Ahad, 15 April 2012

KHASIAT MADU LEBAH

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, 'Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"
-surah An-Nahl, 16: 68-69-

Kali ini saya ingin kongsikan khasiat madu lebah yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ubat yang menyembuhkan. InsyaAllah saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang tidak seberapa ini, moga dapat ditambah oleh pembaca pada ruangan komen di bawah.

Madu telah digunakan sejak dulu lagi, dan mempunyai warna yang berbeza-beza seperti yang diceritakan pada ayat di atas. Proses bagaimana lebah menghasilkan sarangnya, madunya, begitu unik sekali jika kita mengkajinya, menunjukkan betapa besarnya ciptaan Tuhan. Harun Yahya dalam bukunya The Miracles of Honeybee menceritakan keajaiban ini, kawan-kawan boleh download dan membacanya.
Madu cukup dikenali sebagai bahan pemanis yang semulajadi, malah kajian mendapati, madu juga berfungsi sebagai bahan antimicrob dan antioxidant. InsyaAllah saya akan kupaskan sedikit sebanyak khasiatnya.

Madu terdiri dari 3 jenis gula, dextrose (34%), sucrose (2%) dan levulos/fructose (40%). 17% daripada madu adalah air, 7 peratus lagi terdiri daripada iron, sodium, sulphur, magnesium, phosphorus, pollen, manganese, calcium, gluconic acid dan pelbagai lagi. 7 peratus inilah yang membezakan kualiti dan warna sesuatu madu. Komposisi penuhnya boleh dilihat di laman web ini, http://www.honey-well.com/composit.html

Satu simposium antarabangsa membincangkan khasiat madu telah diadakan pada 8 Januari 2008 di Sacramento, CA. Salah satunya kelebihan komposisi 1:1 fructose dan glucose dalam madu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit kencing manis. Dr Baer mengatakan bahawa madu menunjukkan peningkatan dalam glucoregulatory control berbanding sumber karbohidrat lain. Antioxidant didalamnya juga berfungsi mengurangkan oxidative stress yang menyebabkan kencing manis.
Symposium Report
World's Heathiest Food


Mike McInner pada simposium itu juga membentangkan hasil kajiannya, bahawa nisbah fructose dan glucose itu juga merangsang enzim untuk menukarkan glucose kepada glycogen. Glycogen yang cukup dapat membuatkan otak dalam keadaan rehat ketika tidur malam dan tidak mengeluarkan hormon stress seperti cortisol. Cortisol yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit kardiovascular dan kanser.

Jessica Beiler dari bahagian Pediatric, Pennsylvania State College of Medicine turut membentangkan kajiannya iaitu penggunaan madu dalam mengatasi batuk pada kanak-kanak yang menghidap upper respiratory infection. 3 kumpulan, pertama diberi madu, kedua diberi dextromethorphan (DM) dan ketiga tidak diberi sebarang ubat, menunjukkan kesan yang sangat baik pada kumpulan yang diberi madu berbanding DM. Malah, kesan madu tersebut juga menunjukkan kanak-kanak tersebut lebih mudah untuk tidur selepas diberi madu.
http://www.medscape.com/viewarticle/572748

Universiti Waikato, New Zealand sebelum ini telah mengkaji kesan madu sebagai agen antimicrob. Salah satu ciri pada madu sebagai agen antimicrob yang baik ialah kesan osmotiknya, dengan kandungan gula yang tinggi dan kandungan air yang rendah menyukarkan microorganisme untuk hidup. Sifat keasidan madu yang terdiri dari glucoronic acid juga membantutkan pertumbuhan sesetengah pathogen. Kesan antibacterial didapati majoritinya disebabkan kandungan hidrogen peroxide didalam madu. Ketiga-tiga sifat ini menyebabkan madu sangat sesuai disapukan pada bahagian luka atau jahitan, mengubati gastric ulcer dan kesannya mempercepatkan penyembuhan tersebut sangat menakjubkan para pengkaji.


Honey as Antimicrobial Agent
Jika dilihat pada laporan simposium, wakil Universiti Waikato, Dr Nikola Starkey turut membentangkan kesan madu pada peningkatan berat, memori dan kelakuan tikus. Hasilnya mendapati madu mengurangkan peningkatan berat dan lemak, mengurangkan anxiety, kesan memori yang baik, peningkatan kolesterol HDL, kandungan gula (HA1c) yang baik dan mengurangkan kerosakan oxidatif. Kesan-kesan tersebut disebabkan madu mempunyai glycemic index (GI) yang rendah, antioxida, dan insulin mimetic effect oleh hidrogen peroxide di dalamnya. Kesimpulannya madu adalah pengganti terbaik kepada sucrose untuk mereka yang tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan pesakit kardiovascular.

