Khamis, 24 November 2011

AIR BERALKALI


Air Beralkali

Sekarang sibuk diperkatakan keperluan meminum air beralkali untuk kesihatan. Jika mahu dibeli, harganya pula biasanya mahal. Sekiranya anda berasa payah kerana harga ini mahal, ada kaedah gantiannya iaitu dengan meminum air kelapa. Kelapa muda banyak dijual di pasar borong lebih kurang RM1.60 sebiji. Jauh lebih murah daripada air yang dijual di dalam botol. Air apa sekalipun, dalam jumlah yang banyak adalah memudaratkan. Justeru amalan meminum air kelapa muda hendaklah dihadkan kepada 1 - 2 biji sehari.
Perbezaannya adalah seperti di bawah:

Air Kelapa
Air yang dijual
1
Air Semulajadi dan Asli.
Mungkin telah diolah secara Kimia.
2
Bekas Asli – Tiada risiko keracunan BPA atau Dioxin
Botol plastik - ada kemungkinan terdedah racun kimia BPA dan dioxin
3
Harga murah
Mahal
4
Al Quran surah 14 ; ayat 24 dan ayat 25 - menyokong manfaat dan kebaikan kelapa.
Tiada Komen.

Surah Ibrahim Ayat 24 : Tiadakah engkau perhatikan bagaimana Allah mengumpamakan kalimat yang baik, seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap, sedang cabangnya ke langit.
Surah Ibrahim Ayat 25 : Menghasilkan buahnya tiap tiap waktu dengan izin Tuhannya. Allah memberikan beberapa contoh kepada manusia, mudah-mudahan mereka mendapat peringatan.
Perlu diingatkan semasa Tsunami yang melanda Banda di Acheh, masjid dan pokok kelapa tetap berdiri utuh, manakala segala bangunan dan pokok-pokok lain berhampiran dengannya tumbang musnah jadi padang jarak padang tekukur.
Jika payah mendapatkan air zam zam, boleh digantikan dengan air kelapa. Jika anda malas membuat jus epal hijau, jus nanas, jus karot dan macam2 jus lagi, anda boleh gantikan dengan meminum air kelapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.