Khamis, 27 Oktober 2011

Senarai Buku yang Wajib Ada di rumah Anda



 Senarai Buku yang Wajib Ada di rumah Anda

Senarai Buku yang Patut Ada di rumah anda adalah seperti berikut. Buku-buku ini sebenarnya wajib ada di rumah anda bertujuan sebagai bacaan harian terutamanya Tafsir Quran. Quran adalah petunjuk dan jadi rahmat bagi orang beriman. Hendaklah kita sentiasa mengambil peringatan darinya dan selalu menghampirkan diri kepada Tafsir Quran kerana isi kandungan Quran itu sebenarnya untuk diperhatikan ayatnya, dipelajari, difahami maksud tersirat di sebaliknya, didalami kenapa Allah bersumpah dengan sesuatu dalamnya dan diamalkan setiap masa. Allah menjadikan kita dan alam bukanlah dengan sia-sia atau percuma sahaja.
  1. Tafsir Quran Al-Karim – oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
  2. Indahnya Hidup Bersyariat – Modulfardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat sepanjang Hayat – oleh Dato’ Ismail Kamus ; Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.
  3. Rahsia Simbol Yahudi : TeoriKonspirasi; Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar, … – oleh Ibnuyaacob.
  4. Travelog Misteri ; Israel Kuasai Dunia – oleh Mohd Nadzri Kamsin.
  5. Gerakan Freemason Sedunia – Falsafah Freemason yang telah didedahkan dan di tolak – oleh Harun Yahya.
  6. Konspirasi Yahudi – Peperangan dan Penaklukan – oleh Sabaruddin Hussein.
  7. Gerakan Orientalis medan Kristianisasi – Ancaman kepada Ummah – Hj Nik Azran Muhameddan Hj Mohd Mahadi Hj Isa. 
  8. Gerakan Freemasonry. Musuh dalam menghancurkan Islam – Hj Nik Azran Muhamed; Hj Mohd Mahadi Hj Isa. 
  9. Perang perang yang benar Badar Uhud Khandaq Khaibar – Novel Sejarah Islam Abdul Latip Talib.
 

Walaubagaimanapun anda boleh meninggalkan senarai buku yang baik dari pandangan anda di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.