Ahad, 22 April 2012

Saya




Saya minat mengkaji tumbuh-tumbuhan kerana Allah banyak kali bersumpah dengan pokok-pokok yakni tumbuh-tumbuhan di dalam Al Quran. Mengapakah Allah bersumpah dengan nama pokok-pokok tumbuh-tumbuhan yang berbagai spesis ini? Mesti ada rahsia tersembunyi kerana Allah menyuruh manusia berfikir ( Iaitu manusia disaran Allah agar bersungguh-sungguh mengkaji rahsia di sebaliknya serta tidak lupa banyak-banyak bersyukur dengan nikmat yang diturunkan Allah - Malangnya amat sedikit universiti khususnya pakar bioteknoloji yang mengkajinya).

Buku-buku mengenai khasiat ubat-ubatan herba kepada manusia sebenarnya ada banyak tetapi amat susah didapati di kedai-kedai buku MPH, Popular book store dsbnya. Ini disebabkan setiap perbadanan mempunyai kedai buku mereka sendiri dan buku-buku ini hanya dijual di kedai kedai mereka sahaja: Umpamanya:

1.   Mardi - Kedai Buku Mardi di Serdang.
2.   UPM - Kedai Buku UPM di Serdang.
3.   FRIM - Kedai Buku Institut Kajian Hutan Malaysia di Sungai Buloh.
4.   Jabatan Hutan - Dekat bangunan Parlimen, W.P. Kuala Lumpur
5.   Majalah mengenai ubatan herba juga sudah pupus ditelan masa...

Universiti dan pakar bioteknoloji tiada kepentingan bagi menjaja hasil kajian mereka kepada doktor doktor perubatan !! Justeru, anda lihat sedikit saja ubat-ubatan herba yang dijual oleh doktor atau farmasi. Hanya negara Jerman, China dan India yang mementingkan perubatan herba! Ubat berasaskan tumbuh-tumbuhan amat sedikit di dunia perubatan iaitu seperti Kuinin dan Penicillin!! 99% pakar pakar perubatan pula lebih berminat menggunakan ubat-ubatan bukan berasaskan herba mahupun yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kebanyakkan  pakar-pakar atau doktor perubatan sebenarnya terpengarauh oleh pujuk rayu Syarikat Farmasi Gergasi yang pandai memujuk rayu melalui sales representatives yang jelita lagi berpakaian seksi menjaja ubat kepada mereka! Sebenarnya ubat-ubat syarikat farmasi gergasi berasaskan kimia dan selalunya ubat berasaskan kimia mesti ada kesan sampingan ( Adverse reaction / side effect ) kepada organ-organ sensitif seperti buah pinggang, hati, sistem saraf, pancaindera dsbnya. Justeru lain kali, bila anda mendapat bekalan ubat, jangan sesekali anda lupa bertanyakan kesan sampingan ubat daripada doktor anda atau dispenser yang memberikan ubat. Tangungjawab mereka memberitahu kesan sampingan ubat-ubatan ini kepada anda!! Selalunya tangungjawab memberitahu kesan sampingan ubat-ubatan ini diabaikan kerana mereka mahu menjimatkan masa! Matlamat utama syarikat farmasi gergasi pula adalah supaya dapat mematenkan produk mereka bagi tujuan perniagaan iaitu mendapat seberapa banyak keuntungan. Demikian jugalah doktor-doktor atau pegawai farmasi yang berhijrah ke sektor swasta masing masingnya menyemat satu matlamat yang sama iaitu MENDAPAT SEBERAPA BANYAK WANG YANG MEREKA BOLEH!!! Jika ada dibuat kajian bioteknoloji di universiti pun, hasil kajian tidak dihebahkan untuk manfaat umum, sebaliknya ada copyright yang perlu dibayar jika kita menghendakinya! Allah tidak pernah sama sekali mengadakan copyright terhadap air, tanah, udara, logam, petrol, berbagai pancaindera manusia dan berbagai bagai nikmat dan kesenangan lagi .. semuanya diberi percuma kepada manusia tanpa terhitung tetapi sedikit sangat antara kita yang berterimakasih kepada Allah yang Maha pemurah lagi Mahabijaksana menciptakan berbagai nikmat-nikmat ini untuk faedah manusia ).

Saya memohon berbanyak maaf kerana saya bukanlah orang yang bertauliah untuk memberi rawatan kepada sesiapa. Kandungan dalam laman ini juga ada yang diambil dari pihak lain seperti link pada permulaan atau di akhir artikel. Tujuan laman adalah untuk berkongsi-kongsi kaedah bagi meringankan penderitaan pesakit kanser dari pengalaman atau pengetahuan orang lain. Pesakit kanser dan ahli keluarga pesakit kanser kena bekerja kuat dan tidak putus asa dalam mencari penawar atau sekurang-kurangnya meringankan beban derita pesakit kanser. Sumber info yang saudara cari haruslah dari sumber yang boleh dipercayai atau sumber yang tidak mengutamakan wang ringgit! Antara blog yang boleh tuan ikuti sila SILA KLIK DI SINI Segala kesalahan dan kekurangan dalam blog ini saya pohon maaf sekali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.