Panasonic MJ-70M
Jenama
di atas adalah nama pengisar jus (juicer). Saya berpuas hati dengan prestasinya.
Anda boleh buat jus karot, nenas, beet root dsbnya dengan pengisar ini.
Sebaiknya anda tidak bertangguh dan segera ke kedai buku mencari buku panduan membuat
jus dari buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Pastikan buah-buahan dan juga
sayur-sayuran anda dari sumber organik serta bebas dari pelbagai racun.
Jus
karot boleh dicampur dengan nenas! Juga dengan beet root. Jangan gunakan air
semasa mengisar. Tumbuh-tumbuhan ini memang telah ada cukup air di dalamnya. Jika
rajin dan anda benar-benar sayang kepada orang / ahli keluarga yang terkena
barah, amalkan minum jus campuran ini 3 kali sehari. Jus nenas tidak boleh
diberi kepada orang sakit gastrik.
Kebaikan
minum jus adalah ianya 100% asli. Memang telah ada bioflavonoids, rutin dan
hesperidin di dalamnya. Bentuk molekul juga paling senang dan sedia diserap
oleh usus anda kerana ia 100% asli. Pastikan anda minumnya sebelum tidur malam
dan selepas bangun subuh ketika perut kosong. Untuk pastikan kadar serapan yang
baik, anda hanya boleh makan makanan pejal selepas 3 jam meminum jus segar. Jus
paling baik diminum terus kerana jika lama disimpan, kandungan vitamin dan
antioksida di dalamnya boleh berkurangan atau musnah. Susu boleh mengurangkan
kadar serapan vitamin dari jus anda. Jangan campurkan susu, gula atau air ke
dalam jus anda. Pesakit kanser perlu vitamin C dalam kuantiti yang banyak
setiap hari. Jika anda mengambil suplemen Vitamin C, ianya tidak asli. Bentuk
molekul tablet Vitamin C juga susah diserap oleh usus sehinggakan pakar
Homeopati menyarankan makan hingga 3000mg Vitamin C ( 3 biji ) setiap hari!
Vitamin C tablet juga ada vehicle dan kimia sebagai bahan pengawet dan pewarna
tiruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.