15 hb April 2013 04:09
MudahNya Wanita Mendapat Syurga
Maha
Suci Engkau Allah yang telah menjadikan kejadianMu dengan berpasang pasang
serta berkasih sayang. Sungguh Engkau MahaPenentu lagi MahaKuasa atas segala
urusan. Engkau sejahterakan Rasul Engkau serta sahabat sahabat mereka.
Maha
Suci Allah yang telah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk lelaki.
Kaum
Hawa adalah sebenarnya kaum yang amat mudah sekali untuk mendapat syurga
berbanding kaum lelaki!! Wanita yang hendak mencari syurga cukup sekadar mendapatnya
dari dalam rumah mereka sendiri saja! Untuk mencari syurga, bagi seorang wanita
adalah tidak sesusah mana kaum lelaki mencari syurga… Sebaliknya, kaum lelaki
perlu berhempas pulas melakukan banyak perkara sama ada di luar rumahnya dan
juga di dalam rumahnya sekiranya ia berhajatkan syurga Allah!!! Sudah tentu
perkara di luar rumah amat banyak
cabaran, ranjau dan rintangannya termasuk di rumah ibu bapanya, rumah
mertuanya, rumah adik-beradik, tempat kerjanya dsbnya!!
Apabila
wanita melayan suaminya dengan penuh kasih sayang, maka Allah dan malaikatnya
turut akan kasih dan sayang kepada wanita tersebut! Ketahuilah bahawasanya
Allah adalah lebih Pengasih daripada segala-gala yang penyayang!!! Oleh itu,
sekiranya seorang ibu kasih kepada anaknya, sebenarnya Allah lebih Penyayang
daripada sayang ibu tersebut kepada anak itu !!
Yang
paling utama bagi wanita adalah tanggungjawab memberi serta melayani kehendak nafkah
batin kepada suami agar suami terhindar dari mencari maksiat diluar rumah !!!
Justeru, berdosa seorang wanita yang tidur berasingan dengan suaminya atau
menolak apabila suami berhajat melakukan hubungan intim. Menurut suatu hadis,
Allah dan malaikat akan mengutuk mana-mana wanita yang menolak kehendak
suaminya melakukan hubungan intim sehingga ke terbit matahari sekiranya wanita
itu tidak dalam keadaan datang bulan, sakit dsbnya! Ini kerana, suami yang
mendapat nafkah batin secukupnya akan lebih kebal daripada tertarik untuk
melakukan sebarang bentuk maksiat semasa sang suami bekerja di luar rumah!!
Sang suami akan jadi lebih perkasa untuk menepis sebarang maksiat yang
mengodanya di luar, lantaran di zaman sekarang, sudah banyak wanita walaupun
bertudung tetapi memakai pakaian ketat seperti pembalut nangka sehinggakan
menampakkan sosok buah dada serta alur bontot atau lain lain alur atau bentuk
yang sepatutnya tidak boleh dipamerkan!
Itu
belum termasuk massage center yang
menampilkan wanita muda lagi seksi serta boleh dipilih sesuka hati yang
premisnya telah tumbuh macam cendawan sekarang! Namun, segala tarikan maksiat
ini tidak seharusnya pula dijadikan alasan bagi lelaki beriman melakukan
maksiat di luar! Ikutilah contoh kisah Nabi Yusuf yang berjaya melawan godaan
wanita cantik, Zulaikha pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, kita menyeru wanita
agar melayani suami anda dengan sebaik baiknya! Tanyalah kepada ustaz atau
mereka yang arif mengenai agama! Jangan melayan lelaki lain di tempat kerja
anda, dalam facebook, twitter, laman sembang dsbnya kerana mereka haram untuk
anda berbuat sedemikian!! Sudah menjadi kebiasaan bahawasanya yang haram itu
sedap dibuat oleh manusia kerana Iblis menghiaskan cantik dan sedap kepada
manusia sebagaimana janji Iblis pada zaman Nabi Adam dahulu !!!
