Demam itu ialah penyakit yang
menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang
tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya
dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Sebuah hadith yang diriwayatkan
daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : “Demam
berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan
air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam
hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu
alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari
itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat
Muslim).
Dalam kitab Umdah Al-Qari
menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah
secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri
orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil
iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi
pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa
apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan
antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada
diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh
Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai
perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api
neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud “mendinginkannya dengan
air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat
mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Memang tidak dinafikan bahawa ada
setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah
perbuatan ini diharuskan dalam agama? Sebenarnya kita tidak dilarang untuk
mengadu kesakitan kita kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dan pada masa sama memohon Allah meringankan atau
menyembuhkan kita. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh kepada orang lain
sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan
pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka. Diriwayatkan
bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka
menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala
dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang
Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan dengan larangan
mengeluhkan kesakitan itu ialah mengeluhkannya bersama dengan merasa jemu, kesal, kecewa, putus-asa,
menyumpah-nyumpah serta benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika
seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka
dapat mendoakannya sembuh, maka hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan.
Al-Quran ada menceritakan tentang
kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara
penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit kulit. Penyakit kulit ini
sangat hebat. Penyakit kulit ini melibatkan luka-luka dan daging terkoyak. Keluar
dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai
yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka halaukan
Nabi Ayyub dari tempat tinggalnya ke tempat terpencil kerana takut berjangkit
kepada mereka. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang sanggup setia merawatnya.
Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang
menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang
dilakukannya ialah meminta tolong serta memohon rahmat daripada Allah agar
menolongnya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub di dalam Al-Quran :
21:83 “Ingatlah akan Ayyub, ketika dia menyeru
Tuhannya: Sesungguhnya aku telah ditimpa kemelaratan, sedang Engkau lebih
pengasih daripada segala yang pengasih”.
7:151 "Musa berkata, Ya Tuhanku
ampunilah aku dan saudaraku dan
masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, dan Engkaulah sepenyayang yang penyayang,"
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat
yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya
budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Di sini
menggambarkan bahawa penyakit itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi
Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat
tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi
dengan kata-kata yang memuji Allah dengan nama Allah yang baik-baik iaitu Mahapengasih
lagi Mahapenyayang: “Sedang Engkau lebih pengasih daripada segala yang pengasih”
.
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub
mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata
kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa pun yang
pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah
lagi mempertikai atau menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma
memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita
ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub
telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
bendanya punah-ranah, anak-anaknya mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Selaku seorang muslim yang beriman,
sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang
yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat
mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang
berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada
sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya
: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah
Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda: “Apa halnya engkau wahai
Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil? Dia menjawab: “Demam, semoga Allah
tidak memberikan berkat kepadanya”. Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau
memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia)
sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua yang
datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau
berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
Sebenarnya larangan mencaci maki
demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan
ingati. Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir
Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama.
Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang
itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jadi, ditimpa penyakit itu
adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang
lain, ia akan memantapkan keimanan.
“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam
yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta
diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh
Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan
berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.