Barangan
yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang.
Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali
berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua
peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak. Ini merupakan kod yang dikeluarkan
oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan
telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti
ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah
terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi
tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera
memberi maksud tersendiri seperti berikut:
1. PET atau Polyethylene Terephthalate
Biasanya,
pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan
angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu
biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air
mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini
dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.
KENAPA?
Bila
kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan
mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik
yang dapat menyebabkan kanser dan ada kes seorang perempuan
menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor,
polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel kanser tersebut.
2. HDPE atau High Density Polyethylene
HDPE
biasanya dipakai untuk botol yang berwarna (bukan jernih), tupperware, kursi
lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk
digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan
HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini. HDPE
memiliki sifat yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi.
Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian,
kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.
3. V atau Polyvinyl Chloride
Plastik
ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol.
PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus
dengan plastik berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan
makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat
badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak
mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun
pisang.
4. LDPE atau Low Density Polyethylene
LDPE,
iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE
digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak
lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di
bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia,
perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang
lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi
tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar
bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.
5. PP atau Polypropylene
Polypropylene
adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang
berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol
minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan
serta mempunyai kadar tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang
baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi. Apabila membeli barangan
plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.
6. PS atau Polystyrene
Polystyrene
ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS
biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai
buang dan lain-lain. Barangan daripada Polystyrene
harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya
mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah
reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Bahan itu juga sukar terurai.
Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.
7. OTHER
OTHER
merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile
butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat
menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga,
komputer dan alat-alat elektronik.
Polycarbonate
(PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan
bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi
merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan
mengubah fungsi imun.
Bisphenol-A
boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan
kerana pemanasan.
SAN
dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu,
kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
Biasanya
SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat,
sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan
ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.
Melihat
bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak
bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7
(khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang
merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan plastik, gunakan plastik
dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.