Ahad, 7 April 2013

Bekam sebabkan barah merebak


Bekam sebabkan barah merebak ?


Sampai hati mereka kata anda ...... ..... ?


 

KLIK DI SINI


  


Kalu aku kata ........... Melayu bodoh, rasa macam tak politically correct. Aku jarang tulis dalam bahasa Melayu, bukan aku rasa aku tak cukup Melayu, tapi aku dah cukup pening dengan usaha menulis dalam Bahasa Melayu untuk penerbitan DBP. So, aku sebenarnya tulis Inggeris untuk rilek-rilek aje. .....tapi hari nih aku tulis dalam bahasa ibunda, sebab aku suka sangat hari ini. Sebab aku suka ialah aku jumpa BLOG INI....yang  tulis panjang lebar tentang orang-orang yang suka ambil kesempatan ke atas orang sakit kronik, terutama sakit kanser......yang muktakhir jus MonaVie...mula aku dengar pun aku teringat kat Mona Fendi. Aku risau juga sebab ramai orang yang cerdik dok telan HERBALIFE, termasuk anak sedara dan rakan doktor, doktor pakar pong. Ada yang jadi penjual. Tengok dan baca habis ya, ada Alphalipid, ada Transfer factor, ada USANA, banyak lagi la. Yang paling teruk, ada doktor swasta dan tak swasta, yang manipulasi pesakit untuk membeli produk yang seumpamanya yang dia juga turut jadi jurujual atau pengedar. Ramai juga doktor yang jadi agen AMWAY, tak malu pula tu bila cuba nak jual atau nak cari downline dengan kita, mentang-mentang kita ada kanser.


 


----ingat lagi dulu semasa suami selesai menjalani pembedahan kanser kolon, masa tengah pening - pening dalam recovery room, ada doktor bius dan staf nurse bius yang datang nak jual jus manggis.. aku kata kat laman rumah aku manggis bersepah-sepah...ada ker dia jawab macam ni: "kalu ambil kulit maggis tanpa di proses akan bengkak bibir."  Ada pula doktor pakar yang betul-betul desperate, tak segan silu cuba menjual panty liner yang berangin tu! ....so, tolong baca la blog yang aku rekomen ni...tengok LABEL KAT SEBELAH KANAN BLOG.......AMWAY pun ada...macam-macam yang orang suka jual ke pesakit kanser ada kat situ.
.....kepada penulis blog, terima kasih banyak-banyak, anda tentu telah menghabiskan banyak masa mengkaji dan menulis. Sebenarnya, saya dah penat dok bagi tahu ke pesakit saya yang kolostrum lembu tu hanya baik untuk anak lembu sahaja.  Syabas, moga Tuhan membalas jasa baik anda.  Amin.

 
 

Bekam sebabkan barah merebak

Punca : KLIK DI SINI

A case of a leeche with cancer


I met a breast cancer patient who suffered widespread chest wall metastasis after going for "Berbekam" or blood letting procedures. First she was treated with the conventional suction cups blood letting and on second treatment she tried the large leeches. After the alternative treatment, the cancer came out and infiltrated the affected chest wall and she needed urgent radiotherapy to control the spread and cancer aggression. The therapies created a massive clinical mess.  The patient is a degree holder school teacher. I was speechless for a while and can't help blurting out this; "Kesian lintah tu semua, mesti mati lepas tu kerana banyak telan sel kanser." ["Pity the leeches, sure die one after sucking so many cancerous cells"] .When I related the story to the oncology counselor, about an educated (school teacher) going for such therapy, she said that she had to deal with the complications, even from a PhD holder. It is just a case of "terlampau cerdik" and reading too many blogs by self proclaimed specialists. It is a case of misguided and suicidal healing for cancer patients. It is Ironic daughter of Ludicrous when a breast cancer patient differed operation and chemo just because of fear of losing a breast, but willing to live with a rotten breast. Oh dear, ladies, if you don't pity yourselves, pity the leeches!!!!  

………………………….

