Ahad, 18 Mac 2012

Mereka Yang Berjaya Melawan Kanser

Mereka Yang Berjaya Melawan Kanser
Sedikit saja antara pesakit kanser yang berjaya melawan kanser atau sekurang-kurangnya dapat menikmati kualiti kehidupan yang baik atau memuaskan selepas didiagnosa oleh Doktor. Antara mereka yang sedikit itu termasuklah :
  1. Seniwati Dato Sarimah Ahmad : Beliau didiagnosa kanser tekak tahap 4 dan Doktor beritau bahawa beliau tak dapat hidup lama melainkan buat radikal operation. Dato Sarimah enggan dan memilih rawatan herba. Dato Sarimah hidup sampai ke hari ini serta tahap tenaga, keyakinan diri dan kualiti hidup beliau bertambah baik. Malangnya Dato Sarimah belum lagi sedia berkongsi rahsia mengenai perincian rawatan yang diambilnya bagi manfaat insan lain. Cuba baca cacatan ini: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu. Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,”  katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu. Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri. “Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut. “Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya. “Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya. Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan. “Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan. “Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya. Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Mexico yang diperkenalkan oleh seorang doktor. “Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini. “Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya. Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut. “Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya. Mudah-mudahan Seniwati Datuk Sarimah segera sembuh.. ( Rujuk Majalah Info Sihat Bil 44 Julai 2011 ms 17 - 23 ).
  2. Seniman Zainal Abidin. Beliau berumur 53 tahun dan didiagnosa Doktor menghidapi kanser kolon tahap 3 dua tahun yang lalu. Pada saat itu juga dia sedang menjalani rawatan bagi penyakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi. Penyanyi ini terkenal dengan lagu Hijau pada satu masa lalu. Ironinya sayuran Hijau adalah makanan bersifat alkali yang boleh menjauhkan penyakit kanser. Seniman Zainal Abidin berubat herba di Kelang dengan disiplin tinggi disamping mendapat sokongan dan perhatian keluarga yang kuat. Buah pinggang yang rosak juga telah berfungsi kembali sedangkan ubat tahan sakit NSAIDs (cth Ponstan, Ibuprofen, Ketotifen, diclofenac Sodium/Voltaren mefenamic acid, aspirin dsbnya), ubat darah tinggi seperti Captopril, Lisinopril, Enalapril dan ubat Kolesterol Lovastatin/Simvastatin boleh merosakkan buah pinggang. Namun FDA dan doktor banyak yang tutup mata, pekakkan telinga pasal hal kesan sampingan ubat. Tahukah anda sedikit saja doktor amanah yang sanggup pantau siasatan Renal Profile bagi melihat buah pinggang anda masih elok atau beransur rosak semasa anda pergi follow up rawatan kencing manis dan darah tinggi! Malangnya Seniman Zainal Abidin belum lagi bersedia berkongsi rahsia mengenai perincian rawatan yang diambilnya bagi manfaat insan lain. (Rujukan Kosmo H2 9 Mac 2012)

3.   Datin Rahmah Mahmood -  Adik Ipar kepada Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Beliau seperti dua orang kakak kembarnya (Datin Endon dan Datin Noraini) menghidapi kanser payudara. Pembedahan dilakukan bagi membuang ketulan tumor di Amerika Syarikat. Kedua-dua kakak kembar kesayangannya menghembus nafas terakhir selepas kimoterapi. Datin Rahmah Mahmood memilih herba NuvaPine A yang mengandungi bioeffective dan nekad berkeras menolak rawatan kimoterapi yang ditawarkan doktor pakar ( Rujuk Majalah Info Sihat Bil 45 Ogos 2011 ms 26-28 ).
 
4.   Professor Susumu Sekine – seorang professor Jepun menghidapi kanser lower 1/3 esophagus (Sila rujuk buku : Panjangkan Usia Pesakit Kanser – Sekine Susumu 2010 – Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur – boleh beli buku ini di SDMC PJ) .
 
5.   patoppoi.com
 
6.   mylongkang.com  
 
10.               selfprescription.blogspot.com
 
11.               onebreastbouncing.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.