Rabu, 21 Disember 2011

Kington Isotonik


Kington Isotonik

Ia adalah sejenis cecair yang mengandungi unsur surih diperolehi dari persekitaran air laut dimana dakwa syarikat pengedarnya Elken, mampu menyihatkan serta memberi kebaikkan kepada tubuh badan seseorang (iSihat Januari 2012 Bil 50). Dakwa mereka, cecair ini merangsang sistem imun bagi menyihatkan dan untuk manusia kekal aktif sepanjang hayat. 
Saya ada membelek-belek cecair ini dahulu kerana saya suka membeli Elken spirulina. Cecair ini mengandungi bermacam-macam logam berat seperti Plumbum dan banyak lagi unsur surih yang saya telah lupa senarai kandungannya. Senarai unsur logam surih ini ada pada kotak ubat… Tiada komen disini, tetapi anda wajib cari di toxnet  dan cari selidiki mengenai bermacam macam jenis logam berat ini dan pelajari serta hayati apa kesan-kesan buruk berbagai2 jenis logam berat yang berlainan kepada kesihatan manusia melalui laman sesawang  toxnet .

Saya sempat mengenali serta bertanya kepada seorang nenek tua berusia 88 tahun yang masih mampu memanjat tangga rumah setingkat tanpa dibantu. Dulunya nenek seorang penoreh getah, suami juga seorang penoreh telah meninggal dunia pada usia 84 tahun. Nenek tiada penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, angin ahmar, barah dsbnya. Nenek tidak boleh duduk diam walaupun pada ketika sekarang. Jika duduk lama nenek berasa hendak demam atau tidak sihat. Paling tidak pun nenek mesti menyapu sampah atau mencabut rumput di halaman. Amalan nenek ini adalah minum air telaga, duduk jauh dalam hutan pedalaman. Selalu berjalan kaki dan menaiki bukit, makan ulam2an seperti ulam raja, maman pantai, pucuk petai belalang, petai, daun sirih kaduk, bawang putih, ibu kunyit, temu lawak , pucuk betik,  paku rawan, pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, hempedu bumi, mengkudu, putar wali, tenggek burung, mata pelanduk, putat, daun salang, daun manis dan macam macam pucuk malar segar hijau dan pahit menjadi amalan kegemaran nenek. Nenek juga mengamalkan beberapa petua iaitu seperti membasahkan anggota badan paling bawah dahulu baru membasahkan anggota badan naik ke bahagian atas sewaktu mandi dsbnya…Nenek tidur awal untuk bangun beribadah di awal subuh hari.
Alhamdullilah nenek masih sihat walaupun pergerakan nenek telah menjadi perlahan kerana dimamah usia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.