 

 
Mengata satu manusia lain bodoh adalah ditegah Allah Taala dalam ayatnya : “Jangan kaum laki di antara kamu menghinakan satu kaum lelaki yang lain dan jangan pula kaum perempuan menghinakan satu kaum perempuan yang lain kerana, boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih mulia dari kaum yang menghinakan,” Jelas sekali, sebagai orang Islam yang beriman, kita dilarang menyebut seseorang itu bodoh, dungu, terlebih cerdik dan sebagainya. Mentang-mentanglah kamu seorang doktor pakar bergelar Profesor, kamu ambil mudah perasaan manusia lain. Memang kamu seorang doktor pakar bergelar Profesor , tetapi adakah kamu sedar tindakan kamu telah memusnahkan harapan, serta menyedihkan seorang cikgu perempuan yang begitu berharap akan sembuh dari penyakit barah. Sedarkah kamu jika pesakit kamu bertambah stres, immunity dan daya melawan penyakit juga akan menurun? Memang benar cikgu perempuan ini telah melakukan kesilapan dengan berbekam, tetapi itu atas dasar kejahilan beliau yang tidak tahu apa musibah yang akan berlaku kepadanya akibat berbekam. Cuba kamu ingat dan fikir balik berapa kerat doktor yang berpesan supaya jangan berbekam? Adakah seorang doktor onkologi akan berpesan kepada pesakit barah otak, pesakit barah hidung, pesakit barah tekak supaya pejam mata apabila membuat simulasi pancaran laser di bilik radiasi?..., sedangkan dengan pendedahan pancaran laser, doktor ini sedia maklum bahawa LASER boleh membakar retina dan menyebabkan kebutaan! Sekiranya anda pesakit barah tengkuk dan kepala, sila pejamkan mata anda ketika membuat simulasi kerana pancaran LASER ( Light Amplification of Stimulated Emission of Radiation ) boleh menyebabkan kebutaan. Memang kamu doktor pakar tetapi jangan tambah kecacatan, kerosakan & kecederaan kepada pesakit semasa dan selepas kamu merawat pesakit. Ingatlah bahawa pesakit barah bukan sampah yang jangka hayat mereka mungkin hanya antara 1 bulan hingga 3 tahun. Ada pesakit barah yang boleh hidup melebihi 10 tahun, walaupun doktor pakar menegaskan pesakit ada setahun dua saja masa untuk hidup !!! Siapa kamu yang boleh menentukan jangka hayat manusia? Hormatilah jasad tubuh badan dan perasaan pesakit barah sebagaimana kamu menghormati jasad tubuh badan dan perasaan kamu sendiri. Pengalaman membuktikan pakar onkologi dan kakitangan radiasi tidak berpesan terlebih dahulu supaya memejamkan mata ketika simulasi diadakan bagi membuat topeng kepala plastik. Apabila bertanya apakah perlu memejamkan mata tetapi dikatakan tidak perlu oleh kakitangan radiasi! Sedangkan tertera jelas pada mesin C T Scan, “Danger, LASER is harmful to eyes”. Dimana letaknya kebolehpercayaan dan tanggungjawab kakitangan bilik radiasi dan doktor onkologi dalam perkara ini? Mereka tidak bodoh kerana mana mungkin si bodoh menjadi pakar onkologi? Pakar Onkologi memerlukan sekurang- kurangnya MBBS + MRCP + FRCR + CSST untuk bergelar pakar klinikal Onkologi !!! Jawapannya ialah kerana mereka, walaupun merupakan doktor pakar tetapi mereka sebenarnya kurang bertanggungjawab dan hanya menganggap pesakit barah seperti mesin yang telah rosak dan tunggu masa saja untuk di BER(Beyond Economic Repair) kan !!! Ada juga pakar yang menganggap pesakit barah seperti sampah yang membebankan masa mereka untuk dirawat. Masa mereka lebih baik digunakan bagi membuat lokum di pusat perubatan swasta atau lokum di Sayap Swasta Hospital Universiti Penyelidikan !!! Inilah sifat-sifat manusia rakus yang bertuhankan wang ringgit semata-mata. Manusia rakus tidak terhad kepada doktor sahaja tetapi termasuk juga lain lain profesion seperti jurutera, guru, ustad dsbnya. Sekiranya tiada pegangan agama yang kukuh sudah tentu mereka terjerumus hanya mengejar dunia semata mata !!!

