Allergi dan Hipersensitif
Adakah anda seorang yang menghidap alahan kepada sesuatu? Contohnya, sesetengah orang alah kepada habuk atau asap lalu mendapat serangan lelah. Ataupun anda tidak boleh mandi malam kerana takut serangan semput atau kesukaran bernafas atau dada menjadi sempit serta hidung tersumbat akibat selsema berlebihan?
Penghidap asthma tidak tahan perkara-perkara berikut:
1. Mandi air sejuk.
2. Mandi di waktu malam.
3. Cuaca sejuk dan lembab.
4. Debu spora Kulat.
5. Debunga tumbuhan.
6. Debu Karpet, Debu kapas, Debu tanah.
7. Habuk plastik.
8. Habuk bulu ungas, kucing, hamster, arnab.
9. Habuk pasir, Habuk Kayu, Habuk Asbestos.
10. Pewangi tandas, Pewangi bilik, Pewangi badan, Pewangi kereta.
11. Bau cat dan bau varnish.
12. Gas yang terbebas dari :
a. Pencuci kimia.
b. Alat binaan.
c. Perkakas serta perabot pejabat.
13. Radon.
Sebenarnya alahan yang menyebabkan anda lelah, bersin atau meleleh air hidung adalah tindakbalas semulajadi bagi mengurangkan kemasukan benda asing atau racun ke dalam badan. Justeru, jika persekitaran anda beracun atau tercemar, jauhilah punca pencemaran.
Sebagai contoh, ramai antara penghidap resdung melakukan pembedahan. Dalam bahasa perubatan, penyakit resdung dipanggil Allergic Rhinitis. Keadaan bertambah baik selepas dibedah, namun selepas 6 atau 12 bulan, penyakit resdung datang semula dan menjadi lebih buruk. Selalunya doktor anda membekalkan steroids seperti ubat sembur hidung seperti Fluticasone furuoate / mometasone atau budesonide. Sebenarnya ubat dari keluarga steroids mempunyai kesan sampingan jangka panjang apatahlagi jika anda menggunakan ubat dari keluarga steroids buat jangka waktu yang lama atau berterusan. Untuk mengetahui kesan kesan sampingan ubat steroids, anda googlekan saja nama-nama steroids yang disebut diatas.
Jenis jenis alahan atau Hipersensitiviti
Jenis 1 : Immediate -
Asthma , Eczema, Urticaria, Allergic Rhinitis (Resdung) , Anaphylaxis
Jenis 2 : Cytotoxic -
Autoimmune Haemolytic Anemia, Transfusion Reaction, Haemolytic diseases of Newborn, Myasthenia Gravis, Addisonian Pernicious Anemia, Goodpasture’s Syndrome.
Jenis 3 : Immune Complex –
Autoimmune eg SLE, Glomerulonephritis, Rheumatoid Arthritis,
Low Grade Persistent Infection eg Hepatitis B
Farmer’s Lung
Jenis 4 : delayed
Pulmonary Tuberculosis, Kusta, contact dermatitis
Nota : Tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab sendiri. Anda tidak boleh meletakkan penjagaan kesihatan anda di tangan Doktor semata-mata. Adakalanya doktor juga melakukan kesilapan (Medical Negligence). Ada juga doktor yang hanya suka kepada anda kerana anda mempunyai wang. Buktinya jelas, kerana tiada ubat jika anda tidak bayar wang!!! Sila baca artikel doktor cuai dan doktor slewen.
Sebenarnya anda boleh hidup sihat tanpa ubat-ubatan moden. Asal saja anda rajin dan punyai disiplin tinggi Insyaallah. Allah telah menurunkan ubat bagi segala penyakit tetapi cuma kita yang tidak mau mencarinya.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi saw, bersabda: “bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubatnya yang juga diturunkannya,”
Dari Abu Sa’id r.a.: Ada seorang laki-laki berkata “Saudara saya sakit perut” Nabi saw, menjawab: “Beri ia madu!”
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi saw, bersabda: “Siapa yang mati kerana penyakit perut adalah mati syahid. Siapa yang mati kerana penyakit kolera adalah mati syahid.”
Untuk mendapatkan kekuatan badan bagi melawan penyakit, anda tidak lagi perlu bergantung kepada ubat ubatan moden yang boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai kesan sampingan atau adverse reaction. Justeru anda boleh amalkan:
1. Minum air jus buah-buahan segar bercop SALM.
2. Minum air jus sayur sayuran segar bercop SALM.
a. Eloklah beli buku panduan membuat air jus buah-buahan / sayuran
3. Minum madu.
4. Banyakkan memakan sayur2an dan ulam2an serta buah2an berwarna merah, oren, jingga,..
5. Hindari makan daging merah – gantikan dengan daging ikan kecil.
6. Gunakan minyak kelapa apabila memasak.
a. Sebaiknya gunakan minyak kelapa dara.
b. Juga anda boleh gunakan santan kelapa.
c. Surah 14; ayat 24 : seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap dibumi, sedang cabangnya menjulang ke langit.
d. Surah 14; ayat 25 : Menghasilkan buahnya tiap tiap waktu degan izin Tuhannya. Allah memberikan beberapa contoh kepada manusia, mudah2an mereka mendapat peringatan.
e. Minyak kelapa adalah minyak istimewa kerana mempunyai medium chain fatty acids.
7. Amalkan senaman yang membabitkan
a. Pernafasan dalam dalam. Teknik pernafasan yang baik.
b. Mengeluarkan peluh.
c. Teknik senaman tidak mencederakan anda.
d. Berkala 3 – 4 kali seminggu
8. Tidur awal dan bangun awal
a. tidur anda antara 6- 8 jam sehari.
b. Amalkan tidur sekejap (15minit) semasa waktu rehat anda di antara 100ptg – 200ptg setiap hari.
9. Sembahyang tahajud serta sembahyang hajat pada malam hari.
10. Membaca Tafsir Al Quran serta menghayati dan mempelajarinya dan ambil iktibar darinya – Tanyalah orang yang ahli kepada mana-mana tafsir yang anda tidak faham.
Dengan mengamalkan meminum jus serta mempraktikkan amalan2 seperti yang diatas, insyaallah anda akan kurang terkena serangan asthma, demam atau jangkitan saluran pernafasan. Ingatlah bahawa penjagaan kesihatan anda terletak di tangan anda sendiri. Jangan sesekali anda letakkan penjagaan kesihatan anda di tangan doktor atau di tangan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.