Vaksin Merosakkan otak anda
Akbar
Metro 1 Januari 2012, Ruangan Ekspresi D2 menyatakan terdapat bukti baru
mengaitkan vaksin dengan kerosakan saraf dan otak (Neurologi). Terdapat bukti
saintifik menyatakan hubungkait penyakit Alzheimer dengan penggunaan vaksin!
Penerangan
lanjut adalah, lama kelamaan, bahan pengawet yang digunakan dalam vaksin boleh
merosakkan sistem saraf anda termasuk otak. Kesan-kesan apabila sistem saraf
rosak seperti tangan menggigil yakni susah mengenakan butang baju sendiri
contohnya Penyakit Parkinsonism.
Sudah
tentu syarikat pengeluar vaksin mengatakan vaksin keluaran syarikat mereka
selamat digunakan pada manusia. Apa yang dikesalkan adalah dalam usia semuda
satu hari, bayi kecil telah diberi suntikan pelalian Hepatitis B. Lagi sebulan
booster dos Hepatitis B. Lagi 6 bulan disuntik booster dos ketiga Hepatitis B. Setiap 5 tahun perlu disuntik pula booster dos
Hepatitis B. Doktor dan jururawat langsung tidak menceritakan kepada anda kesan
kesan sampingan yang boleh berlaku akibat suntikan ini. Sebaliknya, anda akan
dimarah jika lewat menyuntik bayi anda tidak mengikut jadual yang diberikan
mereka. Peliknya, mereka keberatan menyuntik anak-anak mereka sendiri kerana
mereka sedia maklum tentang keujudan herd
immunity. Sebenarnya, badan anda mempunyai kekuatan tersendiri dalam
melawan penyakit. Organ limpa, appendiks, tonsil, adenoids, sum sum tulang
semuanya mengeluarkan sel darah putih atau sel sel yang diperlukan bagi
menguatkan sistem pertahanan badan anda.
Meningkatkan
sistem pertahanan badan adalah cara terbijak dan paling selamat dalam menentang
penyakit. Penggunaan ubat-ubatan moden adalah berasaskan olahan bahan kimia dan
dalam penggunaan dos tinggi yang berpanjangan, ubat ubatan moden boleh merosak
serta membahayakan badan. Justeru, elakkan meminta antibiotik dari doktor anda.
Biar doktor anda yang menentukan samada
penyakit anda perlu makan antibiotik atau tidak. Menjadi cita cita syarikat
pengeluar ubat bahawa ubat mereka berkesan kerana perniagaan ubat yang
dipatenkan sangat menguntungkan berbanding penggunaan ubat herba semulajadi
yang jauh lebih selamat serta kurang kesan sampingan. Oleh itu, penggunaan ubat
herba tidak mendapat tempat di kalangan pengamal perubatan!!! Penduduk Negara
Jerman harus dipuji kerana mereka lebih arif serta mementingkan tahap
keselamatan ubat mereka. Banyak ubat herba dihasil serta diguna pakai di Negara
Jerman.
Peningkatan
daya melawan penyakit boleh dibentuk dengan pemakanan sihat dan senaman secara
tetap. Juga tidak memakan atau bernafas udara dari benda benda tercemar dengan
logam berat atau ternoda dengan pelarut organik. Juga tahap imuniti dapat
ditingkat dengan memakan minyak kelapa dara, madu lebah dan meminum jus jus
buahan atau sayuran setiap hari serta meningggalkan trans-fat atau lemak tepu
rantaian panjang. Anda boleh merujuk
pada:
1. Lim
Hin Fui PhD: Makanan sihat sebagai ubat.
2. Zulkafli
b Daud, Abd Malik b Abd Shukor PhD – Minyak Kelapa Dara – Sumber Makanan Sejati
Ramuan Ubat Semulajadi.
3. Zulkafli
b Daud aFQR – Apa dan Kenapa, Minyak Kelapa Dara.
4. Dr
Titi Sekarindah, MS, Sp GK; Hartin Rozaline - Terapi Jus Buah dan Sayur; 201
Jus Sihat mencegah dan mengubati penyakit.
5. Dr
R A Nainggolan , Nor Wahida – Sihat Semulajadi, Terapi Jus ; Cara Semulajadi
mengatasi penyakit.
6. Musa
Yaacob, Azimah Abd Kadir, Zaharah Hassan - Tumbuhan Ubatan popular Malaysia (Mardi).
7. S
Vimala, Mohd Ilham Adenan, Abdull Rashih Ahmad, Rohana Shahdan - Nature’s
Choice to wellness antioxidant Vegetables / Ulam (Frim).
8. Steve
Meyerowitz : Juice Fasting & Detoxification – Use the Healing Power of
Fresh Juice to Feel Young and Look great, The Fastest way to restore your
health.
9. Allan
Borushek’s New Diet Manual
10. Jean
Carper : The Food Pharmacy – Dramatic New Evidence that Food is your best
Medicine.
11. Nina
Planck. Real Food what to eat and Why?
Sekarang
ada bermacam macam jenis suntikan lagi seperti DPTHib, MMR, Pelalian Kanser
serviks dsbnya. Antara Pengawet yang terdapat dalam vaksin adalah seperti
Mercuric Chloride. Pengawet lain saya telah lupa. Bahan Pengawet boleh didapati
dari kertas penerangan (leaflet) dalam vaksin. Lain kali, selepas menyuntik
anak anda dengan vaksin, pinta leaflet itu untuk anda baca dan pelajari. Ingat;
bahawa ia adalah salah satu cabang ilmu yang patut anda tahu. Kewajipan
menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam. Jangan serahkan penjagaan kesihatan
anak anda ke tangan doktor atau jururawat semata-mata! Adakalanya anda berjumpa
dengan doktor rakus wang ! Ingatlah bahawa syarikat ubat mahu untung besar serupa
juga klinik swasta, semuanya bermatlamatkan mencari wang besar seperti hayunan
roda tikam rancangan tekaria. Lagi besar keuntungan dijana, maka makin berjaya perniagaan mereka. Itulah jadinya apabila manusia
melupakan mati, terlalu mengejar dunia dan bercita-cita mahu terus hidup selama-lamanya
tanpa memikirkan hari pembalasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.