Pewarna rambut punca kanser - CAP
Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my
mohdazeli.ali@kosmo.com.my
GEORGE TOWN - Biarpun pewarna
rambut dianggap fesyen terkini dan menjadi kegemaran untuk menyerlahkan
penampilan, ramai yang tidak menyedari ia boleh memudaratkan kesihatan selain
menyebabkan risiko kanser. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP), S.M. Mohamed Idris, disebabkan secara asasnya rambut berwarna hitam, ia
perlu dicerahkan menggunakan peluntur hidrogen peroksida yang juga agen kanser
untuk menaikkan sisik kutikel pada rambut sehingga mengganggu kelembapan
rambut. Selain itu katanya, beberapa kajian menunjukkan penggunaan pewarna
rambut juga meningkatkan kanser sistem limpa, risiko leukemia atau kanser sel
darah sama ada untuk lelaki atau wanita dan kanser ovari untuk wanita. "Kajian
itu menunjukkan risiko di kalangan pengguna yang memakainya dalam tempoh yang
lama terutama pewarna rambut yang gelap. "Kebanyakan bahan dalam pewarna
rambut yang ada di pasaran sekarang diperoleh daripada sumber petroleum yang dikatakan
sebagai pewarna tar batu arang oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika
(FDA)," katanya pada sidang media di pejabat CAP semalam. Mohamed Idris
berkata, tar batu arang mengandungi beberapa sebatian organik termasuk benzena
iaitu sejenis bahan pelarut yang beracun yang boleh diserap menerusi kulit. "Ia
juga mengandungi fenol yang boleh menyebabkan masalah jerawat, bengkak dan ruam
selepas disapu pada kulit. "Pengguna juga tidak harus tertipu dengan inai
hitam yang turut digunakan untuk mewarna rambut kerana ia bukanlah pewarna
daripada sumber tumbuhan asli," ujarnya. Ini kerana jelasnya, daun inai
tidak akan menghitamkan rambut tetapi tetapi hanya memberikan beberapa warna
antaranya perang gelap dan kemerah-merahan. Tambahnya, sejenis bahan kimia
toksik yang dikenali para phenylenediamine turut digunakan yang boleh
menyebabkan berlaku katarak paras tinggi kepada pengguna pewarna rambut itu. "Oleh
itu, Kementerian Kesihatan digesa mengharamkan penggunaan bahan-bahan kimia
dalam produk pewarna rambut atau produk dandanan rambut yang lain,"
jelasnya.
Mungkin elok juga Anda lihat :
...
kekerapan-mewarnakan-rambut-boleh-menyebabkan-kanser
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.