Cara Menguji Keaslian Madu Lebah.
Beberapa cara mudah menguji keaslian madu Lebah seperti berikut:
1. Titiskan madu lebah ke atas kertas surat khabar. Madu asli tidak akan tembus ke lapisan bawah! Jika permukaan bawah kertas menjadi lembab, bermakna ia madu tiruan.
2. Sesudu madu yang dijatuhkan ke dalam air akan tenggelam ke bawah kerana madu lebih berat dari air!
3. Madu yang disimpan dalam unit pembeku peti sejuk tidak akan menjadi beku!
4. Tiada kelihatan mendapan gula termendap di bahagian bawah botol madu.
5. Madu asli akan bertindakbalas dengan telur kuning ayam kampung.
Nota: Sekiranya tip ini salah, mohon dapat segera tuan betulkan. Jika ada tip yang lain, mohon dapat kongsikan bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.