOCEL atau
apa2 kaedah alternatif sekali pun. Protocel dan kaedah alternatif yang
lain tidak akan sempat memberhentikan atau menyusutkan tumor dalam tempoh
1 atau 2 bulan. Kaedah yang tepat adalah melakukan pembedahan pembuangan tumor.
Jika tumor telah terlalu hampir dengan “anus” saya menyarankan anda melakukan
kaedah pembedahan yang dinamakan “laparoscopic abdominoperineal
resection” yang membawa maksud keseluruhan rektum yang terjejas dan anus
dibuang kesemuanya. Dan stoma beg digunakan untuk alternatif membuang air
besar.Meninggalkan sebahagian dari bahagian bawah rektum dan “anus” adalah
lebih berbahaya kerana ia berkemungkinan besar akan membiakkan kembali tumor.
2.Jika anda berhasrat untuk menggunakan kaedah alternatif selepas pembedahan, elakkan
dari menggunakan kimo.
Dadah kimo akan menjejaskan dengan teruk
keupayaan colon untuk menyerap zat makanan.Apabila zat makanan tidak dapat
diserap dengan baik ini akan menjejaskan kualiti sistem antibodi anda. Apabila
sistem antibodi anda tidak bertenaga ia tidak mampu memusnahkan sel2 barah yang
tersebar semasa pembedahan. Dan beberapa bulan atau tahun akan datang anda akan
dapati terdapat tumor2 yang baharu dalam hati,pankerias dan abdomen. Jika
selepas menjalani kimoterapi dan radiasi anda masih boleh beralih kepada kaedah
alternatif. Namun sebenarnya tiada jaminan seratus peratus kesembuhan. Ramai
pakar2 perubatan alternatif berpendapat kaedah kimoterapi akan
menjejaskan dengan teruk peluang untuk pesakit barah sembuh dengan menggunakan
kaedah alternatif. Saya telah menulis sebelum ini dimana Dr Gonzales yang
mengendalikan klinik rawatan alternatif untuk barah pankerias dimana beliau
memberi keutamaan kepada pesakit yang belum pernah menjalani rawatan kaedah
hospital. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun merawat barah
menggunakan kaedah alternatif mengatakan peluang untuk mereka yang tidak
menjalani kaedah rawatan hospital untuk sembuh adalah lebih tinggi dari mereka
yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi.
Adakalanya mereka yang beralih kepada kaedah alternatif selepas gagal dengan
kaedah kimoterapi mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Dan terpaksa
berbelanja besar untuk membeli pelbagai suppliment sokongan untuk kekal
bertenaga sementara elemen2 kaedah alternatif memusnahkan sel2 barah.
3. Tanya kepada seberapa ramai doktor yang
berlainan apakah jenis pembedahan yang terbaik untuk masaalah yang anda hadapi.
Catatkan dalam dairi anda kaedah2 pembedahan yang disyorkan beserta risiko yang
terpaksa anda lalui selepas pembedahan.
4. Jika anda sedang dan telah melakukan
kimoterapi amalkan makanan yang berbentuk cecair kerna ia lebih mudah diserap oleh
kolon berbanding dengan yang berbentuk pepejal. Anda perlu mengambil pelbagai
jsenis supliment untuk menyokong fungsi antibodi,pankerias,hati dan tulang
untuk membantu pembinaan sel2 baharu.
5. Jika anda menggunakan terapi alternatif
adalah mustahak anda membuat ujian berkala untuk mengetahui perkembangan
keseluruhan barah.Saya telah menemui beberapa orang yang telah menjalani
rawatan pembedahan dan kimoterapi yang merasakan mereka telah sembuh dan
tidak membuat pemeriksaan berkala dihospital.Dan apabila timbul simptom
baru dan merasakan kesakitan baharu pergi buat pemeriksaan.Apabila pemeriksaan
dibuat doktor mengesahkan ia barah hati tahap 4. Ingat apabila anda pernah
diserang barah dan sembuh, risiko anda untuk mendapat semula barah yang sama
atau berlainan adalah setinggi 100 peratus.”
Read more about RAWATAN ALTERNATIF BARAH USUS ( KOLON ) | cafemlm.com on:
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/rawatan-alternatif-barah-usus-kolon.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
Read more about RAWATAN ALTERNATIF BARAH USUS ( KOLON ) | cafemlm.com on:
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/rawatan-alternatif-barah-usus-kolon.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
Salam semua,
BalasPadamTahukah anda mengenai kebaikan durian belanda?
Jom try jus anti kanser durian belanda sebagai rawatan alternatif mahupun pencegahan, 100% asli. Menurut kajian perubatan, ianya kaya dgn acetogenin yg mempunyai kekuatan melawan sel kanser 10000x kali ganda dari rawatan kemo. Digabungkan dgn perahan delima ( sgt baik untuk pesakit kencing manis ),kurma dan madu lebah yg tinggi khasiatnya seperti yg tertulis dlm Al Quran. Jus ini amat sesuai untuk penghidap kanser,kencing manis mahupun darah tinggi. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati, x salah mencuba, mudah mudahan ianya dpt memberi sinar baru dlm hidup anda, inshaa Allah.
hubungi 019-2277492 atau email saya graviola79@gmail.com utk keterangan lanjut
lawati ad kami utk melihat detail produk di
http://amboi.com.my/6687-jus-anti-kanser-durian-belanda-khasiat-lebih-hebat-dari-rawatan-kemo-sinar-baru-rakyat-malaysia/details.html
Jus terbaik adalah jus yang asli kerana jus dalam botol mengandungi pengawet pewarna penstabil perisa dsbnya yg berasaskan kimia .... Apabila terkena bahan kimia ini, kebanyakkan antioksidant akan musnah atau nyah aktif.... Justeru sy mencadangkan pengambilan jus asli yang dibuat sendiri menggunakan juicer atau blender ... Beli juga buku panduan membuat jus ... Tqvm
Padam