Khamis, 24 November 2011

Datuk Sarimah Ahmad melawan kanser


Datuk Sarimah Ahmad melawan kanser
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu. Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,”  katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu. Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri. “Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut. “Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya. “Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya. Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan. “Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan. “Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya. Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor. “Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini. “Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya. Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut. “Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya. Mudah-mudahan Seniwati Datuk Sarimah segera sembuh..

Berpantang maut sebelum ajal


Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai.
Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri.


Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau.

Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini.

Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam.

Aktres Sarimah atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Mah pagi itu hadir ditemani anak kelimanya, Yusarima Puteri.

Tidak banyak yang berubah pada Sarimah. Pada usianya mencecah 68 tahun, beliau masih manis biarpun sekadar mengenakan solekan yang nipis. Bagaimanapun, dalam kesederhanaan itu, pada wajahnya sebetulnya terpancar kesedihan yang cuba diselindungi tuan punya dirinya yang kental dengan semangat juang yang tinggi, apa lagi untuk berhadapan dengan ujian maut selama setahun kerana kanser - penyakit yang amat digeruni dan menjadi antara penyakit paling berbahaya di dunia era moden ini.

Semangat berlawan dengan penyakit yang dikongsi dengan Sarimah pada awal perbualan sudah cukup menjelaskan betapa beliau sentiasa reda dengan ujian Ilahi.

Mengenali Sarimah, beliau tidak pernah lekang diuji sejak dari usia mudanya sehingga mendaki usia emas. Ibu tunggal kepada enam orang anak ini tidak henti-henti melafazkan rasa syukur pada Yang Maha Esa kerana kuasaNya itu mengatasi apa yang pernah diungkapkan oleh pengalaman perubatan.

“Bila doktor memberitahu jangka hayat Kak Mah hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Kak Mah amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya. Kak Mah harus menerima qada dan qadar Tuhan,” Sarimah memulakan perbualan dalam nada yang cukup sebak.
Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.


Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.

“Kak Mah masih ingat tarikh 20 April tahun lalu, bila Farawahida, Jamil dan Siti Rohani (arwah menantu yang meninggal kerana kanser payu dara pada Julai tahun lalu) membawa Kak Mah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan keputusan perubatan, Kak Mah hanya berserah pada Allah.

“Tatkala doktor mengesahkan Kak Mah mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Kak Mah hanya melafazkan `aku reda’.
“Sebab Kak Mah percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua,” sambung Sarimah dengan nada bergetar.
Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.

“Kak Mah cuba kuat, namun hati seorang wanita tidak dapat menahan air mata daripada menitis. Waktu itu Kak Mah memandang Ida, Jamil dan Siti Rohani yang terdiam kaku.

“Walaupun hati ini digayut sedih namun Kak Mah reda dan yakin selagi belum sampai ajal, Kak Mah akan berusaha untuk membebaskan diri daripada penyakit ini.

“Cuma doa Kak Mah ketika itu, agar Allah beri peluang kepada Kak Mah untuk menunaikan umrah walaupun untuk kali terakhir pada bulan Ramadan lalu. Alhamdulillah, doa Kak Mah dimakbulkanNya,” cerita Sarimah dalam nada sebak.

Sebetulnya, tidak ramai yang mengetahui primadona yang bakatnya diasah oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu sudah diserang kanser sejak 2007 lagi.

“Waktu itu, dalam seminggu sekurang-kurangnya Kak Mah demam dan batuk sampai tiga empat hari. Bila makan ubat, demam kebah dan batuk pun reda.

“Bukan itu sahaja, malah kadang-kadang waktu tengah malam, tiba-tiba lidah Kak Mah keras. Kak Mah tak boleh rasa apa pun. Kepala sakit macam nak putus nyawa.

“Walaupun ketika itu, Kak Mah memujuk hati ini agar sabar namun kadang-kadang Kak Mah dapat rasakan maut bagaikan di depan mata. Apa yang mampu Kak Mah lakukan, hanyalah meminum air zam-zam yang menjadi minuman utama Kak Mah setiap hari.
“Bukan itu sahaja, malah Kak Mah sering diserang sakit kepala yang amat sangat dan mata semakin kabur. Bila penyakit itu datang menyerang, Kak Mah rasa dunia ini bagaikan gelap dan tidak punya apa-apa lagi,” Sarimah mendedahkan derita yang dilalui dengan penuh keinsafan.

Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.

Sebagai seorang muslim, Sarimah berpegang pada ketentuan seandainya Allah mencabut nyawanya pada bila-bila masa, dia reda namun kewajipan sebagai hambaNya tidak akan sama sekali dipersiakan. Ada ketika dalam serba kesulitan juga, Sarimah tetap mendekati Allah biarpun dalam keadaan terbaring.

Namun, satu hal yang tidak sanggup untuk dilalui pelakon Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu ialah proses perubatan kimoterapi yang disyorkan doktor kerana proses itu amat menyakitkan.

“Melihat kedegilan kak Mah enggan menjalani kimoterapi, Usha membawa kak Mah berjumpa doktor dan memberitahu keadaan sebenar. Bukan Kak Mah tidak percaya dengan perubatan moden, tetapi dalam usia Kak Mah ketika itu sudah mencecah 67 tahun ketika, tubuh Kak Mah tidak mampu menerimanya lagi.

“Bagi Kak Mah biarlah Kak Mah bertahan begitu dan jika Allah akan menjemput Kak Mah pulang, Kak Mah reda daripada menjalani proses kimoterapi,” kata Sarimah berkali-kali.

Beruntung Sarimah kerana beliau disayangi ramai. Saudara-mara dan kenalan rapat yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya turut sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.

Ini termasuk saudara terdekat, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan isteri yang tidak pernah putus mengadakan solat hajat mendoakan kesihatannya.

Ketika Sarimah menanggung kesakitan yang amat sangat dan teraba-raba untuk mencari ubat, seorang kawan membawanya berjumpa seorang Profesor yang dikenali sebagai Prof. Syed yang menawarkan makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico.

“Sebelum mengamalkan pil supplemen ini, Kak Mah harus menjalani ujian darah. Hasil daripada keputusan ujian darah itu barulah Profesor berkenaan mengetahui penyakit Kak Mah. Keputusannya, Prof. Syed mendapati Kak Mah mengidap kanser hidung dan otak tahap empat dan Kak Mah juga ada masalah jantung,” Sarimah menjelaskan hasil penemuan dengan professor berkenaan.

Amalan dan gaya hidup Sarimah selama ini sememangnya positif dan memenuhi kriteria mereka yang sihat. Beliau amat menjaga kesihatan terutama dari aspek pemakanan selain sentiasa mengadakan senaman ringan setiap hari.

Justeru, apabila disahkan mempunyai masalah jantung, beliau sendiri keliru dan tertanya-tanya kenapa ia berlaku pada dirinya.
“Akhirnya kak Mah berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang kak Mah
katakan sebagai umat Islam, kak Mah reda dengan ujian Allah. Dengan wang simpanan yang kak Mah ada serta bantuan anak-anak, kak Mah bersedia menjalani rawatan alternatif yang ditawarkan," jelasnya yang berterima kasih kepada anak-anak yang sentiasa mengambil berat soal kesihatannya.
 

 
PRODUK FABLOUS

Usia beliau telah menjangkau 70an. Pada april 2010 menjadi detik yang sukar dilupakan buat Seniwati Dato’ Sarimah Ahmad apabila disahkan menghidap penyakit KANSER HIDUNG & OTAK (STAGE4). Lebih menyedihkan doktor mengesahkan beliau hanya mampu bertahan dalam tempoh 3 bulan. Namun beliau redha dengan apa jua yang ditentukan untuk diri beliau.

Hatinya berbisik untuk terus bersabar dan terus berusaha melawan penyakit tersebut. Beliau tidak mahu melakukan rawatan kimoterapi kerana beliau tahu, badan beliau tidak mampu untuk rawatan itu. Sebaliknya beliau mendapatkan rawatan dari seorang professor. Di samping itu, beliau mengamalkan minuman suplemen dari “APPLE STEM CELL”. Alhamdulilah, terasa perubahan pada tubuh serta bersyukur dengan keadaan dirinya semakin pulih daripada penyakit kanser. Kini badan beliau merasa segar dan kembali bertenaga.

