Terapi Jus Bantu Pesakit Barah
Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab setiap insan. Anda tidak seharusnya menyerahkan penjagaan kesihatan anda kepada doktor semata-mata kerana adakalanya anda mungkin tersilap jumpa dengan doktor mata duitan yang rakus hanya mahu mengejar kemewahan dunia semata-mata… Doktor jenis ini memiliki beberapa BMW dan Mercedes juga beberapa biji banglo yang menagih bayaran ansuran yang bukan rendah setiap bulan. Memang benar, wang andalah yang digunakan bagi membayar ansuran yang mahal sebegini!!! Kepada doktor yang tidak termasuk dalam kumpulan ini, segunung tahniah dan syabas atas ketinggian iman dan ketelusan hati anda ketika merawat pesakit. Ingatlah sumpah anda dalam Hippocratic Oath langsung tidak menyebut tentang perkara mengaut untung seberapa banyak yang boleh dari pesakit anda. Justeru, jika anda seorang doktor yang baik, berhentilah dari mengejar dunia dan carilah akhirat. Ikutilah watak Ibnu Sina seorang imam yang warak lagi bijaksana, memiliki ilmu kedoktoran atau perubatan yang sangat tinggi pada zamannya, namun beliau tidak menggunakan ilmu perubatan beliau untuk mengaut untung, sebaliknya mengajar doktor-doktor lain menjadi doktor yang lebih baik. Di samping ilmu perubatan, Ibnu Sina juga memiliki ilmu astronomi, matematik, kimia yang tinggi selaras dengan saranan Rasullullah s a w agar menuntut ilmu hingga ke akhir hayat. Juga ilmu yang dimanfaatkan adalah amal yang membantu anda sesudah mati.
Orang menjadi sakit akibat zat asid menjadi terlalu tepu di dalam jasad. Justeru bagi mencegah penyakit, anda perlu makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mentah. Jika dimasak, kebanyakkan vitamin dan antioksidan akan musnah. Tidak ada doktor yang suka melihat orang tidak datang ke klinik mereka kerana mereka tidak akan memperoleh wang!
Anda boleh mendapat kesihatan yang baik dan mengurangkan kunjungan ke klinik jika anda mengamalkan minum jus buah2an dan sayur2an segar setiap hari. Pastikan anda meminumnya setiap hari dan jangan malas melakukannya. Pastikan tumbuhan anda dari sumber organic dan ada cop SALM padanya. SALM adalah Skim Amalan Ladang Baik Malaysia dikeluarkan Kementerian Pertanian Malaysia dan dijamin selamat untuk dimakan ( tidak beracun dan tiada bakteria berbahaya seperti yang berlaku pada timun di Eropah baru baru ini ).
Kenapa anda wajib minum jus buah2an / sayur2an?
- Membersihkan lendir-lendir jasad yang menjadi punca polip, tumor, cyst dan memperlahan proses tua sebelum masa.
- Mencukupi keperluan dan tuntutan pemakanan jasad dan menguatkan sel sel badan.
- Memperbaiki kerosakan sel.
- Meningkatkan paras pH bendalir badan menjadi alkali.
- Menguatkan sistem pertahanan imun badan.
- Mengaktifkan cas elektrik tubuh yang sudah lemah.
- Melawas sistem perkumuhan tubuh menjadi lebih baik.
- Buah pinggang (Ginjal).
- Hati.
- Paru paru.
- Kulit / Pepeluhan.
- Usus / Anus.
- Meningkatkan mood serta keceriaan anda.
- Menyelaras badan kurus menjadi sederhana atau badan gemuk menjadi sederhana.
Paling mudah adalah dengan buat jus lobak merah (karot). Cuma perlukan 2 tongkol karot dan kisar dalam alat pengisar Panasonic MX-801S atau alat pengisar yang wattnya besar. Lagi besar watt lagi senang anda mengisarnya. Gunakan kain putih atau tapis teh tarik untuk menapis jus. Jus tidak perlu di tambah gula atau susu tetapi terus diminum dengan bersalawat nabi terlebih dahulu. Penapis mesti diperbuat dari kain kapas dan elakkan kain polyester atau nylon kerana ia bersumber plastik.
Jus Betik diminum 2 gelas ( 500cc ) pada pukul 6 pagi untuk membersihkan darah anda. Jangan gunakan betik muda atau terlalu masak untuk buat jus.
Jus Epal = An apple a day will keep the doctor away.
Jus Beet Root = kaya dengan pigment membantu penglihatan anda.
Jus Limau Manis
Jus Tembikai
Jus Anggur
Jus Kacang Panjang
Jus Water Chest Nut
Jus Buah Naga
Jus Bayam
Jus Rumput Belalai Gajah / Sabah Snake Grass
Jus Timun
Jus Papa Celery
Jus Hempedu Bumi
Jus daun Pegaga
Jus Kentang
Jus Salad Air
Air Kelapa
NOTA : Jus ini jangan dicampur dengan ais !
Makan Beras Perang
Jangan makan
- Daging
- Gula
- Roti putih, kue Tiaw, Mee Kuning, Mee Hoon
- mentega, keju
Jangan minum
- Susu lembu
- Arak / alkohol.
- Merokok
Amalkan senaman secara tetap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.