Para penyelidik dan
pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang
terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan
pramasa. Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan
toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet
dan rawatan lain yang menyusahkan.
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah ? tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia ?masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.
Ia adalah hampir
mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka
berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga
dalam buah-buahan dan sayur-sayuran , bahan kimia dan logam berat dalam ikan
dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam,
itik, kambing dan daging. Dalam air minuman kita klorin, florin, logam berat
seperti plumbum, raksa, chromium, gadolinium, radioaktif dsbnya.. bahan kimia, bacteria dan parasit dari sumber
air yang tercemar dan paip air yang lama. Paip air juga diperbuat daripada
plumbum dan asbestos!!! Dalam udara yang
kita sedut, bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan,
asap rokok, serta asap dari pembakaran terbuka ATAU pembakaran plastik dan
hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa
metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Usus adalah bahagian
badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan
memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau
dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan
badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Semasa proses
penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan
bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan
daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada
sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya
menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang
betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan
tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa
serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai toksin usus. Jika
badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang
masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan
membenarkan penyakit berjangkit. Toksin usus adalah faktor utama di mana
makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika
organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal
berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan
kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam
usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri.
Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap
toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ
badan.Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah: cirit
birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit
yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau
serta kelihatan murung.
Pemakanan
- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman organik seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).
PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DARIPADA RAWATAN
Mengapakah manusia jatuh sakit?
Sebab utama ialah sistem
imun dalam tubuh badan manusia sudah jadi lemah akibat pengambilan makanan yang
tidak betul tidak bersenam, stres dsbnya. Pergantungan berlebihan ke atas
antibiotik telah menyebabkan kemerosotan sistem imun manusia. Penyerapan TOKSIN
boleh berlaku melalui sistem pernafasan, resapan rongga roma atau kulit.
Pencemaran berlaku daripada gas beracun, kimia buangan, sisa-sisa bahan kimia
pertanian dan logam-logam berat. Bahan-bahan merbahaya ini dibawa oleh darah
serta disimpan di dalam berbagai organ, sel lemak, tulang dan tisu. Oleh kerana
TOKSIN-TOKSIN ini tidak menyebabkan bahaya serta merta yang menjejaskan nyawa,
ramai daripada kita biasanya mengabaikan kesan-kesan jangkapanjang! Selepas
jangkamasa panjang, perubahan-perubahan serius akan wujud dalam tubuh badan seperti
kerosakan DNA, anaplasia, mutasi sel, penyakit-penyakit kardio-vaskular,
kegagalan buah pinggang atau hati, ketidak seimbangan sistem saraf dan hormon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.