 
Berbalik kepada cerita Melayu Bodoh, saya percaya pesakit kamu akan membaca laman sesawang doktor yang merawatnya. Apa perasaan pesakit kamu apabila beliau dari barah aras 2 akibat berbekam bertukar menjadi barah aras 4? Dikatakan pula bodoh oleh seorang pakar Psikologi bertaraf Profesor? Memang tidak wajar bagaimana seorang Pensyarah Psikologi bertaraf Profesor Penuh boleh menghina pesakit beliau sebagai bodoh? Tugas seorang Profesor Pakar Psikologi adalah mengurangkan bebanan perasaan pesakit atau meredakan perasaan trauma pesakit barah. Apakah daya tindak yang masih boleh diguna pakai oleh guru perempuan ini semasa beliau berhadapan dengan barah payudara aras 4 selain berserah kepada Allah kerana pakar Psikologi yang diharap-harap serta dipuja puja dapat meringankan perasaan tekanan telah pula sampai hati mengatakan beliau sebagai pesakit sebagai bodoh? Pesakit yang mengalami burnout akan mendapat penurunan kekuatan antibodi badan dan antibodi badan tidak cukup kuat bagi melawan sel-sel barah yang terbentuk.

  

BLOG INI tidak patut menggunakan kata-kata kesat yang terlampau dalam blognya. Memang BLOG INI melakukan kelainan dalam BLOGnya iaitu membongkar pembohongan yang dilakukan oleh manusia rakus lagi dusta. Satu tindakan yang baik bagi menyedarkan masyarakat kita yang sememangnya mudah diperalat, dipengaruh, dihasut dan ditipu. Tetapi kita tidak setuju dengan penggunaan bahasa kesat yang terlampau. Pemilik BLOG INI hendaklah ingat bahawa anda mungkin tersalah langkah semasa membuat siasatan. Sebagai contoh, Pemilik BLOG INI hendaklah membuat siasatan terperinci sebelum membuat kesimpulan. Dalam kisah biji aprikot pahit mampu menyembuhkan barah, Pemilik BLOG INI membuat kajian yang amat sedikit mungkin tak sampai 1/64 atau tak sampai 1/128 daripada kajian yang sepatutnya beliau buat lalu Pemilik BLOG INI terus membuat kesimpulan. Pemilik BLOG INI perlu sedar, sekiranya kesimpulan beliau salah, manakala terbukti benar biji aprikot pahit boleh menyembuhkan barah, Pemilik BLOG INI telah menafikan hak-hak pesakit barah untuk hidup Normal seperti manusia lain. Pemilik BLOG INI juga menafikan hak-hak pesakit barah untuk hidup selesa dan terlepas dari pembedahan yang menyakitkan serta membebankan serta mengurangkan kualiti hidup pesakit barah untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, bagi barah perut, dan barah saluran makanan  bawah satu pertiga (lower one third esophagus)– esophagus perlu dipotong bersama sebahagian perut, perut ditarik keatas. Kadar kematian pembedahan ini amat tinggi, mutu hidup pula amat menyedihkan! Pesakit terpaksa makan melalui Ryles Tube selama 6 bulan, makan kanji lembut melalui tiub. Terpaksa juga menjalani fisioterapi bagi makan dan bercakap. Sebaik selepas selesai pembedahan besar yang memakan masa 10 – 24 jam, perlu menghuni Unit Rawatan Rapi ICU selama antara 3 – 7 hari! Sebaliknya, jika benar aprikot atau cara-cara menjadikan badan beralkali berkesan menyembuhkan barah, maka hak-hak pesakit untuk hidup selesa dinafikan oleh Pemilik BLOG INI. Pemilik BLOG INI nescaya menanggung dosa disebabkan penderitaan para pesakit barah. Memang diketahui Bangsa Yahudi (Selepas ini disingkatkan kepada BY sahaja) tergolong sebagai manusia rakus, dimana wang lebih penting. Jika di Sabra dan Shatilla, kanak kanak dan wanita tua boleh dicincang, halal mengunakan bom fosforus dan smart bom berangkai, tidak mustahil BY sanggup memanipulasi keputusan yang dikeluarkan oleh kajian perubatan jurnal-jurnal perubatan elit dan yang paling berpengaruh bagi semata-mata atas kepentingan wang! BY berpendapat hanya BY sahaja yang bernilai disisi Allah manakala bangsa lain adalah bangsat. Nyawa bangsa lain tidak bernilai disisi mereka! Tetapi nyawa satu orang BY adalah amat-amat berharga dan perlu sangat diselamatkan! Gabenor Bank Negara Amerika & Gabenor Bank Negara United Kingdom telah turun-temurun dikuasai oleh BY. Perniagaan besar di Amerika dan dunia dikuasai BY. Bill Gate adalah seorang yang miskin jika dibandingkan dengan BY yang kaya-raya. Namun demikian nama BY yang kaya-raya ini dirahsiakan dengan rapi dan amat teliti!  Jika Presiden Amerika pun di dalam kawalan BY, apalah yang ada pada jurnal perubatan dan FDA yang sememangnya dikawal selia dengan rapi oleh mereka? Anda wajib membaca buku-buku ini bagi mendapat pengetahuan lanjut tentang perangai, tindak-tanduk, agenda, perancangan jangka panjang, matlamat dsbnya mengenai BY:
 
