Ahad, 15 April 2012

Lingzhi Ubat Kanser

Lingzhi Ubat Kanser
Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai Lingzhi, atau lebih dikenali sebagai Ganoderma lucidum. Cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini mengandungi khasiat dan rahsianya yang cukup baik dalam dunia perubatan, tetapi sayangnya makin hari dunia hanya melihat pada perubatan konvensional dari Barat. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya sendiri, insyaAllah. Cendawan secara umumnya mampu meningkatkan sistem immun seseorang. Sistem immun sangat penting sebagai pertahanan badan terhadap penyakit, yang dibawa oleh bakteria, virus dan bahan asing. Secara umumnya, Ganoderma lucidum mengandungi 4 bahan aktif yang sangat membantu dalam penyembuhan, iaitu polysaccharides, organic germanium, superoxide dismutase (SOD) dan juga triterpenes.
http://www.medscape.com/medline/abstract/15544548

Polysaccharides daripada Ganoderma lucidum berkesan dalam mengurangkan kolesterol berbahaya. Ianya mempunyai kesan immuno-modulation, mengawal sistem immune, di mana polysaccharides ini mampu mengaktifkan pembahagian (proliferation) splenic mononuclear cells (MNCs) dan penghasilan cytokines. Bahan ini didapati juga berkesan terhadap kanser.
http://www.medscape.com/medline/abstract/16169168
http://www.medscape.com/medline/abstract/16323548
http://www.medscape.com/medline/abstract/18222673
http://www.medscape.com/medline/abstract/16117607


Germanium merupakan bahan mineral yang digunakan sebagai semiconductor. Dr. Asai mendapati bahan ini terdapat di dalam tumbuhan dan mempunyai kesan yang baik dalam penyembuhan. Organic germanium mampu meningkatkan pembekalan oksigen di dalam badan. Ia melekat dengan mudah kepada hidrogen (dehydrogenate), mengurangkan keasidan darah dan oksigen akan bebas tanpa perlu melekat pada hidrogen. Kebanyakan penyakit pada badan kita secara tidak langsung adalah disebabkan kekurangan oksigen, dimana darah menjadi bersifat asid (hidrogen tinggi), kadang kala juga di katakan sebagai 'stress'. Jadi apabila pemakanan diambil dengan seimbang, dan oksigen yang mencukupi, secara tidak langsung memberi kesan penyembuhan yang baik.
http://www.organicgermanium/dr_asai_book.pdf  (rujuk muka 17 dan 19)

Bahan aktif ketiga iaitu superoxide dismutase (SOD) merupakan sejenis enzim yang bertindak sebagai antioxidant dan anti-inflammatory. Ianya meneutralkan free-radical yang secara tidak langsung bertindak dalam melambatkan proses penuaan (anti-aging). SOD terdapat pada lapisan dermis dan epidermis, dan penting dalam penghasilan fibroblast yang baik (skin-building cells).
http://www.vitaminstuff.com/superoxide-dismutase.html

Triterpenes, yang juga dikenali sebagai asid Lingzhi mempunyai aktiviti cytoxic yang bertindak sebagai agen anti-kanser. Bahan ini tidak membunuh sel-sel yang normal seperti yang di laporkan oleh Kolej Perubatan, National Taiwan Univercity. Triterpenes memanjangkan fasa G2 dalam kitaran sel dan menghentikan pembesaran sel tumor, seperti Hep G2,P-388 dan LLC (Lewis Lung Carcinoma), serta HIV-1 protease.
http://www.medscape.com/medline/abstract/11520245
http://www.medscape.com/medline/abstract/12639703
http://www.medscape.com/medline/abstract/10923835
http://www.medscape.com/medline/abstract/9810695


Berdasarkan sedikit penerangan saya di atas, dapat kita simpulkan bahawa Ganoderma lucidum (Lingzhi) mampu meningkatkan sistem immun badan, menyahtoxik, mengurangkan free-radical yang secara tidak langsung melambatkan proses penuaan. Malah, kesan yang sangat bagus iaitu sebagai agen anti-kanser.

