Tak perlu Potong Kaki
Sekiranya anda ada kencing
manis dan tidak mahu kaki anda dipotong, ikut aja nasihat di bawah ini...
Selalunya kaki yang kena
potong disebabkan jangkitan kuman yang tidak terkawal. Dari tusukan paku atau
duri sudah cukup untuk memasukkan kuman ke dalam kaki anda. Kuman amat suka
pada gula! Justeru menjadi tanggungjawab anda untuk pastikan kadar gula dalam
darah berada pada tahap Normal iaitu dalam julat antara 4 hingga 8 mmol/L .
Sekiranya darah dalam gula
anda kurang dari 3.5 mmol/L, anda akan keletihan, menggeletar, pening dan rasa
nak pengsan. Anda akan pengsan sekiranya gula dalam darah menjangkau 2 mmol/L
atau kurang. Sekiranya kadar gula dalam
darah anda 0 mmol/L maka samalah keadaan anda seperti enjin kereta yang
kehabisan petrol iaitu enjin itu akan mati (hypoglycemia).
Sebaliknya, jika gula anda
melebihi 10 mmol/L, luka biasanya susah sembuh akibat gula berlebihan dalam
badan menyebabkan kuman berpesta dan dapat beranak pinak dalam darah anda. Jika
gula anda melebihi 20 mmol/L, populasi kuman yang semakin banyak akan membentuk
pasukan yang kuat dan merosakkan daging anda. Tulang juga rosak (osteomyelitis)
seterusnya menyebabkan risiko jangkitan badan secara 100% (septicemia). Pada
tahap ini, doktor biasanya akan menyarankan kaki dipotong kerana gagal mengawal
jangkitan kuman yang semakin galak membiak dan berpesta akibat bekalan gula
yang begitu banyak!
Oleh itu sangat penting pastikan
kadar gula berada dalam julat antara 4 hingga 8 mmol/L pada setiap masa! Untuk
kekalkan julat normal ini, tidak perlu anda dimasukkan ke wad. Pergilah beli
sebuah mesin glucometer dari farmasi bertauliah dan periksa sendiri kadar gula
dalam darah anda. Anda boleh adjust sendiri berapa banyak yang anda makan yang
akan hasilkan julat gula dalam darah antara 4 hingga 8 mmol/L. Jangan jemu
untuk periksa sendiri kadar gula dalam darah anda menggunakan glucometer.
Petua perlu diikuti:
1.
Lakukan amalan riadah untuk bakar gula
berlebihan (berjalan kaki, berlari anak, selalu berdiri, berenag, berbasikal,
yoga, senaman chee gong, tai chi dsbnya).
2.
Beli kasut yang selesa iaitu bersifat ringan,
lembut, tidak bertumit tinggi dan tidak sempit.
3.
Jangan beriadah sekiranya kaki anda luka.
Tunggu luka itu sembuh dahulu sebelum kembali beriadah.
4.
Kurangkan stress berlebihan. Cari teman untuk
luahkan perasaan anda. Amalan mengkaji tafsir Quran baik sekali untuk mendapat
rahmat dari Ilahi.
5.
Makan 6 kali sehari tetapi dalam kuantiti
yang kecil tetapi kerap. Contoh: makan 2 keping roti atau 2 keping biskut
sekali makan, selepas 3-4 jam ulang dengan semangkuk kecil nasi.
6.
Elakkan makan gula, susu atau sebarang
makanan manis.
7.
Elakkan sikap menambah makanan lagi.
8.
Elakkan sikap makan banyak 3 kali sehari.
9.
Jaga kebersihan luka anda iaitu lakukan
dressing dengan sepatutnya seperti yang dilakukan anggota di hospital atau di
klinik kerajaan.
10.
Elakkan dressing di klinik swasta kecuali
anda pasti jururawat swasta itu telah mendapat latihan yang sepatutnya setara
dengan diploma kejururawatan / penolong pegawai perubatan kerajaan serta latihan
pos basik dalam bidang berkenaan. Juga, jika anda dapat pastikan cara dressing
mereka serupa dengan cara dressing yang standad seperti di hospital atau klinik
kerajaan.
Tak perlu potong
kaki
Penyakit kencing manis adalah kunci kepada
banyak jenis penyakit lain. Antaranya termasuk barah ( kerana sel sel barah
amat menyukai persekitaran bergula tinggi ) ,
darah tinggi, angin ahmar, buta (diabetic retinopathy), dialisis darah
(diabetic nephropathy), kerosakan saraf atau otak (diabetic neuropathy) dsbnya ! Apabila doktor menyarankan anda potong kaki - sebenarnya
tidak perlu potong lagi !!! Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kaki
dipotong di kalangan pesakit kencing manis ??? Sila ikuti petua di bawah dengan
cermat dan teliti untuk elakkan kaki dari dipotong, Insyaalah !!!
1. Pastikan gula dalam darah anda berada pada
julat 3.5 hingga 7.8 mmol/L setiap masa - Bacaan gula ini adalah bacaan darah bukan
semasa anda berpuasa tetapi diambil secara rawak dan julat darahnya akan menunjukkan
bacaan sebegitu.
2. Jaga kebersihan kaki dan diri anda ke tahap
paling maksimum! Kurangkan kehadiran bakteria ke kaki anda!
3. Senaman secara tetap dan latihan pernafasan (deep
breathing) yang betul kerana ini akan menyebabkan gula dalam darah berkurangan.
4. Makan secara pengambilan sedikit tetapi kerap -
Umpamanya ambil 1 senduk nasi sahaja atau sekeping roti sahaja pada setiap
pengambilan makanan dan tidak menambah selepas itu. Pengambilan makanan diulang
sehingga 5 - 6 kali sehari bagi mengelakkan hypoglycemia! Pengambilan makanan
secara sedikit memerlukan disiplin tinggi dan paling penting ia perlukan
sokongan dan dorongan atau kata kata semangat dari ahli keluarga!!!
5. Pakai kasut senaman yang ringan, lembut dan
longgar (ergonomics) bagi mengelakkan kaki anda melecet atau tercedera semasa
berjalan. Berjalan lebih baik dari berlari bagi mengelakkan kecederaan!
Bersenam secara betul. Kunjungi dan gunakan pengetahuan pakar pakar senaman
bertaraf PhD (contoh CD senaman Dr Tajuddin HUSM) dan dietician yang banyak
terdapat di Kementerian Kesihatan bagi senaman cara betul dan selamat !!
6. Elakkan kaki anda dari tertusuk benda tajam
semasa berjalan! Lihat ke bawah semasa berjalan. Sekiranya tertusuk, ikuti saranan
petua ini dan ambil antibiotik (cloxacillin dsbnya) yang sesuai segera daripada
doktor anda!
7. Berfikiran positif dan tidak putus asa! Berdoa
kepada Allah yang Maha kuasa agar kaki anda tidak jadi dipotong!!! Petua ini
perlu diamalkan sepanjang masa bukan ketika hendak elakkan kaki dipotong sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.