Ahad, 7 April 2013

Bagaimana nak cari doktor yang baik


 

Untuk merawat barah atau apa apa jua jenis penyakit, anda perlulah mencari doktor yang baik. Definasi doktor yang baik adalah doktor yang sanggup membantu anda bukan atas sebab wang ringgit tetapi beliau membantu anda kerana perasaan tanggungjawab dan belas kasih sayang sesama manusia !!!

Untuk mencari doktor sebegini anda perlu buat sedikit home work ... antaranya adalah mengetahui latar belakang doktor ini. Umpamanya

1.   lihat apa jenis kereta dipakainya ?

2.   lihat berapa besar rumahnya?

3.   berapa biji rumah dia ada?

4.   berapa orang isterinya?

5.   lihat perhiasan dipakainya?

Sekiranya dia bermewah mewahan, anda tahu dia seorang pengejar dunia dan bukan pencinta akhirat. Justeru teruskan usaha anda mencari doktor pencinta akhirat seperti anda ( pesakit kanser biasanya selalu mengingati mati )....

Kemudian boleh juga dikenalpasti sekiranya doktor anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.   Beliau tahu dosa dan pahala.

2.   Beliau selalu mengingati mati, tidak sombong atau meninggi diri.

3.   Beliau seorang yang Tahfiz Al Quran.

4.   Tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dsbnya.

5.   Beliau seorang yang disenangi oleh rakan rakan beliau.

6.   Beliau seorang yang disenangi dan dicari cari oleh para pesakit beliau. Pendek kata, pesakit tidak mahu berjumpa orang lain tetapi hanya mahu jumpa dengan beliau sahaja. Contohnya : Tidak ambil bayaran daripada orang terlampau miskin atau anak yatim dsbnya ...

7.   Bercakap dengan berhemah dengan anda. Tidak menyakitkan hati anda. Contoh: kalau tak mahu buat kimo/radioterapi tak apa, banyak lagi pesakit lain yang menunggu ... atau beliau mengatakan anda bodoh, memperlekeh anda dsbnya.

8.   Bersedia mendengar pandangan atau pendapat anda. Sanggup meluangkan sedikit masanya (tidak lokek) untuk mendengar anda.

9.   Ada sympathy dan empathy kepada permasaalahan anda.

10.               Tidak marah jika anda mahu pendapat kedua sebaliknya menyarankan anda kemana hendak pergi untuk dapatkan pendapat kedua (Second Opinion).

11.               Anda boleh dapat tahu dari cara percakapan dan bahasa badan (body language) nya  bahwa dia bukan bertujuan mendapatkan wang anda !!!

12.               Awas juga kepada doktor yang menggunakan ibadat (kononnya dia alim) untuk mengelirukan anda !!!

Justeru, doktor yang anda benar benar boleh percaya mestilah seorang yang beriman, taqwa, mengingati Allah sentiasa, mengingati mati sentiasa, mengerjakan amal salih sentiasa dsbnya .. sila perhatikan Firman Allah:

25:63 - Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !

25:64 - Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

32:16 - Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring (kurang tidur malam hari), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

39:9 - Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah ; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal. 

25:65 - Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).

25:67 - Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.

25:68 - Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.