Dr Jamal Zidon dari Israel membentangkan hasil kajiannya yang mendapati madu dapat mengurangkan insiden acute febrile neutropenia (AFN) dalam 64% pesakinya. Madu juga mengurangkan keperluan Colony Stimulating Factor (CSF) dalam 60% pesakitnya. Madu lebah memainkan peranan dalam meningkatkan neutrophil dan mengurangkan thrombocytopenia, memastikan kandungan hemoglobin lebih dari 11gm/dl.
Daripada simposium tersebut, Dr Fessenden membuat kesimpulan bahawa madu mampu mengurangkan kandungan glucose, gula HA1c dan triglyceride(lemak) dalam darah, meningkatkan kolesterol HDL, merangsang sistem immun, dan mengurangkan batuk dalam pesakit upper respiratory infection. Kesan antimicrobnya sangat bagus dan kosnya yang rendah. Antioxidan, mineral dan kesan bio-aktifnya yang mampu mengurangkan oxidative stress pada manusia.

Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Al-Quran, maka benarlah madu itu berfaedah sebagai ubat kepada manusia. Dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubat yang juga diturunkanNya."

Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam yang belum diterokai, diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Agung. Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, setiapnya ada rahsia tersendiri. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat bermanfaat kepada para pembaca, insyaAllah.






 
Tobias Olofsson dan Alejandra Vásquez, para peneliti di Department of Medical Microbiology di Universitas Lund di Swedia, telah menemukan pentingnya sekelompok bakteria yang disebut bakteria asam laktat (lactic acid bacteria / LAB),dinamakan demikian karena mereka menghasilkan asam laktat sebagai produk utama sekaligus produk akhir mereka.


Lactic acid bacteria memberikan kontribusi bagi kesehatan lebah itu sendiri dan menghasilkan efek penyembuhan dari madu.


“Kami telah menemukannya. Madu sebenarnya mengandungi jutaan lactic acid bacteria menguntungkan yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Bakteria-bakteria tersebut hidup simbiosis dengan lebah madu dalam perut madu lebah lebah.


“Bakteria – bakteria tersebut digunakan oleh lebah madu untuk melindungi nektar (sari bunga) yang menjadi madu. Selain itu, lactic acid bacteria juga digunakan untuk melindungi diri dan larva mereka dari penyakit. Ini adalah bagian terbesar dari sistem kekebalan tubuh lebah madu,” kata Olofsson.


Madu segar liar telah digunakan selama ribuan tahun oleh berbagai budaya karena manfaat kesehatannya dan sebagai agen penyembuhan. Misalnya digunakan sebagai obat untuk sakit tenggorok dan penyembuhan luka.


Olofsson percaya lactic acid bacteria dapat digunakan sebagai alternatif antibiotik alami, tidak hanya untuk lebah tetapi juga untuk manusia.

Sejak 1970-an, para ilmuwan telah menemukan bahwa bilangan komunitas lebah madu telah menurun di seluruh dunia. Mereka menyebut fenomena ini sebagai “gangguan keruntuhan koloni”.


Dalam beberapa tahun terakhir mereka telah mengamati peningkatan drastik di seluruh dunia, dan para ilmuwan memiliki pendapat yang berbeza. Olofsson percaya bahwa peternak lebahlah yang bertanggung jawab menyebabkan situasi ini.


“Penternak lebah ingin meningkatkan pengeluaran madu. Para penternak lebah memiliki antara 50 sampai 100000 sarang lebah di Amerika Serikat, dan mereka ingin mendapatkan lebih banyak uang dari bisnis madu. Kesemua keruntuhan ini berpunca dari wang dimana manusia rakus mencari duniawi !!!


“Bagi meningkatkan penghasilan madu, para penternak lebah yang tamak haloba telah memberi makanan sintetis kimia yang bukan semulajadi kepada lebah sepanjang waktu, dan para penternak lebah yang tamak haloba memberi lebah lebah mereka antibiotik tiga atau empat kali setahun.


Apabila lebah lebah diberi makan antibiotik, antibiotik akan membunuh bakteria semulajadi iaitu  lactic acid bacteria!! Justeru itu, madu mereka tidak berisi dengan bakteria yg hidup secara semulajadi yg berfaedah kepada tubuh manusia iaitu lactic acid bacteria yang biasa terdapat dalam tembolok madu lebah, bagian khusus dari tubuh serangga lebah yang digunakan untuk memproduksi madu → Vásquez dan Olofsson menulis dalam sebuah artikel diterbitkan diMicrobiology Today.


Oleh itu, satu-satunya cara terbaik untuk mendapatkan madu yang mengandungi lactic acid bacteria yang sehat adalah dengan mengumpulkan madu dari punca alam liar, atau mendapatkan madu segar langsung dari penternak lebah yang boleh dipercayai iaitu mereka tidak menggunakan antibiotik dan tidak juga memberi makan nektar kimia sintetik kepada lebah lebah mereka !!! (Cecilia Svesson / NTD Televisi / jls)

 






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.