Pembacaan saya dari sebuah buku mendapati, bidang perubatan Jepun telah mengesahkan Ganoderma positif kepada penyakit cardiovascular, darah tinggi mahupun rendah, hepatitis, sembelit, senggugut, penyakit puan, gastric ulcer dan pelbagai lagi. Kebanyakannya yang melibatkan pengaliran darah iaitu kesan hemocatharsis yang menolong organ-organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Penggunaannya yang begitu lama menunjukkan bahawa Ganoderma lucidum tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti sesetengah herba. John Chen dan Tina Chen dalam bukunya Chinese Medical Herbology and Pharmacology turut mengatakan bahawa Lingzhi mampu meningkatkan Qi dan menguatkan badan. Sesetengah orang juga menganggap Lingzhi sebagai ubat memanjangkan umur. Pengambilan yang berterusan dapat mencegah seseorang daripada penyakit berbahaya.
http://www.reishi.com/News/LingZhi.pdf

Saya dan keluarga saya juga turut mengamalkan Lingzhi ini setiap hari, malah ianya telah berkesan dikalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik mak saya, alhamdulillah. Jika kita lihat kembali, betapa besarnya ciptaan Allah, walaupun hanya cendawan yang tampak biasa di mata, tetapi kesannya sangat bermanfaat kepada manusia, tidak boleh dibandingkan dengan ciptaan manusia sendiri.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini, dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca. Marilah kita mencegah sebelum sakit, insyaAllah.

Komen: perubatan moden perlu membuka minda untuk melihat potensi herba kerana Allah telah jadikannya sebagai penawar penyakit yang bersifat alami (natural), selamat dan jimat. Dalam Quran, Allah telah bersumpah banyak kali dengan tumbuh tumbuhan yakni : Kami tumbuhkan tanah tandus dengan air… Negeri yang buruk tiada ditumpahkan air manakala negeri yang baik ditumpahkan air dan banyak pokok-pokok yang tumbuh.  Malangnya hari ini kita tidak menghargai pokok-pokok langsung. Hutan Simpan dimusnahkan atas tiket nak buat ladang kambing! Banyak sekali herba ubat musnah bersama mahkluk Allah yang kecil-kecil yang lain!! Makhluk makhluk ini berguna kepada manusia! Saintis menggelarkan mereka simbiosis atau balance ekosistem. Pemimpin pemimpin BN rakus menebang pokok bagi mendapat balak. Anak anak mereka berkereta mewah !! Apabila membuat jenayah, anak2 mereka lepas dari tindakan undang-undang kerana bapa mereka menteri!! Mereka ini jauh sekali dari mengingati mati. Tidak seperti anda yang selalu mengingati mati, anda insaf dan insyaallah di sisi Allah anda seorang yang selamat. Habis balak, ladang kambing tumbuh semak!! Apabila kamu pergi haji, kamu diperintah untuk tidak bunuh binatang atau pokok. Bahkan, mencabut daun  pokok pun dilarang… Kalau kamu ingkar arahan ini wajib kamu bayar dam!! Sebenarnya arahan ini dibuat agar manusia menghargai tumbuh-tumbuhan dan ekosistemnya! Tumbuh tumbuhan berfungsi mengeluarkan oksijen dari air dan menyerap karbon dioksida, karbon monoksida , volatile organic compound beracun penyebab kanser seperti formaldehyde, benzene, xylene dsbnya yang dikeluarkan dari asap berbagai industri. Tumbuh tumbuhan juga menahan tanah dari dihanyut air ! Permukaan tanah ada logam gadolinium yang tidak berapa bagus diminum. Sekarang tanah di Selangor dah banyak gondol akibat kerakusan pemerintah BN dahulu.. Nak buat jalan pun tanah ditarah sedangkan di Norway, Finland Perancis, Jepun dll ; bukit dan tanah tinggi tidak diusik kerana ada fungsi fungsi mereka diciptakan Allah!!! Sebaliknya jalan ditebuk terowong di bawah bukit!! Atas tanah tinggi makhluk makhluk Allah dapat hidup bergerak bebas dan meneruskan tugasan mereka dicipta!! Tapi pemimpin BN rakus dan tidak menghormati langsung ciptaan Allah ini!! Sebaliknya mereka menjual ayat Allah kononnya mereka pembela Negara!! Merekalah perosak Negara sebenarnya… Mereka yang bertanggungjawab memansuhkan tulisan jawi hingga generasi baru tidak kenal Quran. Quran dipinggirkan. Jiwa anak muda disuburkan dengan Jom Heboh, sure heboh, Akademi Fantasia dsbnya… Jiwa anak muda jadi kosong serta senang dirosakkan Iblis lalu terjadilah buang anak, jenayah dan berbagai masalah sosial!!!
Lingzhi contoh satu-satunya herba yang sungguh ajaib. Kajian moden mengesahkan betapa ia mengandungi pelbagai zat penyembuh yang boleh merawat pelbagai gejala penyakit serius seperti lumpuh, strok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, leukimia, gaut, migrain, gastrik, buasir, psoriasis, ketumbuhan dan juga kanser. Banyak kes klinikal di Jepun dan di Barat serta di Malaysia membuktikan betapa Lingzhi mampu mengecut dan menghilangkan ketumbuhan seperti tumor, cyst dan fibroid. Kaedah ini tentulah menjimatkan dan selamat berbanding cara pembedahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.