Justeru,
sekiranya anda wanita, layanilah suami anda sebaik baiknya selagi suami anda
tidak melakukan perkara perkara maksiat atau perkara perkara mungkar atau
perkara perkara yang salah di sisi agama mahupun dari segi hukum syarak !!
Sekiranya wanita mati semasa melahirkan maka dia dikira mati syahid, tetapi di
zaman serba canggih dan moden ini, sudah jarang benar wanita yang mati semasa
melahirkan bayi !!
Wanita mencari syurga di rumah
Apabila
telah berkahwin, wanita tertakluk kepada arahan serta kehendak serta redha
suaminya selagi sang suami tidak melakukan perkara maksiat atau mungkar di sisi
agama! Contoh, seorang wanita tidak boleh mengikut cakap ibunya yang melarang
dia daripada mengikuti suaminya! Ibu wanita tersebut pula tidak wajar melarang
anak perempuannya daripada mengikuti suaminya ke mana sahaja suami tersebut di
tempatkan bekerja selagi suami tersebut, beriman dan berada di jalan Allah yang
benar lagi lurus!!! Untuk suami yang memiliki jalan yang lurus, dia
bertanggungjawab menjaga walaupun ibu mertua dan walaupun bapa mertua sekiranya
mertua itu sakit!!! Justeru tanggungjawab lelaki sebenarnya amat berat kerana
terpaksa menjaga serta menanggung ramai orang, sedangkan wanita tertakhluk
menjaga dalam isi rumahnya sahaja !!!!!!!
Sebenarnya,
untuk seorang wanita melangkahkan kakinya keluar dari rumah adalah memerlukan
izin daripada suami, apatah lagi sekiranya wanita itu hendak pergi ke
supermarket atau hendak pergi ke tempat kerja! Jadi sudahkah anda mendapat izin
dari suami anda atau anda telah mengetahui suami anda redha dengan pergerakan
atau perbuatan anda? Sekiranya suami tidak mengizinkan anda bekerja, hasilan
serta perbuatan dari kerja wanita itu akan menjadi haram hukumnya di sisi agama
Islam !!!
Untuk
berpuasa sunat, atau menggantikan puasa di luar bulan Ramadhan, seorang wanita perlu meminta izin daripada
suaminya terlebih dahulu. Ini disebabkan wanita tertakhluk kepada melayani
kehendak batin suaminya! Justeru, pastikan suami anda membenarkan sebelum anda
berpuasa sunat atau menggantikan puasa anda di hari tertentu! Beritahu suami
anda ingin menggantikan puasa di sekian sekian hari dan barulah anda sebagai
wanita boleh berpuasa. Tidak salah sekiranya anda merayu kepada suami anda
untuk mendapatkan hari berpuasa anda kerana sifat semulajadi lelaki memang
selalunya mereka suka kepada wanita yang memujuk-rayu, bermanja dengan suaminya
dan sesuai dengan sifat wanita yang lemah lembut dan lelaki pula pelindung,
biasanya suami tiada masalah untuk membenarkan isteri menggantikan puasanya
pada hari tertentu!!
Tempat
sembahyang yang sebenarnya afdal bagi seorang wanita adalah di dalam rumah
tempat wanita tersebut tinggal dengan suaminya. Tempat sembahyang paling afdal
dan berkat bagi wanita adalah sebenarnya di dalam bilik tidur tempat wanita
tersebut tidur dengan suaminya setiap malam !! Justeru, tidak perlulah seorang
wanita itu sangat rajin pergi ke masjid sekiranya ia telah bersuami, kecualilah
atas kehendak suami yang mahukan anda mendengar ceramah agama di masjid masjid
berdekatan anda !!