Sebelum beliau menjadi PENGERUSI FABLOUS GLOBAL, beliau sendiri menggunakan produk “Fablous Stem Cell” sehingga menampakkan keberkesanannya dan penyakit yang beliau hidapi pulih serta kesihatan dirinya bertambah baik. Di sini, Dato Sarimah Ahmad ingin berkongsi kehebatan produk “Fablous Stem Cell” serta ingin berkongsi bisnes yang beliau jalankan kepada semua rakyat malaysia untuk tranformasikan ekonomi hidup dalam dunia yang makin mencabar ini. Dato Sarimah Ahmad juga menolak dakwaan banyak pihak yang menyatakan diri beliau diekplotasi atau ingin mengejar populariti. ( Mingguan Wanita Bil. 1459 4 – 10 November 2011 )

Kami adalah Pengedar Berdaftar bagi produk pemakanan penjagaan kesihatan FABLOUS keluaran Fablous Global Sdn Bhd.Fablous Global Sdn Bhd merupakan syarikat hak milik mutlak bumiputra yang beroperasi sepenuhnya dalam bidang Jualan Langsung dan diterajui sendiri oleh Primadona Tanahair, Dato’ Sarimah Ahmad. Penyelidikan bertahun-tahun bersama pakar khususnya dari Mibelle Bio-Chemistry, Switzerland telah dilakukan sebelum tertubuhnya syarikat ini, dalam usaha mencari jawapan untuk tampil kekal sihat dan cergas.

Penuaan dan kesan-kesan yang tidak diingini berlaku apabila sel-sel penting dalam badan hilang keupayaan untuk diperbaharui semula apabila usia meningkat tua. Di Fablous segala permasalahan penuaan akan terjawab dengan mengembalikan keremajaan sel-sel tubuh serta merangsang dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Sel-sel baru ini menjadikan anda kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih halus serta gaya hidup baru yang sihat disamping keluarga tersayang.

Semua produk syarikat mempunyai kelulusan GMP, HALAL dan didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia selamat digunakan oleh semua golongan masyarakat.

“STEM CELL” adalah sel induk yang terdapat pada benda-benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Jika manusia, “STEM CELL” terdapat pada URI & TALI PUSAT bayi yang baru lahir. Bagi orang Melayu, uri & tali pusat itu akan ditanam. Pada zaman sekarang, bagi golongan yang berada, “STEM CELL” anak mereka akan disimpan di “STEM CELL BANK”. Sebenarnya “STEM CELL” itu boleh digunakan kembali jika bayi tadi mengidapi penyakit kronik. Tetapi kos penyimpanan amat mahal sehingga mencecah RM20,000 – RM100,000.
UTTWILER SPATLAUBER – POKOK EPAL SWITZERLAND
Epal ini tidak sama seperti epal yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai. Jika buah epal ni jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan…. Jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepatnya…. Ini bermaksud “STEM CELL” pokok epal purba ini sangat KUAT

PHYTOCELLTEC MALUS DOMESTICA (SWISS APPLE STEM CELL)

Pada tahun 2008 “PhytoCellTec Malus Domestica” memenangi hadiah inovatif untuk ramuan yang terbaik di Eropah (dibangunkan oleh Mibelle Biochemistry) yang diekstrak daripada pokok epal Switzerland yang jarang ditemui dari kawasan luar bandar di Switzerland. Pokok epal Swiss ini mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain. Satu pasukan sains di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80% adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal untuk aktif dan sihat. Majalah Vogue baru-baru ini melaporkan Wanita Pertama, Michelle Obama menggunakan produk dengan sel stem epal untuk mengurangkan kedut dan meremajakan kulit beliau.

PRODUK FABLOUS
Produk FABLOUS adalah berasaskan formula yang menggunakan sel stem epal Uttwiler Spatlauber, yang terkenal dengan keupayaan regenerasi sel yang hebat.

