Khamis, 15 Disember 2011

Membarah Dalam Masyarakat : Doktor Seleweng

 
Membarah Dalam Masyarakat : Doktor Seleweng
 
Di zaman manusia rakus sekarang, berbagai bagai perkara yang anda fikir tak munasabah terjadi pun boleh terjadi. Inilah zaman manusia rakus apabila wang ringgit menjadi tuhan, manusia takut mati, melebihkan dunia daripada akhirat yang abadi.
 
Ada satu cerita sebuah klinik swasta di XXXXX. Diceritakan kepada saya doktornya menjawab dengan kasar kepada seorang pakcik… Perbualan lebih kurangnya… Pakcik itu meminta ubat tahan sakit dari seorang doktor muda yang membuat locum di klinik itu. Apabila ditanya pakcik tu kenapa Doktor Muda Melayu ini keberatan memberinya ubat, lalu doktor muda itu menjawab…. Nah pakcik, pakcik makanlah ubat ini sampai pakcik mati! Terkedu orang tua tu…Ha. Ha. ha… kita ditertawakan oleh orang yang ingin melihat kita hancur iaitu bangsa Yahudi. Inilah jadinya apabila orang Melayu berpaling dari agama, dan hanya mendombakan ilmu hanya untuk kepentingan dunia…
 
Ada juga ceritanya begini: seorang doktor lokum yang tak memeriksa langsung pesakitnya tetapi sekadar bertanya apa sakit sambil membaca suratkhabar. Selepas diberitahu oleh kawan saya anaknya sakit demam batuk selsema, lalu doktor puaka ini menuliskan dalam bukunya lalu menyuruh kawan saya beredar keluar… Tak periksa pun… Kerja tak nak tapi duit locum nak pulak….
 
Ada juga cerita yang begini ( Diceritakan sendiri kepada saya dari kawan saya seorang  doktor berjiwa bersih lagi penyayang dari pengalaman beliau membuat lokum di klinik swasta serata negara ): Untuk menjimatkan perbelanjaan klinik swasta, langkah-langkah berikut boleh dipraktikkan kerana anda sebagai pesakit bukannya tahu apa pong yang berlaku di dalam klinik swasta itu….. He he heh….
 
  1. Suhu bilik peti sejuk tidak dikekalkan antara 2ºC – 4ºC lalu menyebabkan vaksin DPT Hib, meningococcal, tetanus, typhim dan lain2 jenis vaksin rosak.
    1. Staf Klinik suka membuka tutup peti sejuk bagi menyimpan air minuman atau makanan mereka.
  2. Menggunakan semula benang jahit selepas menjahit luka mangsa kemalangan. Apabila hanya satu atau tiga jahitan dipakai, benang yang masih tinggal masih panjang. Menjadi kerugian jika benang ini dibuang lalu ia dipakai semula walaupun telah menyalahi etika kedoktoran. ( Benang = Cat Gut atau rayon atau silk suture ).
  3. Menggunakan semula sarung tangan.
    1. Sarung tangan digunakan bagi meletakkan alat perancang Copper T ke dalam Rahim. Sepasang sarung tangan berharga RM2.50 dan rugi kalau menggunakan sarung tangan baharu.
  4. Ubat yang telah luput tarikh jika masih tidak berlengas, masih kering, masih handsome, mantap dan tegap masih boleh digunakan…. Agak2nya kalau pada anak dia sendiri dia tak nak bagi tetapi kepada anak anda, selamba je doktor ni bagi ubat dah luput tarikh. Yang memantau perkara ini adalah unit Kawalan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi selalunya hanya ada 2 anggota saja kat Jabatan Kesihatan Negeri untuk pantau ribuan klinik swasta dalam negeri…. Mana boleh cope beb..
  5. Tidak menggunakan autoclave bagi mensteril peralatan. Penggunaan periuk dandang berketekanan tinggi memerlukan belanja letrik yang besar. Jadi memadailah sahaja dengan merenjis air di bawah laluan air bagi peralatan meletakkan copper T dalam Rahim, peralatan pergigian atau peralatan berkhatan kanak kanak.
  6. Tidak menukar jarum bagi mencucuk jari semasa ujian rawak gula ( Random Blood Sugar ) – ini mendedahkan pesakit kepada penyakit HIV AIDS dan Hepatitis B !!!
  7. Menggunakan semula syringe selepas mencucuk ponggong orang – Syringe yang telah mencucuk ponggong pesakit lain ditanggalkan dan syringe ini boleh digunakan semula sebagai penyukat ubat bayi kecil. Ia dilakukan oleh staf doktor dan staf ini mendakwa beliau telah banyak kali terkena tusukan jarum akibat diarahkan mebuka jarum dari syringe yang banyak ….
  8. Mempraktikkan pengguguran haram -  lagi singkat usia kandungan lebih mudah melakukan pengguguran… duit pun mantap iaitu paling murah pun RM 400 sekali gugur.
  9. Dulu ada dalam suratkahabar keluar alkisah SPM Gred 4 Aliran Sastera pun boleh jadi doktor…. Kebenaran hal ini boleh anda ketahui sendiri jika anda pergi ke Parcel E1, Aras 1, jumpa kerani bahagian Lesen Amalan Tahunan Pengamal Perubatan, tanya je kerani yang jaga tu bahawa kelulusan kerani tu jauh lebih baik dari kelulusan Doktor yang diberi lesen Pengamal Perubatan!
  10. Ada juga kes pemilik klinik swasta yang menggaji pembantu perubatan membuat lokum!
Nah sekarang kita telah perhatikan serta dapat membuktikan betapa manusia boleh tewas oleh duit atau mengejar dunia…
 
Nota: Berhati hati ketika anda pergi ke doktor swasta… Kepada doktor doktor yang tidak termasuk dalam kategori diceritakan diatas, jangan ambil hati, sebaliknya tahniah atas anda kerana beretika, amanah, berlaku lurus semasa menjalankan tugas. Semoga anda dirahmati Allah dan mendapat rezeki yang Halal.




JOHOR BAHRU: Bermodalkan kata-kata manis dan statusnya sebagai doktor di sebuah klinik swasta, seorang lelaki berusia 44 tahun bukan saja bijak memikat wanita untuk dijadikan isteri, malah mengikis wang teman hidupnya itu. Bagaimanapun, tembelang sebenar terbongkar apabila isterinya hidup menderita selepas lelaki terbabit mula mengikis wang serta sanggup menjadikan isteri sebagai penjamin untuk memohon pinjaman bank sebelum akhirnya menceraikan dan meninggalkan wanita berkenaan menanggung hutang dengan institusi perbankan. Bekas isteri pertama lelaki itu, Nora Ahmad, 42, ketika mendedahkan masalahnya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, di sini, semalam berkata, suaminya pernah mempunyai empat isteri wanita tempatan pada satu masa, tetapi tiga daripada mereka diceraikan sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama isteri keempat.
Jururawat klinik swasta itu berkata, bekas suaminya itu meninggalkan beban hutang kepadanya apabila secara menipu menggunakan tandatangannya ketika memohon pinjaman di sebuah institusi perbankan tanpa pengetahuannya. Menurutnya, akibatnya, dia kini berdepan risiko diisytihar muflis menyebabkannya bingung memikirkan nasib apabila saban hari diburu institusi perbankan yang menuntutnya menjelaskan hutang RM58,000.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.