  1. Agenda Yahudi menakluk Dunia – Rahsia di sebalik Rahsia - Sabaruddin Hussein.
  2. Konspirasi Yahudi – Peperangan dan Penaklukan – Sabaruddin Hussein.
  3. Gerakan Fremason Sedunia – Falsafah Fremason yang telah didedahkan dan ditolak : Harun Yahya.
  4. Gerakan Orientalisma & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah : Hj Nik Azran Muhamed & Hj Mohd Mahadi Hj Isa.
  5. Israel Kuasai Dunia – Mohd Nadzri Kamsin.
  6. Teori Konspirasi – Rahsia Simbol Yhudi . Membongkar Rahsia simbol ….. – Ibnu Yaacob – Moon Media
  7. Dll buku atau sumber yang anda elok cari sendiri…

 
Antara hujah yang mengatakan biji aprikot pahit berpotensi sebagai penawar barah adalah kisah Seniwati Dato Sarimah Ahmad. Dato Sarimah Ahmad mendapat barah tekak dan lidah yang telah merebak ke hidung dan otak iaitu sudah tahap 4. Doktor pakar hanya memberikan beliau 3 bulan untuk hidup, tetapi Dato Sarimah Ahmad enggan menjalani pembedahan, enggan menjalani kimoterapi dan enggan menjalani radioterapi sebaliknya hanya makan biji aprikot diimpot dari Mexico dan minum air zam zam dipupuk dengan doa-doa dan disertai sembahyang hajat, alhamdullillah kesihatan beliau bertambah pulih dan masih hidup sampai sekarang ( iSihat Bil 44; Julai 2011 mukasurat 17 )! Lagi hujah lain ialah kisah Datin Rahmah Mahmood yang menggunakan tumbuh tumbuhan herba dalam rawatan barah payudara ( iSihat Bil 45; Ogos 2011 mukasurat 26 - 28 ). Datin Rahmah Mahmood adalah adik ipar kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Kakak kandungnya, Datin Endon dan kembar beliau Datin Noraini, meninggal dunia awal akibat barah payudara walaupun sudah menerima rawatan perubatan terbaik dari Amerika Syarikat !!! Datin Rahmah Mahmood telah melihat sendiri penderitaan kakak-kakak kandungnya akibat diberikan kimoterapi dan radioterapi disamping mastektomi. Datin Rahmah Mahmood tidak sanggup menyaksikan kakak-kakaknya berjuang menentang barah terutamanya semasa dan selepas sesi kimoterapi. Trauma, sedih dan pilu menghantui diri manakala Datin Rahmah Mahmood adalah penerusnya! Datin Rahmah Mahmood melihat sendiri mereka terpaksa menjalani rawatan demi rawatan. Pelbagai jenis ubat ditelan. Pembedahan dilaksanakan dan diikuti pula dengan kimoterapi dan radioterapi. Datin Rahmah Mahmood terperanjat melihat perubahan fizikal yang berlaku pada Datin Endon… Selepas beberapa sesi kimoterapi, wajah Datin Endon berubah sama sekali! Arwah mengalami kesan-kesan rawatan kimoterapi yang sungguh menyiksakan! Kesannya arwah tidak sesihat ketika belum menjalani rawatan kimoterapi. Mudah mendapat jangkitan silang akibat sistem pertahanan imun badan sudah dibinasakan oleh kimoterapi. Rambutnya yang dulu lebat mula gugur, kulit bertukar kemerah merahan, kering kehitaman dan adakalanya merekah. Tatkala itu, hanya airmata yang menemani sakit yang dihadapi. Datin Rahmah Mahmood berasa sedih kerana 2 orang kakaknya berhadapan dengan penyakit barah dan kedua-duanya telah meninggal dunia. Datin Rahmah Mahmood mengambil keputusan untuk TIDAK mengambil rawatan moden (Buang payudara / kimoterapi & radioterapi) sebaliknya mengambil rawatan alternatif berasaskan herba yang diamalkan oleh seorang doktor di Melbourne Australia. Teknik berasaskan herba oleh Dr Soultanov dari Rusia. Hari demi hari, Datin Rahmah Mahmood berasa lebih sihat dan semakin segar. Beliau berasa amat bersyukur apabila disahkan bebas dari barah payudara apabila menjalani pemeriksaan kesihatan dan bertambah yakin dengan kaedah rawatan alternatif yang dijalankan.