P/S : Sejauh mana kebenaran artikel ini tidak diketahui.  Apapun, ia dilihat telah mencabul prinsip blog ini kerana mengutamakan keuntungan wang ringgit. Justeru, jika tuan puan sudah ada pengalaman dengan produk ini mohon tolong komen. Terima kasih…

sarimah-bekas-isteri-pengiran-hidup

Sarimah, Bekas Isteri Pengiran Hidup Mengidap Kanser


05.04.2011, Selasa – Kali nie Syah hendak bercerita mengenai Primadona Filem Melayu Era 60an dan anak didik Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sarimah atau Yang Berbahagia Dato’ Sarimah Ahmad. Terbaca kisah beliau di Utusan Malaysia semalam. Sedih juga apabila mengetahui bahawa beliau mengidap Barah Hidung dan Otak Tahap 4 setelah melakukan pemeriksaan kesihatan disebuah hospital swasta pada April 2010 lepas dan dijangka akan hidup hanya tiga bulan sahaja. Berkat ketabahan dan kekuatan dalam dirinya sera percaya ajal dan maut ditanggan tuhan, beliau tidak pernah berputus asa untuk berubat dan menjadi sihat. Sebenarnya beliau mengidap kanser ini semenjak 2007 lagi.

Menurut beliau, pada masa itu dalam seminggu, dua atau tiga kali beliau akan demam dan batuk, bila makan ubat iannya reda tetapi berulang semula. Pada waktu malam pula ada masanya lidah beliau akan berasa kebas tak tak ada deria rasa. Kepalanya pula akan berasa sangat sakit dan terasa seperti hendak putus nyawa. Beliau mengamalkan meminum minum air zam-zam disamping sentiasa mendekatkan diri dengan Allah walaupun dalam keadaan terlantar kesakitan dengan membaca Al-Quraan, solat lima waktu dan solat sunat.Beliau sentiasa berserah pada Allah dan menerima ketentuannya. Satu perkara yang beliau kurang senang adalah rawatan kimoterapi yang menyakitkan bagi beliau yang ketika itu sudah berusia 67 tahun, Beliau menolak rawatan berkenaan atas faktor usia dan memilih jalan bertahan begitu sahaja dengan memilih rawatan alternative dengan sumber kewangan beliau sendiri dan anak-anak. Beliau mengamalkan pengambilan Supplement B17. Shukur alhamdulilah setelah mengamalkan supplement berkenaan, dia membuat pemeriksaan doktor dan hasil ujian darahnya mendapati hanya tinggal kesan ketumbuhan sahaja dihidung dan kepala. Sehingga sekarang beliau masih mengamalkan supplement berkenaan dan keadaannya bertambah sihat.

Buat masa ini beliau menetap bersama anaknya, Yusarima Puteri dan menantunya Syed Mahadi Syed Fauzi di Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Menurut Yusarima pada permulaannya selama 19 hari ibunya mengambil pelbagai jenis makanan supplement sebanyak 7 kali sehari menyebabkan ibunya muntah dengan banyak dan pengsan serta kadangkala najis keluar tanpa henti. Beliaulah menguruskan ibunya yang pada masa itu terlalu lemah dan tidak sedar akan apa yang berlaku pada dirinya sendiri. Setelah 19 hari mengambil supplement secara pantas (fast track) kadar bacaan kanser ibunya semakin menurun. Sehingga sekarang ibunya masih mengambil suppliment berkenaan walaupun sudah beransur sembuh.




Sarimah bersyukur dapat melihat cicit pertama

(http://sarimahahmad.wordpress.com/2012/10/08/cekal-melawan-kanser-2011/ = Kepada pemilik blog sarimahahmad, saya mohon maaf kerana tujuan saya mengambil tulisan ini semata mata kerana mahu menolong pesakit barah yang lain dan bukan atas apa apa tujuan menjana keuntungan / perniagaan. Semua manusia akan mati. Manusia yg selalu mengingati mati dan membuat persiapan sewajarnya tergolong dalam kalangan manusia yg beruntung! Ilmu yg dimanfaatkan oleh manusia lain antara yg boleh membantu puan di alam kubur. Andai puan tidak restu, tolong beritahu segera supaya boleh sy padamkan seluruh artikel ini.)

