Daripada pokok-pokok palma yang tumbuh di muara Amazon di
utara Brazil didatangkan berri acai yang mengandungi antioksidan antosianin
(pejuang radikal bebas) yang sangat tinggi. Radikal bebas adalah molekul
tanpa pasangan elektron, ia sentiasa mencari pasangannya di molekul
dalam badan kita, menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindak
balas yang memudaratkan, yang boleh menyebabkan penyakit kanser dan jantung,
menyebabkan kita sakit, menjadikan kita lebih tua dari umur, dan menyebabkan
kematian. Acai (disebut ah-sa-ee) digunakan untuk penjagaan kesihatan secara
tradisional sejak berzaman di Brazil. Antioksidan acai bertindak seperti
peluru berpandu mencari dan memusnahkan stres oksidatif yang disebabkan oleh
radikal bebas. Sejak Dr. Perricone
memperkenalkan berri acai sebagai makanan antioksidan nombor satu dunia di
dalam rancangan TV Oprah di mana Oprah sendiri menyebut
bahawa berri acai adalah sebahagian dari dietnya, populariti berri acai
telah meledak. Berri acai disyorkan oleh ramai pakar pemakanan kerana fungsi
antioksidannya melebihi lain-lain makanan yang tinggi dengan antioksidan
seperti berri biru dan anggur merah. Diet yang kaya dengan berri acai akan
menjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan dan kecergasan. Berri
acai mempunyai apa yang tubuh perlukan:
· Antosianin (10-30 kali lebih daripada
anggur merah)
· Asid lemak (Omega 6S, Omega 9S
· Asid amino
· Mineral sekumin
· Phytosterols (diketahui mengekalkan tahap
kolesterol plasma darah yang sihat)
|
|
Berri acai juga dikatakan mempunyai banyak
faedah lain seperti meningkatkan penghadaman, pembersihan dan detoksifikasi
badan, meningkatkan imuniti tubuh, menyokong kesihatan kardiovaskular,
meningkatkan kejelasan mental, meningkatkan penglihatan, mengurangkan insomnia,
dan melambatkan proses penuaan. Makanan tambahan/suplement berri acai terdapat
di pasaran dalam bentuk kapsul, tepung, puri atau jus (seperti RioVida dan Monavie). Ia berharga antara RM140 hingga RM280
sebulan bergantung kepada dos.
Kelebihan:
Kelebihan:
· Penyelidikan saintifik
menyokong dakwaan kesan baik beri acai ke atas kesihatan individu
· Kandungan
antioksidan yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang sering
dikaitkan dengan penuaan seperti penyakit kardiovaskular dan kanser
· Antioksidan
adalah baik bagi mereka yang aktif kerana ia meneutralkan radikal bebas yang
dihasilkan semasa bersenam
Keburukan:
Keburukan:
· Terdapat
banyak laporan penipuan berkaitan dengan penjualan produk berri acai yang
berkualiti rendah
· Harga agak
mahal bagi kebanyakan orang
Berri acai mempunyai beberapa faedah nutrisi yang penting. Bagaimanapun dengan mengambil pelbagai buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang tinggi kandungan antioksidan, ada kemungkinan untuk mendapat faedah yang serupa. Makanan tambahan yang mengandungi berri acai seperti RioVida boleh menyokong kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Sekiranya anda memilih untuk mencuba berri acai, adalah disyorkan untuk mencari sumber yang berkualiti tinggi dan mempunyai reputasi baik.
Berri acai mempunyai beberapa faedah nutrisi yang penting. Bagaimanapun dengan mengambil pelbagai buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang tinggi kandungan antioksidan, ada kemungkinan untuk mendapat faedah yang serupa. Makanan tambahan yang mengandungi berri acai seperti RioVida boleh menyokong kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Sekiranya anda memilih untuk mencuba berri acai, adalah disyorkan untuk mencari sumber yang berkualiti tinggi dan mempunyai reputasi baik.
Komen:
Sebenarnya
Malaysia kaya dengan berbagai beri buah tropika. Senduduk biasa berinya
berwarna ungu. Senduduk putih berinya berwarna merah muda bila masak; Keduanya
jadi makanan kegemaran burung. Dan hanya burung yang mendapat khasiat
kebaikannya. Sedangkan pokok kari juga mempunyai beri berwarna hitam. Apa yang kurang
di Malaysia adalah tiada kajian terperinci bagi mengkaji khasiat yang ujud pada
buah beri tempatan ini. Kemungkinan besar ia lebih berkhasiat daripada acai
beri Brazil!!!
Amerika pernah mengharamkan goji beri dari China akibat paras racun serangga yang berlebihan!!!
BalasPadam