Khamis, 27 Oktober 2011

Ubat Gigi Penyebab Barah



Ubat Gigi Penyebab Barah

Setiap orang selalu menggunakan Ubat Gigi, namun mereka tidak tahu racun yang ada terkandung dalam ubat gigi. Kebanyakkan ubat gigi mengandungi Fluoride. Satu jenis unsur di mukabumi, nama lainnya Fluorine (Formulakimia = Fl2). Dalam dos tinggi, ia menyebabkan Dental Fluorosis, sejenis penyakit. Apabila menggosok gigi, anda akan tertelan sedikit demi sedikit Fluorida iaitu antara 0.3 – 0.4 mg Fluorida setiap kali menggosok gigi. Lama-kelamaan, semakin banyak Fluorida akan terserap masuk ke dalam sistem tubuh badan anda dan boleh menyebabkan kesan terkumpul. Kanak-kanak paling banyak menelan ubat gigi kerana mereka memang diketahui suka menelan ubat gigi. Lebih-lebih lagi jika ubat gigi itu berwarna anggun, cantik, menarik,  berbau sedap wangi, berperisa strawberry, oren, pisang, epal, vanilla dan berbagai jenis perisa lazat lagi. Tahukah anda para doktor-doktor lulusan PhD Alam Sekitar dan doktor yang mengetahui perkara ini hanya menggunakan ubat gigi sebesar kepala mancis semasa mereka memberus gigi. Ada juga doktor yang langsung tidak memakai ubat gigi sebaliknya mengamalkan memberus gigi dengan cara alternative serta sekali sekala mem-flos gigi mereka di samping mengikis lidah dengan sudu atau pengikis lidah plastik. 
Menurut beberapa laporan, fluoride berupaya mengubah (mutasi dan anaplasia) sel sel normal menjadi sel-sel barah! Bahagian Kimia, Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat telah menjalankan penyelidikan dimana menunjukkan kadar osteosarcoma ( Barah Tulang malignan) telah meningkat dalam tikus yang diberikan Fluorida! Fluorida juga mampu meresap melalui selaput dinding mukosa dalam mulut terus ke dalam aliran darah!

Selain ubat gigi, perkara berikut juga mengandungi Fluorida :

1.    Bekalan air ke rumah anda – Ini seperti disarankan oleh Dental Association Malaysia dimana Fluorida wajib ditambah ke dalam air minuman yang dibekalkan ke rumah anda! Maafkan kerana berapa banyak dosnya, anda perlu merujuk ke Kementerian Kesihatan.  Buku2  perubatan dikarang, dicetak, diterbit, diniaga serta dihasilkan oleh orang2 Yahudi…  tidak mustahil ini adalah cara halus orang Yahudi bagi merosakkan bangsa lain kerana kononnya mereka adalah bangsa paling baik, paling sempurna dan paling mulia di atas muka bumi. Untuk kefahaman mendalam, sila anda baca buku dalam senarai buku wajib ada di rumah anda atau tonton Filem James Bond bertajuk Moonraker.

2.    Ubat kumur-kumur mulut.

Bahan Penyebab barah yang ada terkandung dalam ubat gigi anda:

1.    Sakarin Sodium Lauryl Sulphate
2.    Fluorides
3.    Titanium Dioxide
4.    Carageenan – WHO = Berpotensi menyebabkan barah pada manusia.
5.    Ramuan PEG
6.    FD & C Blue no 1

Sumber rujukan artikel di atas
Bahan Penyebab Kanser dalam Kosmetik dan Produk Kegunaan Harian : Panduan CAP

Justeru itu, Gunakanlah ubat gigi Alternatif seperti :

1.    Cengkih. Anda boleh beli cengkih dengan harga yang murah di pasar borong, juga di kedai menjual rempah ratus. Untuk penyimpanan yang baik, masukkan cengkih dalam bekas kaca dan simpan dalam petisejuk. Untuk menggosok gigi, cengkih perlu ditumbuk halus atau dikisar halus dengan lesung batu, atau giling batu. Untuk kaum perempuan, eloklah menggunakan lesung batu bersaiz kecil kerana ia ringan serta tidak menyakitkan otot atau sendi bahu anda.  Amalkan menggosok gigi menggunakan serbuk cengkih 2 – 3 kali sehari.Jika anda mempunyai kawasan, pokok cengkih boleh ditanam di atas tanah dengan ketinggian mencapai antara 20 – 30 meter.

2.    Arang: anda boleh buat arang menggunakan biji asam jawa. Biji asam jawa di panggang atau di goring tanpa minyak sampai hangus menjadi arang dan ia perlu ditumbuk atau dikisar. Gunakan serbuk arang asamjawa ini bagi menggosok gigi anda. Ada juga orang2 tua yang menggunakan arang yang diperbuat daripada tempurung kelapa hangus.

Kenapa ubat gigi alternatif tidak menjadi pilihan syarikat pengeluar ubat gigi?

Kerana ia tidak dapat dipaten atau dihak milikkan.  Sekali lagi aspek keuntungan duniawi menjadi pilihan utama daripada menjaga kesihatan para pengguna.

Ingatan Kepada Anda:

Penyakit Barah adalah pembunuh ketiga paling banyak di Malaysia, ia beransur-ansur meningkat menjadi pembunuh kedua paling kerap di Malaysia. Gaya terkini penyakit barah adalah menyerang golongan muda, sihat dan aktif yang tiada langsung sejarah penglibatan ahli keluarga yang telah pernah terkena penyakit barah! Jadi anda perlu beringat dan bertindak awal sebelum kena! 
 