TIDAK pernah dia membayangkan bahawa Tuhan masih memberikannya peluang untuk terus bernafas dan menikmati segala keindahan ciptaan yang Maha Esa. Sejak dia disahkan mengidap penyakit barah hidung dan otak setahun lalu, dunia baginya sudah tidak mempunyai apa-apa erti lagi. Apatah lagi selepas dimaklumkan bahawa hanya mempunyai jangka masa tiga bulan saja hidup, pastinya perkara itu memburukkan lagi keadaan serta menjadikan jiwanya kacau. Bagaimanapun, sebagai umat Islam yang percaya kepada qada dan qadar, setiap kali primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad mengerjakan solat, permintaannya biarlah penyakit itu segera sembuh kerana dia begitu teringin untuk melihat cicit pertamanya lahir ke muka bumi. “Dalam keadaan bertarung nyawa seperti itu, saya sering bermohon kepada Allah supaya dipanjangkan nyawa saya. Selain kerana menyedari bahawa amalan saya masih belum cukup untuk di bawa ke sana, saya juga mahu Dia memberi peluang untuk saya melihat cicit pertama.

“Alhamdulillah, dapat juga saya melihat cicit pertama walaupun saya sendiri tidak menyangka peluang masih ada ketika nyawa berada di hujung tanduk,” cerita Sarimah ketika ditemui pada majlis meraikan ulang tahunnya yang ke-69 anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di Restoran Warisan berhampiran Dataran Merdeka malam Jumaat lalu. Hadir sama memeriahkan majlis adalah Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez serta barisan artis antaranya Hazami, Rohana Jalil, Iqwal, Roslan Shah, Fazli Zainal, Shamsudin Lamin, Radhi Khalid dan Salwa Abdul Rahman.

Sebagai pesakit kanser, tidak dinafikan ada ketika Sarimah bagaikan pasrah dengan apa yang berlaku. Namun, semangat juangnya masih tetap tinggi untuk terus melawan penyakitnya itu. Ketika diri terkontang kanting, dia dipertemukan dengan seorang profesor yang memberikannya penawar penyakit yang dihidapinya.

“Alhamdulillah sudah nampak tanda-tanda pengurangan penyakit ini. Jika dulu kepala saya bagaikan hendak pecah dan lidah saya jadi keras, sebaik saja menggunakan rangkaian produk ini, keadaan saya lebih sihat berbanding setahun dulu.

“Jika tidak, setahun dulu iaitu sewaktu saya mahu meraikan ulang tahun yang ke-68, keadaan diri saya amat jauh berbeza. Walaupun ramai yang menyarankan saya menggunakan kemoterapi, tapi saya tidak mahu kerana dalam usia sebegitu, saya tidak sanggup menghadapi kesan sampingannya,” cerita pelakon yang mula diperkenalkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Ali Baba Bujang Lapuk ini. Ditanya bagaimanakah keadaannya sekarang, Sarimah bersyukur kerana keadaannya bertambah pulih berbanding sebelum ini. “Hendak kata pulih sepenuhnya, tak berani nak cakap, tapi cukuplah saya katakan keadaan sekarang banyak bezanya. Dulu saya kena makan berbelas-belas pil tapi kali ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Bagaimanapun, dari segi pemakanan, saya masih lagi jaga kerana saya tak mahu ia muncul lagi. Cukuplah penderitaan yang saya lalui sepanjang setahun lalu,” katanya penuh keinsafan.

Niat umrah sekali lagi

DALAM keadaan bertarung nyawa itu, Sarimah berhasrat untuk mengerjakan umrah jika penyakitnya sembuh. Justeru, apabila doanya dimakbulkan, tanpa melengah-lengahkan lagi, dia berangkat ke Makkah. Cerita ibu kepada pelakon, pengarah dan penerbit filem terkenal M. Jamil ini, walaupun masih lemah, namun bersyukur kerana mampu mengerjakan umrah tanpa perlu menyusahkan sesiapa. “Memang saya berdoa pada Tuhan semoga mampu mengerjakan umrah dengan selamat dan sempurna. Sebaik menjejakkan kaki di tanah suci, saya boleh berdiri sendiri. Begitu juga sewaktu mengerjakan tawaf dan saie, saya boleh melakukannya sendiri tanpa kerusi roda.

