Jumaat, 6 Januari 2012

Mandi Wap


Petua Mandi Wap orang dulu2:-

1.    Hamam dalam bahasa arab. Boleh gunakan jenama BOSCH. Jenama Karcher kekurangan spare part. Mandi kena buka pakaian. Pakaian anda hanyalah selubung plastik aja.

2.    Petua orang dulu2: MULAKAN mandi dengan :-
a.    basuh kaki diikuti ke betis, paha, punggung, perut, dada, tengkuk dan diikuti kepala.
b.    Bila air sudah kena kepala barulah boleh dijirus seluruh badan.
c.    mandi wap atau air sejuk boleh praktikkan cara ini.

3.    Mulakan mandi wap dengan basahkan kedua tapak kaki dari jari bawa ke belakang.
a.    Duduk atas kerusi plastik.
b.    Gunakan plastik alas meja atau baju hujan untuk selubungkan badan anda
c.    Selubungkan badan anda
d.    Jika tidak tahan panas, buka plastik dan jirus air sejuk ke badan anda.
e.    Tutup semula plastik dan ulang mandi wap.
f.     Tak tahan panas, buka plastik dan jirus air sejuk ke badan anda.
g.    Ulang  c d e f selama 30 minit.
h.    Buat 3 x seminggu.
i.      Jangan lupa basuh selimut plastik ini kerana ia berminyak dan boleh menyebabkan selimut plastik ini berbau busuk dan tidak boleh digunakan lagi.

4.    Kekerapan mandi wap menyebabkan anda berpeluh lebih daripada berpeluh semasa jogging.
a.    Peluh ini mengandungi kimia, bahan kumuh, asid lemak, elektrolit dsbnya.
b.    Dipercayai dengan mandi stim boleh mengeluarkan logam berat, bahan kimia dan racun daripada badan.
c.    Juga diperkatakan boleh menguatkan system imuniti badan.
d.    Insyaallah anda akan jarang terkena demam selselma selepas mengamalkan mandi stim.

5.    Bertangas: elok untuk orang perempuan untuk kuat otot peranakan:
a.    Jirus air sejuk dulu.
b.    Selubungkan badan pada aras pinggang.
c.    Biarkan semburan stim datang dari bawah.
d.    Tak tahan buka selubung plastik dan jirus air sejuk.

6.    Untuk kecilkan peha:
a.    Lembabkan peha dengan air sejuk.
b.    Sembur stim kepada peha.
c.    Tak tahan panas, hentikan semburan dan sapu minyak pencair lemak (RM19) pada peha.
d.    Balut peha dengan plastik.
e.    Ulang pada peha yang satu lagi.

7.    Untuk kecilkan perut:
a.    Lembabkan perut dengan air sejuk. Sembur stim kepada perut. Tak tahan panas stop semburan dan sapukan minyak pencair lemak pada perut. Balut abdomen dengan plastik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.