Pemilik BLOG INI, ingatlah bahawa jika barah telah mencapai tahap 4, tidak ada seorang pakar yang terbaik dari seluruh dunia DAN juga tidak ada kimoterapi / radioterapi terbaik yang mampu merawatnya. Apabila pembedahan tidak dapat dijalankan lagi, kimoterapi  dan radioterapi adalah bertujuan palliative sahaja. Tetapi kenapa Dato Sarimah Ahmad semakin segar dan semakin sihat akibat perubatan alternatif?  Jawapannya tidak perlulah kita bergaduh sesama sendiri kerana Allah menyuruh manusia itu berfikir. Ada satu pihak mengatakan biji aprikot pahit berpotensi menyembuhkan barah dalam dos intravena dan pengambilan waktu yang tepat manakala di pihak lain menyangkalnya serta menegaskan aprikot beracun (mengandungi Sianida). Maka tanggungjawab terletak kepada kerajaan pemerintah bagi melaksanakan kajian dengan mengembleng segala kepakaran bioteknoloji yang ada di Universiti seperti di Universiti Pertanian, FRIM, Institut hutan Negara dsbnya. Badan inibertanggungjawab mengkaji sebatian laetril yang diperkatakan dengan membuktikannya keberkesannya dengan binatang makmal seperti tikus. Sekiranya Laetril dan amygdaline atau Vitamin B17 terbukti berkesan membunuh sel kanser pada binatang; LD50 (Lethal Dose 50) – di mana 50 peratus binatang makmal mati perlu ditentukan. Juga NOAEL dan LOAEL perlu ditentukan sebelum dimasukkan ke dalam formula di mana selamat dan paling optima bagi digunakan untuk manusia. Jika aprikot mengandungi Sianida, kimoterapi dan radioterapi adalah lagi buruk kesannya daripada kesan sianida Aprikot kerana sianida aprikot adalah kimia semulajadi manakala sianida digunakan dalam perang dunia kedua adalah dari kimia sintetik. Sama isunya dengan garam biasa Sodium Chloride NaCl yang akan dibincangkan. Sekiranya kajian para pakar bioteknoloji menunjukkan memang benar aprikot berbahaya kepada manusia, ,maka barulah pengilang aprikot ini ditangkap dan dikenakan tindakan mahkamah kerana menipu! Ini selaras dengan saranan Allah agar kita yang dijadikan khalifah di mukabumi juga hendaklah menjadi sebaik-baik hakim iaitu dengan membuat kajian terperinci serta menyeluruh sebelum mengatakan sesuatu produk aprikot itu berbahaya serta tidak berguna kepada tubuh manusia. Kita tidak boleh bersandarkan kepada penyelidikan dari luar Negara kerana terbukti pusat penyelidikan di luar sana dikawalselia dengan rapi oleh BY yang bermatlamatkan hanya mengejar keuntungan wang duniawi semata-mata.