“Saya berada di sana sehingga sambutan Aidilfitri. Insya-Allah, perasaan ingin kembali ke sana itu ada dan kalau ada peluang, saya mahu berada di sana sebulan. Itupun kalau ada rezeki,” kata Sarimah yang diakui kejelitaannya masih belum luntur walaupun ditimpa penyakit kronik. Mengulas majlis jamuan ulang tahunnya itu, Sarimah berkata dia memang terkejut kerana pada awalnya diberitahu dikehendaki menghadiri majlis mesyuarat anjuran KARYAWAN. “Disebabkan itulah penampilan saya biasa saja malam ini. Mereka cuma mahu saya datang dan bawa mana-mana ahli keluarga lain yang ingin ikut serta. Apabila sampai di sini, barulah saya tahu yang mereka mahu meraikan majlis hari jadi saya yang jatuh pada 28 April lalu,” katanya dalam nada sebak.

 

Enggan hidup peribadinya difilemkan, tetapi mahu hasilkan buku biografi

BIARPUN kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen dan layar perak, namun tidak dapat dinafikan dirinya masih dirindui oleh peminat. Meskipun bibirnya tidak pernah mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan namun diakui kemunculannya di TV sudah tidak sekerap dulu lagi. Kali terakhir muncul adalah sewaktu membintangi drama bersiri, Cinta Madinah. Selepas itu, dia lebih selesa merehatkan diri sambil merawat penyakit barah yang dihidapinya itu. Mungkin faktor penyakitnya itu membuatkan Datuk Sarimah Ahmad terpaksa melupakan dunia lakonan yang selama ini menjadi darah dagingnya itu. Namun selepas penyakitnya itu sembuh dan kelihatan semakin bertenaga, apakah ini bermakna seniwati veteran yang berusia 69 tahun ini akan kembali merancakkan dunia lakonan. “Saya tak mahu kata yang mahu bersara dalam bidang lakonan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Namun, buat masa ini saya memang tidak berhasrat untuk kembali berlakon walaupun mendapat tawaran. “Melihat kepada corak kerja produksi ketika ini, saya rasa tidak mampu untuk bekerja di dalamnya. “Kalau dulu sewaktu di Jalan Ampas, pelakon bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tapi produksi sekarang, bekerja dari jam 8 pagi hingga 8 pagi keesokan harinya. Dengan keadaan kesihatan saya seperti ini serta usia yang semakin meningkat, rasanya tidak berdaya untuk bekerja dalam tempoh yang lama seperti itu. Jadi disebabkan itulah saya terpaksa menolak tawaran berlakon yang datang.

“Selain itu, dalam usia sebegini saya rasa lebih baik saya tumpukan perhatian terhadap amal ibadat serta perniagaan yang baru saya jalankan ini,” katanya pada majlis ramah mesra dan sidang media produk minuman kesihatan Fab’lous keluaran syarikat Fablous Global Sdn Bhd di Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Urusan, Ainuddin Hasim serta Pengarah Pembangunan Perniagaan, Musharuddin Mohd dan beberapa orang artis seperti Siti Nordiana, Boy Iman, Pian Cecupak dan ahli silap mata, Hafiz Osman.

Sebagai seorang primadona, pastinya ramai yang ingin tahu kisah suka duka Sarimah sepanjang bergelar anak seni. Dan perkara itu hanya akan berlaku jika ada pihak yang mahu meriwayatkan kisah hidupnya menerusi sebuah filem. Bagaimanapun, Sarimah tidak berminat atau mengizinkan sesiapapun membuat filem mengenai dirinya. “Saya memang tidak akan membenarkan sesiapapun merakamkan kisah hidup saya untuk dijadikan filem. Tapi, saya mempunyai hasrat untuk menulis biografi saya dalam bentuk buku. “Usaha ke arah itu memang sudah lama cuma saya masih menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkannya,” katanya.


Tak anggap diri dipergunakan

BUKAN saja bertindak sebagai jurucakap atau duta kepada produk minuman kesihatan Stem Cell Fab’Lous, tetapi seniwati yang bakatnya mula dikesan menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok ini juga bertindak sebagai Pengerusi Syarikat Fablous Global Sdn Bhd. Bercerita lanjut mengenai produk itu, Sarimah berkata dia mula mengenali produk berkenaan selepas tercari-cari apakah produk kesihatan sampingan yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatannya itu. “Sebelum bertemu dengan produk ini, saya memang mencari produk yang sesuai untuk merawat penyakit saya. Banyak juga jenis bahan kesihatan yang disyorkan. “Alhamdulillah selepas dua minggu mencubanya, penyakit saya semakin menunjukkan perubahan dan selepas itu saya jadikan minuman penjagaan kesihatan tambahan ini sebagai amalan dalam menjaga kesihatan saya,” katanya.

