Cuti Tibi, Barah dan Kusta
Rujukan :
Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
Tujuan :
Diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.
Syarat :
i)Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain lain penyakit yang setaraf dengannya.
ii)Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.
Kadar :
i)Pegawai yang menghidap penyakit barah atau kusta – tidak melebihi 24 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
ii)Pegawai yang menghidap penyakit tibi – tidak melebihi 12 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
iii) Kemudahan (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
iv) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii), pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang masih berkelayakkan.
v) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah setelah tamatnya cuti di (i), (ii) dan (iv).
vi) Setelah menghabiskan semua cuti di (i), (ii), (iv) dan (v) tiada apa apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua Setiausaha Kementerian setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Ketua Setiausaha Kementerian boleh menimbang apa apa cuti tambahan samaada bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam.
Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992.
Cuti Tibi, Barah dan Kusta
Rujukan : Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Syarat dan Kadar :
Syarat :
A) JKK
a) cuti sakit yang tidak melebihi 12 bulan dengan tidak mengira cuti sakit yang telah diambil kerana lain-lain penyakit;
b) semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat pada tarikh cuti sakitnya bermula;
c) cuti separuh gaji tidak melebihi 6 bulan, tidak kira sama ada pegawai itu berkelayakan atau tidak di bawah Perintah Am 13; dan
d) cuti tanpa gaji tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b).
B) SSB/SSM
Kemudahan mengenai cuti sakit ini seperti Perintah Am 31 (a) dan (b) Bab ‘C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain;
b) kemudahan (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan;
c) setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang masih berkelayakan;
d) cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (a) hingga (c); dan
e) setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
Kadar :
Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuatkuasa : 1 Januari 1992
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.