Terdapat
suatu hadis yang mengatakan sekiranya seorang wanita itu tidak mendapat
keredaan suaminya tentang apa yang wanita itu lakukan, maka Allah dan
malaikatnya akan mengharamkan bau syurga kepada wanita tersebut. Ini jelas
diberitakan melalui hadis Nabi yang berpesan kepada anaknya Fatimah yang
berbunyi, “Sekiranya suami engkau tidak redha kepadamu maka engkau juga ya
Fatimah tidak akan mendapat keredaanku (CMP 4:42am).” Jadi di sini jelas
ketegasan Baginda Rasullulah yang bertujuan mendidik anaknya dan juga manusia
perempuan agar sentiasa mendapatkan keredhaan suami sebelum seseorang wanita
melaksanakan apa jua perkara yang mereka hendak lakukan !! Malangnya, pada
zaman serba moden, teknologi dan gajet canggih, manakala kerjaya wanita
berijazah jauh lebih besar, penting atau berpengaruh berbanding daripada
suaminya, hadis Nabi ini menjadi tidak penting lalu dicampakkan ke pinggir
belukar sahaja!! Lebih malang lagi apabila suami yang bertukar menjadi suri
rumah, memasak, mengemas, menjaga anak, membasuh serta mensterika baju dsbnya
!! Ada suami yang dijerit jerit, dibentak bentak dan dihempaskan meja atau
kerusi!!! Apa nak jadi pada wanita Islam zaman sekarang justeru keegoan wanita
serta sikap wanita tidak mahu mengalah atau meminta maaf daripada suami
lantaran status suami yang rendah atau sama taraf atau cuma tinggi sedikit dari
mereka? Sedikit sebanyak, agen zionis telah berjaya meruntuhkan apa yang telah
disepakatkan atau diputuskan oleh hehendak, ajaran dan sunah Islam semenjak
daripada zaman Rasullullah dan Khalifah Islam pada zaman dahulu !!
Sekiranya
anda wanita dan berhajat mengumpulkan mata terkumpul bagi mendapat syurga Allah,
maka jangan tangguhkan dari melakukan
perkara perkara seperti berikut:
1. Tinggallah
dengan suami anda.
2. Tidurlah
dengan suami anda.
3. Jangan
sakiti hati suami anda.
4. Berikan
sokongan terhadap idea atau pendapat suami. Sekiranya ideanya salah atau
merugikan, nasihatkan suami anda dengan berhemah serta lemah lembut kerana
biasanya lelaki akan kalah dengan lemah lembut wanita!
5. Layani
kehendak batin suami anda secukupnya. Tanya apa sebenarnya yang dimahukannya
selagi tidak menyalahi hukum Islam dan syarak!!
6. Layani
suami anda dengan sebaiknya ketika suami sakit kronik seperti kanser, dialysis,
lumpuh dsbnya. Jangan meminta cerai daripada suami lebih-lebih lagi ketika
suami sakit kronik seperti diatas! Benar juga bagi kaum lelaki, jangan
menceraikan isteri anda ketika isteri sakit kronik kerana pasangan adalah
anugerah dan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada anda! Sekiranya
anda di jalan yang lurus, maka jangan ceraikan mereka sebaliknya jagalah dan
layanilah mereka dengan sebaik-baiknya agar anda akan ditempatkan di kalangan
orang orang yang soleh, beriman dan sabar serta berjaya dan tinggi pula
kedudukan atau darjatnya di sisi Allah malaikat serta ambiyaknya! Atau pun …
anda memilih hanya untuk mendapat kemurkaan Allah, para malaikat serta
ambiyaknya !
7. Minta
izin dari suami apabila hendak keluar rumah.
8. Menutup
aurat.
9. Menyimpan
rahsia serta kelemahan suami anda.
10.
Tidak mengaibkan suami anda.
11.
Jangan membentak atau
berkasar dengan suami anda. Cakaplah dengan lemah lembut dengan suami anda.
12.
Apabila suami anda bertanya
dengan sepuluh perkataaan, anda jawablah dengan beberapa banyak perkataan yang
sewajarnya. Senyumlah kepada suami anda. Jangan menjawab dengan sepatah
perkataan atau setakat menjuihkan bibir sahaja sehingga menyakiti hati suami!
13.
