Khamis, 24 November 2011

Orang Hunza


Orang Hunza

Masyarakat Hunza tinggal di pergunungan Himalaya, di barat laut Khasmir, sebelah selatan Pakistan atau di Barat Daya Afghanistan. Lebuhraya Karakoram disiapkan oleh Kerajaan Pakistan dalam tahun 1978. Karimabad adalah Bandar pentadbir terdahulunya. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Burushaski dan mereka beragama Islam. 

Tempat tinggal mereka tiada pencemaran kerana ia terletak di tanah tinggi kira-kira 20000 kaki di atas paras laut. Populasi kira-kira seramai 40000 orang. Tidak seperti masyarakat di Lembah Kelang, sehari-harian Masyarakat Lembah Hunza menghirup udara segar dan bersih! Air mataair keluar dari batu dan boleh diminum tanpa dimasak terlebih dahulu! Masyarakat Hunza merupakan bangsa yang paling panjang umurnya di dunia! Mereka berusia rata - rata 120 – 140 tahun ! Mereka menjadi sihat tanpa penyakit kerana faktor pemakanan dan tiada pencemaran! Mereka tidak makan secara berlebihan. Masyarakat Hunza memakan makanan segar. Mereka memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar! Selain itu, mereka juga mengambil bijirin yang masih berkulit ari. Kandungan nutrient, mineral dan vitamin bijirin paling banyak berada dekat dengan kulit ari. Sebagai contoh, apabila sekam padi dibuang, banyak antara vitamin yang berguna turut dibuang bersama di Malaysia!

Masyarakat Hunza kurang makan makanan yang telah dimasak! Mereka tidak memakan daging dan lemak haiwan. Jika makan pun hanya dalam kuantiti sedikit. Tiada penyakit barah di kalangan mereka! Mereka juga jarang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, reumatik, sengal tulang, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru dan lain-lain penyakit. Pada usia 100 tahun, orang Hunza masih aktif bekerja di ladang! Di Lembah Hunza, tiada stres mengejar keduniaan atau stres semasa melalui trafik jem seperti di pekan besar K.L. Masyarakat Lembah Hunza juga mengamalkan kerjasama atau bergotong-royong dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal Ini meningkatkan silaturrahim dan mengurangkan stres.

Biasanya di Lembah Hunza, setiap keluarga mempunyai sebidang tanah kecil, tempat mereka bercucuk tanam. Antara tanaman penting yang ditanam adalah pokok aprikot. Pokok aprikot adalah tanaman terpenting di sini. Setiap peladang mempunyai sekurang-kurangnya sepokok aprikot. Di Hunza, mereka memakan biji Aprikot. Buah dimakan segar waktu musim panas manakala dikeringkan semasa musim sejuk. Biji aprikot di buat minyak dan dimakan. Isirung ditumbuk bagi menghasilkan minyak aprikot. Tanah pula adalah satu harta yang dipandang mulia. Masyarakat Lembah Hunza tidak menjual tanah mereka kepada orang lain. Di Hunza, seorang lelaki dianggap bacul jika tidak mengusahakan tanahnya untuk kerja2 pertanian atau menjual tanahnya kepada orang lain. Undang-undang tradisi Lembah Hunza tidak membenarkan seorang pun orang Hunza menjual tanah mereka kepada orang luar. Tanah didapati melalui warisan.  Di Lembah Hunza, menjual tanah dianggap sama seperti perbuatan menjual anak dan perbuatan menjual tanah adalah kerja hina dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Lembah Hunza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.