Dengan status selebriti dan populariti yang ada padanya, tidakkah dengan pembabitannya itu, Sarimah dijadikan mangsa mempergunakan namanya mahukan keuntungan dengan cara mudah. “Kalau nak kata saya dieksploitasi, sebelum ini pun saya pernah ditawarkan untuk menjaga sebuah produk kosmetik di peringkat antarabangsa dengan bayaran lumayan sebanyak RM1 juta. Namun, saya tolak kerana tidak pasti akan bahan yang terdapat dalam produk itu. Saya tidak mahu menanggung dosa jika bahan yang digunakan tidak halal. “Untuk produk ini, selain berkesan, saya juga membuat solat sunat istikharah terlebih dulu sebelum menyatakan persetujuan untuk menggunakan jenama ini,” tegasnya.

 

Saturday, May 21, 2011


Berpantang maut sebelum ajal

Terharu membaca kisah Datuk SArimah Ahmad yg mengidap kanser tahap dan disahkan oleh doktor pada tahun 2009 utk hidup selama 3 bulan sahaja tetepi masih sihat kerana mengamalkan rawatan alternatif B17.

IKuti kisah seterusnya.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

muzlina.bakar@utusan.com.my

Datuk Sarimah Ahmad

BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai.

Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri.

Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau.

Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini.

Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam.

Aktres Sarimah atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Mah pagi itu hadir ditemani anak kelimanya, Yusarima Puteri.

Tidak banyak yang berubah pada Sarimah. Pada usianya mencecah 68 tahun, beliau masih manis biarpun sekadar mengenakan solekan yang nipis.

Bagaimanapun, dalam kesederhanaan itu, pada wajahnya sebetulnya terpancar kesedihan yang cuba diselindungi tuan punya dirinya yang kental dengan semangat juang yang tinggi, apa lagi untuk berhadapan dengan ujian maut selama setahun kerana kanser - penyakit yang amat digeruni dan menjadi antara penyakit paling berbahaya di dunia era moden ini.

Semangat berlawan dengan penyakit yang dikongsi dengan Sarimah pada awal perbualan sudah cukup menjelaskan betapa beliau sentiasa reda dengan ujian Ilahi.

Mengenali Sarimah, beliau tidak pernah lekang diuji sejak dari usia mudanya sehingga mendaki usia emas. Ibu tunggal kepada enam orang anak ini tidak henti-henti melafazkan rasa syukur pada Yang Maha Esa kerana kuasaNya itu mengatasi apa yang pernah diungkapkan oleh pengalaman perubatan.

“Bila doktor memberitahu jangka hayat Kak Mah hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Kak Mah amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya. Kak Mah harus menerima qada dan qadar Tuhan,” Sarimah memulakan perbualan dalam nada yang cukup sebak.

Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.

Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.

“Kak Mah masih ingat tarikh 20 April tahun lalu, bila Farawahida, Jamil dan Siti Rohani (arwah menantu yang meninggal kerana kanser payu dara pada Julai tahun lalu) membawa Kak Mah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan keputusan perubatan, Kak Mah hanya berserah pada Allah.

“Tatkala doktor mengesahkan Kak Mah mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Kak Mah hanya melafazkan `aku reda’.

“Sebab Kak Mah percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua,” sambung Sarimah dengan nada bergetar.

Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.

“Kak Mah cuba kuat, namun hati seorang wanita tidak dapat menahan air mata daripada menitis. Waktu itu Kak Mah memandang Ida, Jamil dan Siti Rohani yang terdiam kaku.

“Walaupun hati ini digayut sedih namun Kak Mah reda dan yakin selagi belum sampai ajal, Kak Mah akan berusaha untuk membebaskan diri daripada penyakit ini.

“Cuma doa Kak Mah ketika itu, agar Allah beri peluang kepada Kak Mah untuk menunaikan umrah walaupun untuk kali terakhir pada bulan Ramadan lalu. Alhamdulillah, doa Kak Mah dimakbulkanNya,” cerita Sarimah dalam nada sebak.