Anda sebagai wanita boleh
melakukan perkara perkara berikut bagi mendapat keredaan suami anda serta
mendapat keredaan Allah iaitu:
a. Senyum
kepada suami apabila suami anda pulang dari bekerja.
b. Membukakan
stokin suami anda.
c. Membukakan
kipas atau membawakan bantal ketika suami anda berbaring di lantai.
d. Memberikan
kain pelikat atau tauala untuk suami anda mandi.
e. Menyediakan
mandian air suam dari bunga bungaan atau herba alam semulajdi untuk suami anda
mandi.
f. Mengemaskan
rumah serta tempat tidur.
g. Menghidangkan
makanan kepada anda.
h. Membancuhkan
minuman untuk suami anda.
i. Memanggil
suami makan atau minum bersama anda.
j. Makan
bersama suami anda. Memanggil semua anak anak makan bersama suami anda.
k. Menggalakkan
serta mengingatkan anak anak anda supaya sentiasa menghormati suami anda.
l. Akur
mengikut ke mana sahaja tempat suami anda bertukar tempat kerja selagi tempat
yang suami pergi itu selamat untuk anda dan bukan tempat maksiat atau tempat
mungkar!!
Terdapat
juga hadis lain mengatakan semasa peristiwa Israk Mikraj, penghuni neraka
adalah kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Dalam hadis yang lain ada
pendapat ulama mengatakan bahawasanya sekiranya seseorang wanita itu tahu,
bahawasanya syurga wanita terletak dibawah tapak kaki suaminya, selagi suami
itu suci, maka wanita itu akan takut untuk meminta cerai daripada suami tanpa
alasan yang munasabah. Sekiranya seseorang wanita itu sedar, bahawasanya
syurganya terletak dibawah tapak kaki suaminya, wanita itu tidak berbelah bagi
mencium tapak kaki suaminya. Malangnya, tidak ramai wanita yang tahu atau sedar
akan hakikat ini! Kebanyakkan mereka akan mengetahui atau menyedarinya apabila
mereka telah mati di mana penyesalan sudah tiada gunanya lagi !!
Justeru,
sekiranya pasangan anda menghidap sebarang bentuk sakit kronik, tak kira sama
ada anda insan lelaki atau wanita, jangan tinggalkan dia, sebaliknya jagalah
dia dengan sebaik baiknya dan dengan sepenuh hati kerana pasangan anda itu
adalah anugerah serta amanah Allah kepada anda!
Serupa juga dengan ibu bapa, jangan hantar ibu bapa anda ke rumah orang
tua kerana anda sudah jemu menjaga mereka. Ingatlah, tanpa mereka anda tiada!
Tanpa mereka, anda bukanlah seperti mana anda pada hari ini! Anda tidak akan
dapat membalas jasa ibu bapa, walaupun sebaik mana kebaikan anda telah usaha
lakukan terhadap mereka!!!
Justeru,
berhiaslah, berwangilah untuk suami anda bukan untuk lelaki lain di tempat
kerja !
Lagu
kat bawah ini sesuai sekali kalau dinyanyikan oleh Dato SM Salim…. Sesiapa
boleh ambilnya dan jangan risau atau khuatir fasal hakmiliknya asal saja ia
boleh mengajar manusia menjadi manusia baik !!!
Cinta
dahulu, cinta mulia,
Cangkul
dan tanah memisahkannya!
Cinta
sekarang, cinta murahan,
Cerai
terajang, jadi amalan!
Banyak isteri pelajaran tinggi,
Semua Universiti mereka dah pergi,
Oleh itu, isteri ranggi,
Banyak isteri, bentak suami,
Dosa dan Nusyuz ditolak tepi.
Hukum agama, dicampak pergi!
Tertipu
dengan ego sendiri,
Suami
baik tak diperduli,
Silap
sedikit, dicemuh dicaci
Mohon
maaf, jauh sekali,
Akhirat
nanti, isteri yang rugi,
Silap sikit minta cerai
Rosak anak rabak terabai,
Perempuan berbaju tapi telanjang
Anak perempuan menjadi jalang.
Perutnya boncit, jantan pula menghilang
Bayi lahir, dicampak melayang.
Anak
lelaki syok sendiri
Morfin dihisap setiap hari
Itulah
akibat derhaka pada suami
Anak anak rosak sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.