 

Sebenarnya garam biasa pun beracun. Garam terdiri dari sebatian Sodium Chloride. Sodium adalah unsur Natrium yang bertindak balas ganas dengan air menghasilkan Sodium Hidroksida iaitu alkali pekat yang berbahaya kepada manusia. Sedangkan Chloride adalah ion Cl- . Asalnya adalah dari gas Klorin Cl2. Gas Klorin adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian mengejut! Dalam dos kecil, Gas Klorin merengsa rongga pernafasan kerana ia larut dalam cecair mukosa menjadi asid hidroklorik! Jika tidak percaya, tanyalah mereka yang bekerja di loji pembersihan air minuman kerana Klorin digunakan di situ bagi membunuh organisma patogenik! Yang perlu difikirkan kenapa garam iaitu sebatian Sodium Klorida tidak berbahaya kepada kita dalam kuantiti kecil… Sebenarnya meminum air mineral terlampau banyak sekalipun boleh menyebabkan kematian manusia!

Diulang tegas sekali lagi, bahawasanya tanggungjawab kerajaan pemerintah melakukan kajian terperinci samaada biji aprikot pahit bermanfaat kepada kesihatan manusia atau tidak. Samaada terbukti melalui kajian terperinci biji aprikot pahit bermanfaat kepada kesihatan manusia atau sekiranya terbukti melalui kajian terperinci biji aprikot pahit membinasakan kesihatan manusia, kerajaan pemerintah bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.

 
Pssst : Sekiranya benar biji aprikot ini beracun sianida kenapa semut merah suka memakannya ??? Binatang dan serangga telah diciptakan Allah amat peka kepada racun kerana mereka tiada internet atau buku atau safety protocol untuk dibaca!! Di rumah saya banyak sekali semut yang mengemari biji aprikot ini !!! Plastik pembungkus biji aprikot pun habis tembuk berlubang lubang disebabkan sang semut mahu makan juga biji aprikot yang dikatakan bersianida ini !!! CMP 1.52am 11 02 2013
 

Pssst 2: Artikel di atas sebenarnya telah ada ku ujudkan pada tarikh 15 12 2011 dan telah dipadamkan BUKAN olehku. Siapa yang memadamnya sudah tentu berkebolehan di dalam IT. Hari ini ia diterbitkan semula bagi menjadi pengajaran kepada kita semua !!! Hidup ini sekejap aja. Entah esok, entah lusa , entahkan sekejap lagi, kamu akan mati! Jadi tak payahlah padamkan atau sabotaj blog orang lain yang memberi faedah kepada manusia lain. Terima kasih atas kerjasama tuan ...

CIRI-CIRI INSAN YANG BAIK


CIRI-CIRI INSAN YANG BAIK
 
Tadi dah jenuh disajikan dengan manusia yang kita muskil kredibilitinya atau wibawanya... Nah di sini di tampilkan pula ciri ciri doktor atau insan yang anda boleh cari dan percaya mereka merawat anda dengan ikhlas dan suci hati tanpa meletakkan wang ringgit terlebih dahulu di hadapan mereka .....

Dalam Islam, menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah Islam apabila wafatnya junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W, maka seorang khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi mengantikan baginda sebelum pemakaman baginda S.A.W dilangsungkan. Ijma’ sahabat sepakat bahwa haram hukumnya kaum muslimin hidup tanpa adanya seorang khalifah atau pemimpin lebih dari tiga hari tiga malam.

Sabda Nabi S.A.W:

“Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik

seorang ketua”. (Riwayat Abu Daud)

Ini bermakna kepentingan melantik pemimpin untuk mengantikan kepimpinan yang telah berlalu untuk mengurus hal ehwal Islam dan melaksanakan kemaslahatannya adalah wajib. Atas sebab inilah Islam begitu memandang berat soal memilih pemimpin dalam semua peringkat kehidupan.

Persoalannya, bagaimanakah kita hendak menjadi pemimpin yang baik? Kita harus sedar bahawa pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.

Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.

Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38:

“Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah

dikerjakannya”.


Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah amat bersalah dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 41:

“Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari Kiamat pula mereka tidak mendapat

sebarang pertolongan”.

