Khamis, 23 Februari 2012

Pembakaran Sampah Terbuka


Pembakaran Sampah Terbuka
Pembakaran sampah terbuka berlaku di mana-mana. Ia disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan orang ramai mengenai kesan buruk pembakaran sampah secara terbuka, berleluasa serta tidak dapat dikawal.
Apabila sesuatu kawasan pembinaan rumah hendak dibuka, pokok akan ditebang dan dibakar. Pembakaran ini menghasilkan gas Karbon Dioksida dan Karbon Monoksida. Jika sebatian organik itu mengandungi unsur sulphur (sulfur), gas beracun sulphur akan terhasil. Jika sampah mengandungi unsur Nitrogen, gas Nitrous Oxide dan Nitrous Dioxide boleh terbentuk.
Bagi setiap suhu yang berlainan, sebatian kimia yang terbentuk juga berlainan. Ini menerangkan mengapa walau dengan api pembakaran sekecil api puntung rokok sekalipun, akan boleh menghasilkan lebih dari 4200 jenis bahan kimia apabila ia terbakar. Bahan kimia yang terhasil adalah dipengaruhi oleh suhu pembakaran yang berlainan. Justeru, mesin insinerator moden menitik beratkan dari segi menghalang pengeluaran gas beracun terbentuk akibat api pembakaran. Sebagai contoh, antara cara pembakaran insinerator adalah dengan menaikkan suhu dengan secepat mungkin atau menaikkan suhu secara tiba-tiba bertujuan tidak memberi masa yang cukup bagi bahan kimia beracun terbentuk semasa pembakaran. Ini adalah berbeza dengan pembakaran terbuka, dimana bahan kimia beracun, seperti pembakaran puntungr okok, mempunyai masa yang mencukupi bagi pelbagai jenis bahan kimia berbahaya terbentuk. Antara bahan kimia ini adalah dioxin yang boleh menyebabkan barah. Ia berpunca dari bahan plastik yang terbakar lalu mengeluarkan gas dioxin.Dioxin disedut, dioxin larut dalam darah, seterusnya dioxin larut dalam sel lemak manusia juga larut dalam sel otak kerana sel otak mengandungi lipid. Semakin banyak sel lemak, semakin banyak kimia dioxin yang boleh disimpan dalam sel lemak. Ia kemudian akan dirembeskan secara perlahan-lahan ke dalam sistem darah serta boleh mengganggu perjalanan tindakbalas semulajadi kimia serta pembahagian sel-sel dalam tubuh manusia.  Dioxin bersifat beracun kepada buah pinggang dan hati serta dalam jangka panjang boleh menyebabkan barah. Justeru, pembakaran terbuka perlu dibendung dan dikawal. Fikiran orang ramai perlu dikayakan dengan pengetahuan kesan pencemaran melalui media televisyen, radio, internet dsbnya. Selain itu, barangan plastik seperti beg dan pembalut plastik tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana ia tidak reput di dalam tanah. Bahan plastik berasal dari produk Petroleum dan ia mengandungi dioxin. Paling baik adalah dengan mengitar semula bekas plastik, kaca dsbnya.

Nota: Sekiranya ada salah dan silap, dipohon dapat diperbetulkan kesalahan ini. Setiapteguran dan penambahbaikan dari pembaca sekalian adalah sangat sangat dihargai dan diharapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.