Pesakit barah dapat sokongan perasaan (psychology)
mampu hidup lama
BALTIMORE: Walaupun ubat dan terapi adalah perkara asas
dalam rawatan barah paru-paru, perkahwinan juga menjadi ‘ubat’ mujarab bagi
mereka yang menghidap penyakit ini, lapor satu kajian. Penyelidikan yang dibuat
mendapati penghidap penyakit ini boleh hidup lebih lama lagi berbanding mereka
bertekad terus membujang.
Malah, pengkaji mendpati perkahwinan boleh menjadi ubat mujarab kepada
penyakit lain termasuk barah prostat, sakit kepala dan sakit tengkuk. Laman web
mid-day.com melaporkan, satu kajian yang dijalankan di Universiti Maryland
menunjukkan, perkahwinan
boleh meningkatkan semangat penghidap barah untuk berjuang melawan penyakit itu. “Kajian kami menunjukkan pentingnya
sokongan sosial dalam proses penyembuhan dan merawat penyakit barah paru-paru,”
kata pakar onkologi dan ketua kajian, Elizabeth Nichols yang mengemukakan hasil
kajiannya pada satu simposium di Chicago baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan hasil kajian yang
dijalankan, pihaknya percaya mekanisma sokongan kepada pesakit barah, mempunyai
kesan lebih besar terhadap kelangsungan hidup berbanding teknik atau terapi
barah yang baru.
“Kami juga yakin bahawa usaha mencegah barah tidak
sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada mencari ubat baru dan terapi, tetapi
keutamaan perlu diberi kepada kaedah yang dapat menyokong pesakit,” katanya.
Nichols berkata kajian yang dijalankan membabitkan 168 pesakit barah paru-paru
tahap lanjut yang sudah menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi bagi tempoh
satu dekad dari 2000 hingga 20120.
“Kami dapati satu pertiga daripada responden yang masih hidup selepas tiga tahun, berbanding 10 peratus pesakit bujang yang masih hidup dalam tempoh sama,” katanya. Nichols berkata keadaan ini adalah kerana pesakit barah sentiasa memerlukan sokongan dalam kehidupan harian mereka, terutama ketika tinggal di hospital dan menjalani rawatan kemoterapi. – Agensi
“Kami dapati satu pertiga daripada responden yang masih hidup selepas tiga tahun, berbanding 10 peratus pesakit bujang yang masih hidup dalam tempoh sama,” katanya. Nichols berkata keadaan ini adalah kerana pesakit barah sentiasa memerlukan sokongan dalam kehidupan harian mereka, terutama ketika tinggal di hospital dan menjalani rawatan kemoterapi. – Agensi
Pssst
:
Kimoterapi dan radioterapi akan membunuh sistem
imuniti tubuh anda!!! Manakala sokongan psikologi samaada di tempat kerja atau
di rumah atau di mana mana saja pada bila bila waktu ketika dan positif
thinking akan meningkatkan tahap imuniti tubuh anda !!! Tahap imuniti yang
tinggi berupaya melawan sel sel barah dan mampu membuatkan pesakit barah hidup
lebih lama !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.