Islam telah menjelaskan kepada kita bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik. Berikut adalah antara ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;

 

1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin

sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi saw’

untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

 
Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. 2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual dan mental. Dalam al-Qur’an telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang.

 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26:

“Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi

amanah”.

 

3. Seseorang yang memiliki sifat taqwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegrit dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 103:

“Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu

adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”.

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan

menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi.

 

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala

jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila

kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu

menghukum dengan adil…”.

5. Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab dan peka dalam semua perkara ditunaikan kepada orang bawahannya dengan penuh kasih sayang dan kemesraan tanpa ada pemisah atau jurang kesombongan.

 

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah 128:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang

terhadap orang yang beriman”.


6. Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan. Hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 

“Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan

memotong tangannya”. (Riwayat al-Bukhari)

 

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

 

Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Riwayat at-Tirmidzi)

 

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada

orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin

yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta

dan menghampakan orang bawahannya.

 

Sabda Nabi S.A.W:

“Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam al-Qurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa,  Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

 

Hadis daripada Huzaifah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda

yang bermaksud:

“Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh”. (Riwayat Imam Ahmad)

 
 

Marilah kita menjadi Insan, doktor, guru, peguam, polis, profesional dan pemimpin yang takutkan Allah melebihi daripada segala-galanya. Kerana hanya insan yang benar-benar takutkan Allah sajalah yang mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai apa apa bidang kerja dengan jujur, amanah dan adil.

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan-ejekan dan permainan di kalangan orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang kafir musyrik itu sebagai pemimpin dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.  (Al-Maidah : 57)

 

 

 

 

Bagaimana nak cari doktor yang baik


 

Untuk merawat barah atau apa apa jua jenis penyakit, anda perlulah mencari doktor yang baik. Definasi doktor yang baik adalah doktor yang sanggup membantu anda bukan atas sebab wang ringgit tetapi beliau membantu anda kerana perasaan tanggungjawab dan belas kasih sayang sesama manusia !!!

Untuk mencari doktor sebegini anda perlu buat sedikit home work ... antaranya adalah mengetahui latar belakang doktor ini. Umpamanya

1.   lihat apa jenis kereta dipakainya ?

2.   lihat berapa besar rumahnya?

3.   berapa biji rumah dia ada?

4.   berapa orang isterinya?

5.   lihat perhiasan dipakainya?

Sekiranya dia bermewah mewahan, anda tahu dia seorang pengejar dunia dan bukan pencinta akhirat. Justeru teruskan usaha anda mencari doktor pencinta akhirat seperti anda ( pesakit kanser biasanya selalu mengingati mati )....

Kemudian boleh juga dikenalpasti sekiranya doktor anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.   Beliau tahu dosa dan pahala.

2.   Beliau selalu mengingati mati, tidak sombong atau meninggi diri.

3.   Beliau seorang yang Tahfiz Al Quran.

4.   Tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dsbnya.

5.   Beliau seorang yang disenangi oleh rakan rakan beliau.

6.   Beliau seorang yang disenangi dan dicari cari oleh para pesakit beliau. Pendek kata, pesakit tidak mahu berjumpa orang lain tetapi hanya mahu jumpa dengan beliau sahaja. Contohnya : Tidak ambil bayaran daripada orang terlampau miskin atau anak yatim dsbnya ...

7.   Bercakap dengan berhemah dengan anda. Tidak menyakitkan hati anda. Contoh: kalau tak mahu buat kimo/radioterapi tak apa, banyak lagi pesakit lain yang menunggu ... atau beliau mengatakan anda bodoh, memperlekeh anda dsbnya.

8.   Bersedia mendengar pandangan atau pendapat anda. Sanggup meluangkan sedikit masanya (tidak lokek) untuk mendengar anda.

9.   Ada sympathy dan empathy kepada permasaalahan anda.

10.               Tidak marah jika anda mahu pendapat kedua sebaliknya menyarankan anda kemana hendak pergi untuk dapatkan pendapat kedua (Second Opinion).

11.               Anda boleh dapat tahu dari cara percakapan dan bahasa badan (body language) nya  bahwa dia bukan bertujuan mendapatkan wang anda !!!

