Kenapa
Apis Dorsata?
16:68
– Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: Buatlah rumah di atas
bukit dan di atas pohon kayu dan pada apa apa yang mereka jadikan atap,
16:69
– Kemudian makanlah bermacam macam buah buahan dan laluilah jalan Tuhanmu
dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlain lainan
warnanya, untuk menyembuhkan (penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu
menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya.
Kenapa saya pilih Apis Dorsata? - Apis
Dorsata adalah sejenis lebah madu yang susah dibiakkan kerana ia ganas dan
agresif. Apis Dorsata adalah lebah madu bertubuh paling besar berbanding lebah
madu jenis lain. Apis Dorsata hidup di kawasan hutan Malaysia dan sarangnya tergantung
pada pohon yang tinggi.
Rasa Madu
Madu
berasa manis – Kebanyakkan madu dari seluruh dunia berasa manis.
Madu
berasa masam – dihasilkan oleh spesis Trigona / Lebah kecil @ kelulut.
Madu
berasa pahit – dihasilkan dari nektar yang dikumpul dari Bunga Mahoni dan Bunga
Matahari.
Madu
beracun – dihasilkan dari Bunga rhododendron dan tanaman heather.
Keasidan Madu.
Madu mempunyai pH rendah namun di
dalam perut, madu boleh meningkatkan pH perut kearah alkali! Ini disebabkan
oleh madu mempunyai mineral yang bersifat alkali dan berfungsi sebagai buffer.
Semakin gelap warna madu, bermaksud semakin tinggi kandungan mineral dalamnya.
Justeru semakin gelap warna madu, bermaksud semakin beralkali madu itu. Lain
kali anda belilah madu yang berwarna gelap !
Tahukah
anda ?
1.
Di luar
negara pemilik ladang nanas, anggur, epal, bunga matahari, strawberry, timun,
kopi, manuka, lavender, kapas dll
mengupah penternak lebah madu membuat sarang di kawasan ladang bertujuan
menambah bilangan pendebungaan seterusnya meningkatkan hasil pengeluran.
2.
Madu paling
lazat adalah madu yang dikumpulkan lebah dari nektar pokok bunga cengkih!
3.
Lebah
cenderung mengumpulkan madu dari satu jenis bunga tertentu. Jika bekalan nektar
habis, barulah lebah akan mencari madu dari spesis bunga yang lain.
4.
Setiap ratu
lebah boleh bertelur sebanyak 3000 biji sehari.
5.
Bila ada
larva yang boleh menjadi ratu, ratu tua akan membunuh larva ini.
6.
Jika ada
larva yang terlepas menetas , ratu muda akan bertarung dengan ratu tua sampai
salah satunya mati atau kalah.
7.
Ratu yang kalah
akan berhijrah dan diikuti oleh lebah pekerja yang setia dengannya.
8.
Ratu yang
telah terlalu tua akan dibunuh oleh lebah pekerja.
9.
Setelah
menyengat, lebah pekerja akan mati kerana alat sengatnya putus.
10.
Umur Lebah
Pekerja + 35 hari.
11.
Ratu lebah
boleh menyengat berulang kali tanpa mengalami kematian.
12.
Ratu lebah tidak
menyengat walaupun ketika diganggu.
13.
Lebah jantan
tidak menyengat.
14.
Umur Ratu lebah
+ 6 tahun.
15.
Ratu
mengawan dengan + 30 ekor lebah jantan.
16.
Kantong
sperma jantan akan terputus dan ditinggalkan dalam badan ratu.
17.
Lebah jantan
mati setelah mengawan.
18.
Lilin lebah
dihasilkan oleh lebah pekerja.
19.
Lebah
pekerja mempunyai kelenjar yang boleh menghasilkan lilin.
20.
Lilin lebah
adalah lilin terbaik.
21.
Lilin lebah
dihasilkan dari madu.
22.
Satu kg
lilin diperbuat daripada + 11 kg madu!
23.
Bentuk
heksagon mempunyai tempat simpanan madu maksimum manakala penggunaan lilin
adalah minimum!
24.
Royal jelly
adalah berwarna putih dan rasa masam.
25.
Satu kg
Royal jelly = + RM 600
26.
Royal Jelly berguna
untuk penyembuhan, membentuk sel sel tubuh, mengubati penyakit kulit, menambah
ingatan, kecantikan, meningkatkan kesuburan dsbnya.
27.
Madu boleh
disimpan sehingga ratusan tahun!
Daripada
tindak tanduk dan perangai lebah ini jelas Allah menciptakan lebah bagi menjadi
manfaat dan rahmat kepada manusia!!! Maha suci Allah yang Mahapencipta, Mahapemurah
serta Mahapengasih lagi Mahapengasihani!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.