Artikel : Utusan Malaysia Online
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
TIGA tahun lalu,
Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan
kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan
hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan
barah.
Kandungan bahan
kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila
botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.
Terdapat kebimbangan
pendedahan terhadap BPA boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sama
ada dari segi neurologi atau tingkah-laku. Bayi turut mengalami risiko yang
sama jika kajian ini didapati benar.
Pertubuhan seperti
Majlis Kimia Amerika mempertikaikan tidak ada bukti kuat bisphenol A memberi
kesan buruk kepada manusia.
Ketika ini,
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) tidak bercadang
mengharamkan BPA dalam plastik. Begitupun, Kanada telah mengambil langkah awal
dengan melabelkan kimia itu berbahaya.
Namun di sebalik
pendedahan tentang BPA, ibu dan bapa masih mempunyai pilihan untuk memilih menggunakan
cawan atau botol susu untuk bayi ada.
Selain itu, terdapat
botol susu bebas BPA di pasaran dan botol susu kaca sebagai alternatif.
Jalan yang lebih
selamat untuk mengelak kontroversi berkaitan keselamatan penggunaan bekas
plastik adalah dengan mengelak daripada menggunakannya.
Bukan saja
keselamatan anak terjamin bahkan anda sendiri tidak perlu berasa risau.
Isu BPA bukan baru
tetapi masih ada alternatif lain bagi mereka yang mahu mengekalkan botol lama.
Seorang pakar
perubatan sebuah hospital persendirian di Lembah Klang memberitahu, botol susu
polikarbonat telah sejak dahulu lagi. Sebagai seorang doktor, beliau sendiri
belum pernah menerima atau merawat kes bayi atau kanak-kanak akibat
polikarbonat.
“Dalam kehidupan
seharian, kemungkinan botol-botol minuman palikarbonat yang kita gunakan turut
terdedah dengan bahan BPA atau Bisphenol A.
‘‘Justeru itu, ia
bukan satu persoalan yang baru tetapi semua pihak perlu melakukan kajian
terperinci agar botol susu yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan. ‘‘Adakah
satu tahap nanti, ibu bapa perlu menggunakan botol kaca?,” ujar doktor tersebut
yang mengutarakan pendapat ringkas.
Menurut Pegawai
Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA adalah bahan kimia
industri yang digunakan untuk mmbuat botol susu bayi polikarbonat agar botol
tersebut keras dan lutsinar. “Baru-baru
ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan
botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi
kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.
‘‘BPA ini pula akan menyebabkan gangguan
pada sistem hormon badan bayi sekali gus menjejaskan sistem tubuh badan bayi.
Tetapi tiada sebarang kajian saintifik untuk mengesahkan fakta tersebut,”
katanya.
Sebagai langkah
berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih botol susu bebas
BPA, contohnya polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA).
Beliau memberitahu, botol susu yang mengandungi BPA biasanya bersifat keras dan
lutsinar. Selain itu, perhatikan label kod identifikasi plastik pada bawah
botol susu. Botol susu dengan BPA akan dilabel dengan ‘nombor 7', ‘nombor 7 dan
PC’ atau ‘nombor 7 dan other’.
Bagi ibu bapa yang
sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar
botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’. Jika masih ingin menggunakan botol
lama, Dr. Hanafiah menasihatkan agar mereka melakukan langkah berikut :-
l Steril botol susu
bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh
pengeluar, jika ada.
l Jika tiada
panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang
mendidih selama lima hingga 10 minit.
l Elak menggunakan
air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
l Guna peralatan
mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak
permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
l Sentiasa periksa
permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu
diganti.
l Jika tiada
kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Katanya, kesan
penggunaan botol susu yang mengandungi BPA adalah bersifat jangka panjang.
“Ini disebabkan
kesan sampingan pada sistem hormon. Adalah agak sukar untuk mengesannya dalam
jangka masa pendek kerana kesannya masih tidak kelihatan. Perlu diingat, tidak
ada situasi kecemasan yang timbul disebabkan kesan BPA tersebut,” ujar beliau.
Kebanyakan ibu sibuk
dengan kerjaya dan penggunaan susu botol adalah sebagai alternatif bagi mereka
yang ingin memberi susu ibu. Seperti yang kita sedia maklum, susu yang terbaik
adalah susu ibu.
Berhubung dengan
tumbesaran bayi, tiada sebarang kesan pada tumbesaran bagi kanak-kanak yang
berumur lima tahun ke atas yang masih menyusu menggunakan susu botol.
Ini kerana zat
nutrisi yang terdapat pada susu tersebut juga penting.
Bagaimanapun pada
usia tersebut, digalakkan mereka di ajar menggunakan cawan atau botol biasa
terutama jika mula memasuki zaman persekolahan.
“ Biasanya pihak
hospital tidak akan memberitahu atau mencadangkan jenis-jenis botol susu
tertentu yang harus digunakan. Ini kerana kebanyakan hospital menggalakkan
penyusuan susu badan. Akan tetapi, pada masa ini, adalah amat digalakkan
penggunaan susu botol yang mengandungi BPA dielakkan,” katanya.
Kenal pasti botol
susu jenis polikarbonat
l Bersifat keras dan
lutsinar yang mana ia mengandungi BPA.
l Botol susu
tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa
didapati di bawah botol susu bayi.
l Kod
identifikasinya adalah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan ‘other’.
l Sementara itu, botol
susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau
bebas BPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.