12.               Awas juga kepada doktor yang menggunakan ibadat (kononnya dia alim) untuk mengelirukan anda !!!

Justeru, doktor yang anda benar benar boleh percaya mestilah seorang yang beriman, taqwa, mengingati Allah sentiasa, mengingati mati sentiasa, mengerjakan amal salih sentiasa dsbnya .. sila perhatikan Firman Allah:

25:63 - Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !

25:64 - Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

32:16 - Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring (kurang tidur malam hari), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

39:9 - Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah ; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal. 

25:65 - Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).

25:67 - Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.

25:68 - Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).

 

 

 

 

Bolehkah kita percaya mereka bhgn 21


 
Enam Doktor diberkas SPRM

Dikesan palsukan laporan kesihatan sejak beberapa tahun…

 
Yg ini aku dah tak larat dah nak google dan copy tapi korang cari dan googlelah sendirilah ye. I help u , u help me heh heh heh …. Ia berkenaan 6 doktor mata duitan yg memalsukan laporan perubatan bagi kegunaan memohon lessen memandu JPJ !!! Bayarannya RM5 aje… dah boleh luluskan permohonan nak bawa lori atau kenderaan perniagaan!!! Doktod doktod ne ditangkap di sekitar Tapah, Manjung, Tlk Intan, Ipoh, Taiping, Gerik …. Abih tu SPRM buat operasi serbuan serentak kat Negeri Perak aje ke? Negeri2 lain dalam Malaya ne kenapa SPM tak buat ke deme Tido?? Kenapa RM tak buat serbuan hari hari? Kenapa serbu sehari aje dalam 365 hari ??? Ke SPRM pun 2 x 5 dengan doktod doktod ne……

Cuba korang pikirkan kalau pemohon lesen memandu tu ada penyakit sawan babi (epilepsy) yang selalu kena sakit tarik. Dibuatnya kena epileptic fit semasa memandu tak ke naya ??? Korang yg memandu pun mungkin terlibat sama … Ini lah doktor tak guna namanya !!!

Kalau pemandu ne selalu ada kena serangan sakit jantung dan terkena heart attack semasa memandu --- lalu pemandu lori ne pengsan ---- apa jadi kat kereta yang datang dari hala bertentangan ???

Bolehkah kita percaya mereka 20



 
NUSAJAYA 11 Feb. – Sepasang suami isteri berketurunan Iban hanya sempat menimang cahaya mata sulung mereka enam hari apabila bayinya itu meninggal dunia semalam akibat tersedak susu.

Kejadian tersedak susu itu didakwa berlaku di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru setelah bayi itu dirawat di situ selama dua hari.

Ibu bayi terbabit, Cassindra Gelungan, 25, mendakwa, anaknya yang diberi nama Angel Cassandra dilahirkan dalam keadaan normal dan sihat pada 4 Februari lalu.

Namun, katanya, disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan iaitu berusia 35 minggu, Angel terpaksa ditahan di wad HSA.

“Sepanjang tempoh itu, saya sendiri datang melawat dan menjaganya. Namun ketika tiba di wad yang menempatkan bayi saya pada Rabu lalu, ada kesan lelehan susu kering di bahagian tepi mulutnya.

“Angel tidak memberi sebarang respons pergerakan. Saya segera maklumkan kepada jururawat bertugas dan rawatan kecemasan dilakukan. Dan ia berjaya membuatkan jantung Angel kembali berdegup sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sejak insiden itu, anak saya berada dalam keadaan kritikal dan pada semalam, keadaannya amat lemah dan pukul 4.20 petang, anak saya disahkan meninggal dunia oleh doktor,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Nusantara di sini hari ini.

Bapa bayi itu, Jacbelin Jemmy, 23 memberitahu, dua laporan polis berkaitan kes terbabit di buat di Balai Polis Johor Bahru Sentral hari ini.

Jacbelin dalam nada kesal bagaimanapun memberitahu, dia kecewa dengan sikap sambil lewa kakitangan HSA yang cuai menjaga bayinya walaupun katil Angel berada dekat dengan kaunter jururawat dan laluan utama mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr. Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci mengenai kematian Angel.

“Kita melakukan bedah siasat dan mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kematian bayi berkenaan. Bagaimanapun, kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih teliti,” katanya.