Kenapa
Anda Perlu Minum Jus Mentah?
Jus mentah masih
mengandungi enzim, antioksidan yang dicipta Allah, sangat baik untuk kesihatan
manusia. Tetapi sedikit daripada manusia yang berterima kasih kepada
Penciptanya. Sesungguhnya Allah telah menciptakan banyak sekali tumbuh tumbuhan
yang baik serta bermanfaat kepada manusia dan Maha Suci Allah tidak pernah
sekali kali menganiayai manusia dengan meminta atau menyaman manusia akan hak
patenship! Manusia yang banyak meniru
patenship dari Allah!!! Tetapi sedikit sekali manusia yang berterima kasih
kepada Allah.
Apabila anda meminum jus
mentah anda akan terasa perbezaannya, Badan anda akan jadi lebih cergas,
bertenaga, lebih banyak idea, lebih bersemangat dan lebih bermotivasi! Anda
tidak akan tahu selagi tidak mencubanya!!
Tahukah anda binatang
tidak pernah memasak makanannya? Hanya manusia yang belajar memasak makanan
mereka. Manusia juga mengetin dan mempek barang makanan dalam plastik.
Kemajuan dicapai manusia membolehkan
barang makanan kekal tidak rosak sehingga bertahun tahun!!! Manusia menggunakan
pengawet, pewarna, perisa , pengemulsi, serta aroma tiruan dalam makanan
mereka. Semua benda ini bersifat kimia dan menyebabkan makanan yang dimakan
manusia menjadi mati
iaitu tidak lagi mempunyai enzim, vitamin, antioksidan, alkaloid,
bacosides A, bacosides B, stigmasterol, stigmastanol, beta sitosterol,
sapogenins, saponins, flavonoids, triterpenoids, bioflanoids, rutin, hesperidin, herpestine,
betulic acid, octacosane, asid amino dsbnya seperti makanan yang diambil secara
segar atau terus dari pokoknya! Ada juga makanan disteril menggunakan pancaran tenaga
radioaktif!
Makanan yang dimasak juga
boleh memusnahkan segala enzim, vitamin, antioksidan, bioflanoids, rutin,
hesperidin dsbnya! Tahukah anda bahawasanya ayam lebih mendapat vitamin
daripada manusia ketika ayam makan padi? Beras mempunyai sekam yang
menyelaputinya! Sekam ini kaya dengan vitamin B Compleks, antioksidan dsbnya!
Malangnya, sekam padi dipisahkan dari beras dan dibakar begitu sahaja!!! Beras
baru yang masih berkulit ari mengandungi banyak sekali vitamin serta zat yang
berharga !!! Namun sedikit sahaja manusia yang mengetahuinya jauh sekali
bersyukur kepada Allah mengenainya !!!
Jus boleh juga dibuat dari
daun daun hijau! Tidak perlu membuat jus dari sumber buah semata mata kerana
daun tumbuh tumbuhan tidak kurang hebatnya malah mungkin lebih baik daripada
buah itu sendiri. Sebagai contoh anda boleh membuat jus daun seperti dibawah:
2 helai daun manggis hijau
3 helai daun durian belanda
hijau
6 helai daun belalai gajah
hijau
1 helai daun jambu hijau
2 kuntum bunga misai
kuching
2 cawan air zamzam ( Sekiranya
air zam zam tiada - boleh diganti dengan
air mineral cactus, ice mountain dsbnya kerana air mineral bersifat
alkali manakala air paip terawat bersifat asid!!! Justeru jangan gunakan dari
punca air paip !!! ).
Kisar dan tapis airnya dan
anda boleh minum selepas berselawat ke atas Rasul. Daun2 lain yang boleh dibuat
jus yang baik termasuklah daun mengkudu, daun pecah beling, daun rambutan
dsbnya ...
Selain daun; → ubi kentang, ubi
sengkuang, ubi karot pun boleh dibuat jus yang amat sedap serta menyegarkan ....
Semua minuman segar ini mengandungi enzim, vitamin, antioksidan dsbnya dan
boleh menyihatkan anda sekiranya anda rajin mengambilnya setiap hari!!!
Peringatan penting bahawasanya jus ini mesti diminum sejurus ia disediakan dan
jangan simpan lama kerana boleh merosakkan enzim, vitamin, antioksidan dsbnya.
Jus ini juga akan hilang keberkesanannya sekiranya ia dicampur gula atau susu
!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.