Resepi Nenek: Ubat Gigi
Anda perlukan : Arang Kayu / Buah Pinang Kering / Lesung Batu
Arang kayu dikatuk menjadi serpihan2 kecil. Pinang kering perlu dihiris nipis / dicincang. Ambil kedua bahan ini dalam nisbah 1:1 dan tumbuk dalam lesung batu sampai jadi serbuk halus. Gunakan serbuk ini untuk menggosok gigi anda! Serbuk diletakkan atas berus gigi dan beruslah gigi anda 2 kali sehari.




Flos Gigi Elak kanser
Kajian Universiti New York mendapati orang yg tidak flos gigi selama 3 hari berisiko mendapat gastrik! Serangan gastrik berterusan boleh melarat menjadi kanser perut. Bakteria dari mulut yang kotor boleh pindah ke dalam perut dan menyebabkan penyakit. Flos gigi sepatutnya dilakukan sekerap mungkin untuk menjaga kebersihan gigi umpamanya Flos setiap kali selepas anda makan. Ruj: iSihat Disember 2012.   ....   Tetapi ada juga Dr Gigi melarang anda memflos gigi dengan kerap kerana khuatir gusi akan makin meringkat dan menampakkan akar gigi .... Jadi doktor yg suruh flos gigi setiap kali makan mungkin bukan dr gigi tetapi beliau adalah pakar gastroenterologist .... Begitulah adat manusia bila dah jadi doktor pakar selalu suka berbantah bantah dan bertelagah pendapat mengenai kepakaran masing masing. Apalah salahnya jika mereka dapat duduk berbincang antara satu sama lain dan lihat cara mana yang lebih memberi manfaat kepada manusia dan kaedah mana yang memberi kerugian atau mudarat kepada insan.



Flos Pergigian


 Apakah itu Flos Pergigian?
Flos Pergigian adalah sejenis benang yang sangat unik. Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. Flos digunakan untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?
Kedudukan gigi kita biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut. Penggunaan flos adalah sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.

Apakah jenis-jenis flos gigi?
Ada beberapa jenis flos gigi :

1.    Flos berlilin atau tanpa lilin

2.    Flos berperisa atau tanpa perisa

3.    Pita gigi

4.    Super flos
Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakannya dengan teknik yang betul.
 
Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?
Amalan menggunakan flos dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

Bagaimanakah cara menggunakan flos?
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:

1.    Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.

2.    Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.

3.    Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.

4.    Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

 

Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk kanak-kanak atau mereka yang kurang upaya?
Kebiasaannya flos boleh digunakan oleh semua golongan. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak atau golongan kurang upaya, ibu-bapa/penjaga bolehlah membantu dan mengajar teknik memflos sehingga mereka dapat melakukannya dengan berkesan. Selain itu flos yang mempunyai pemegang khas mungkin boleh memudahkan golongan kurang upaya untuk membersihkan gigi.

Mengapa kadang-kala gusi saya berdarah apabila menggunakan flos?
Gusi mungkin boleh berdarah apabila seseorang menggunakan flos. Ada beberapa penyebab keadaan ini: Pertama, teknik yang salah seperti tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan gusi tercedera, oleh itu pendarahan kecil boleh berlaku. Kedua, ia adalah petanda gusi anda sebenarnya kurang sihat (penyakit gingivitis). Gusi yang kurang sihat sememangnya mudah berdarah apabila diflos atau diberus dengan menggunakan berus gigi.

Bolehkah flos menyembuhkan penyakit keradangan gusi (gingivitis)?
Amalan kebersihan mulut yang baik seperti memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur boleh menyembuhkan penyakit keradangan gusi (gingivitis). Ianya akan lebih berkesan sekiranya digunakan secara kombinasi dan dengan teknik yang betul. Walaubagaimanapun sekiranya penyakit gusi anda masih tidak sembuh anda mesti mendapatkan rawatan dengan doktor pergigian.

Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?

1.    Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi.

2.    Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula-mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

3.    Sekiranya anda menghadapi kesukaran mempelajari teknik yang betul, anda bolehlah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari doktor pergigian semasa berkunjung ke klinik pergigian.

Semakan Akhir
:
25 September 2012
Penulis
:
Penyemak
:
Dr. Savithri a/p Vengadasalam
Dr. Salleh b. Zakaria

 

Pssst:

Doktor gigi sendiri mempunyai berbagai pendapat tentang flos. Ada doktor gigi yang menyarankan kita flos gigi setiap kali selepas makan dan ada juga doktor gigi yang melarang kita dari selalu memflos gigi kerana khuatir gusi akan menyingkat ( tersebak ke atas ) dan mendedahkan semakin banyak bahagian gigi! Allah juga berfirman bahawasanya manusia itu selalu berselisih pendapat dan berbantah bantah antara satu sama lain ...







 

1 ulasan:

  1. Ubat Gigi Berfluorida Untuk Kanak-Kanak
    Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIGI/UbatGigiBerfluorida.php
    Pengenalan
    Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi. Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia. Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
    Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan
    Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut. Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi. Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .
    Rawatan Kecacatan Pada Enamel
    Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.
    Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul
    Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik

    TETAPI
     Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.
     Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
     Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.