Sebetulnya, tidak ramai yang mengetahui primadona yang bakatnya diasah oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu sudah diserang kanser sejak 2007 lagi.

“Waktu itu, dalam seminggu sekurang-kurangnya Kak Mah demam dan batuk sampai tiga empat hari. Bila makan ubat, demam kebah dan batuk pun reda.

“Bukan itu sahaja, malah kadang-kadang waktu tengah malam, tiba-tiba lidah Kak Mah keras. Kak Mah tak boleh rasa apa pun. Kepala sakit macam nak putus nyawa.

“Walaupun ketika itu, Kak Mah memujuk hati ini agar sabar namun kadang-kadang Kak Mah dapat rasakan maut bagaikan di depan mata. Apa yang mampu Kak Mah lakukan, hanyalah meminum air zam-zam yang menjadi minuman utama Kak Mah setiap hari.

“Bukan itu sahaja, malah Kak Mah sering diserang sakit kepala yang amat sangat dan mata semakin kabur. Bila penyakit itu datang menyerang, Kak Mah rasa dunia ini bagaikan gelap dan tidak punya apa-apa lagi,” Sarimah mendedahkan derita yang dilalui dengan penuh keinsafan.

Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.

Sebagai seorang muslim, Sarimah berpegang pada ketentuan seandainya Allah mencabut nyawanya pada bila-bila masa, dia reda namun kewajipan sebagai hambaNya tidak akan sama sekali dipersiakan.

Ada ketika dalam serba kesulitan juga, Sarimah tetap mendekati Allah biarpun dalam keadaan terbaring.

Namun, satu hal yang tidak sanggup untuk dilalui pelakon Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu ialah proses perubatan kimoterapi yang disyorkan doktor kerana proses itu amat menyakitkan.

“Melihat kedegilan kak Mah enggan menjalani kimoterapi, Usha membawa kak Mah berjumpa doktor dan memberitahu keadaan sebenar. Bukan Kak Mah tidak percaya dengan perubatan moden, tetapi dalam usia Kak Mah ketika itu sudah mencecah 67 tahun ketika, tubuh Kak Mah tidak mampu menerimanya lagi.

“Bagi Kak Mah biarlah Kak Mah bertahan begitu dan jika Allah akan menjemput Kak Mah pulang, Kak Mah reda daripada menjalani proses kimoterapi,” kata Sarimah berkali-kali.

Beruntung Sarimah kerana beliau disayangi ramai. Saudara-mara dan kenalan rapat yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya turut sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.

Ini termasuk saudara terdekat, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan isteri yang tidak pernah putus mengadakan solat hajat mendoakan kesihatannya.

Ketika Sarimah menanggung kesakitan yang amat sangat dan teraba-raba untuk mencari ubat, seorang kawan membawanya berjumpa seorang Profesor yang dikenali sebagai
Prof. Syed yang menawarkan makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico.

“Sebelum mengamalkan pil supplemen ini, Kak Mah harus menjalani ujian darah. Hasil daripada keputusan ujian darah itu barulah Profesor berkenaan mengetahui penyakit Kak Mah. Keputusannya, Prof. Syed mendapati Kak Mah mengidap kanser hidung dan otak tahap empat dan Kak Mah juga ada masalah jantung,” Sarimah menjelaskan hasil penemuan dengan professor berkenaan.

Amalan dan gaya hidup Sarimah selama ini sememangnya positif dan memenuhi kriteria mereka yang sihat. Beliau amat menjaga kesihatan terutama dari aspek pemakanan selain sentiasa mengadakan senaman ringan setiap hari.

Justeru, apabila disahkan mempunyai masalah jantung, beliau sendiri keliru dan tertanya-tanya kenapa ia berlaku pada dirinya.

“Akhirnya kak Mah berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang kak Mah katakan sebagai umat Islam, kak Mah reda dengan ujian Allah. Dengan wang simpanan yang kak Mah ada serta bantuan anak-anak, kak Mah bersedia menjalani rawatan alternatif yang ditawarkan," jelasnya yang berterima kasih kepada anak-anak yang sentiasa mengambil berat soal kesihatannya.

 

 

















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.