Apa herba nak makan jika anda
tinggal di Flat?
Anda didiagnosa mendapat barah dan anda
tinggal di Flat tinggi. Susah untuk anda untuk bercucuk tanam atau memiliki
kebun kecil. Jangan cepat berputus asa. Anda boleh mendapat ulam-ulaman,
makanan dan minuman segera yang murah jika anda tahu mengaturkannya.
Antara sumber yang mempunyai antikanser
adalah:
1.
Bawang Merah – Dibuat jus
2.
Bawang Putih – Dibuat jus
3.
Kunyit – Di buat ulam ketika anda makan nasi.
4.
Halia – Di buat ulam ketika anda makan nasi.
5.
Lengkuas– Di buat ulam ketika anda makan
nasi.
6.
Tomato – kupas kulitnya bagi mengelakkan
keracunan (Racun serangga yang masih tinggal di permukaannya)
7.
Makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah-buahan
berlainan jenis setiap hari
8.
Karot - dibuat jus – Gunakan Pengisar jus (juicer)
Panasonic MJ-70M untuk memudahkan kerja anda.
9.
Beet Root – dibuat jus
10.
Water Chestnut – dibuat jus
11.
Lobak putih
– dibuat jus
12.
Air kelapa muda
Sementara
itu, jangan lupa berusaha bercucuk tanam dalam pasu. Tumbuhan seperti petawali
adalah tumbuhan memanjat dan boleh cuba ditanam di flet anda. Daun dibuat ulam
dan batang dipotong dan dililit dipinggang. Amalan orang2 tua dahulu ialah
memakan batang petawali kering yang dililit dipinggang sedikit demi sedikit
sehingga habis kesemuanya. Petawali juga mempunyai bahan antikanser dalam
kajian yang dilakukan oleh saintis UPM / Mardi. Anda juga boleh menanam rumput
belalai gajah, tapak leman, terung susu kambing, hempedu bumi, hempedu beruang,
pokok mahkota dewa di dalam pasu. Gunakan baja organik seperti yang dijual oleh
UPM dsbnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.