“Sudahlah tu Farah, jangan dikenang perkara
yang sudah lepas,” kata ibu sambil menutup televisyen. Aku menonton drama yang
disiarkan di TV3 di mana aku memegang watak utama dalam drama
tersebut. Drama itulah yang membolehkan aku dicalonkan untuk gelaran Anugerah
Pelakon Wanita Popular. Walaupun aku gagal memenangi
anugerah tersebut tetapi pencalonan aku cukup bermakna
kerana ia telah menaikkan namaku setaraf dengan artis-artis yang lebih
‘established’. Dahulu, aku dikenali sebagai artis wanita yang cantik, berkulit kuning
langsat, genit dan lincah. Kemana aku pergi sentiasa
mendapat perhatian, ramai lelaki ingin menghampiriku untuk berkenalan. Tetapi
hari ini, dengan badanku yang kurus kering, rambut yang
hanya segenggam dan muka yang cengkung…. Aduhai, betapa bezanya
diriku dulu dan sekarang….
Detik hitam dalam hidupku bermula 5 tahun
dahulu apabila pada kemuncak kerjayaku sebagai artis, aku menerima tawaran untuk menjadi
duta kecantikan rangkaian produk kecantikan yang agak terkenal.
Aku pun mula menggunakan produk tersebut. Walaupun pada mulanya kulit mukaku
terasa gatal-gatal, aku tidak menghiraukan sangat kerana
aku taksub dengan perubahan pada wajahku. Kulit mukaku
kelihatan begitu cantik, putih gebu dan kemerahan. Ramai yang memuji kecantikan
wajahku. Aku begitu yakin akan produk yang aku gunakan
dan terus mempromosikannya kepada kaum keluarga, sahabat
handai dan orang ramai.
Kulit yang pada mulanya gatal menjadi radang
dan terus mengelupas. Kulit mukaku semakin tipis tetapi aku masih tidak menghiraukan
sangat kerana aku sangka itu tandanya kulit sudah menjadi lebih halus. Mungkin kerana umurku yang masih muda, kesan buruk pada
wajahku tidak ketara sehinggalah hampir 3 tahun
menggunakan produk kecantikan tersebut. Kulitku mulai kusam dengan warna kulit
tidak sekata. Apabila terkena cahaya matahari, kulit
mukaku merah menyala seperti udang kena bakar. Pada mulanya
kemerahan itu akan reda sendiri tetapi lama kelamaan bahagian yang merah
menjadi terbakar. Kulit yang dahulunya licin menjadi
berbintik seperti pasir dan dipenuhi tompokan berwarna coklat kehitaman.
Puas aku bertukar produk, mendapat rawatan di
salun-salun kecantikan, namun keadaan kulitku bertambah teruk. Yang paling
mengecewakan lagi apabila kontrak aku dengan syarikat produk kecantikan tersebut dibatalkan. Aku disuruh perbaiki wajah yang sudah hodoh,
walhal produknya yang menyebabkan wajahku menjadi
sedemikian rupa! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tiada lagi produser filem
yang mahu memberi aku peluang berlakon lagi. Aku masih
teringat kata-kata mereka. “Sorry Farah, nanti bila you
dah cun macam dulu, contact I balik OK”. Begitulah hidup dunia artis; bila rupa
muka dah tak ada, tiada siapa yang nak pandang kita
lagi…
Sejak setahun yang lepas, aku kerap mengalami
rasa pening dan sakit kepala, sentiasa berpeluh, rasa dahaga, sakit perut dan
cirit-birit. Tanggal malam 12 Oktober 2006, setelah seminggu demam panas
yang tinggi dan sukar bernafas serta muntah-muntah, Tijah kawan
serumahku membawa aku ke HUKM. Aku tidak dibenarkan
pulang dan dirawat di wad kecemasan. Keesokan harinya, setelah menjalani
pemeriksaan fizikal keatas diriku dan melihat keadaan kulit
mukaku yang dipenuhi tompok hitam, sambil mengeleng-
gelengkan kepalanya, Dr Rusilah yang merawatku memberitahu kemungkinan besar
aku menghadapi masalah keracunanHydroquinon e, kesan daripada produk kecantikan yang telah
aku gunakan. Dr Rusilah juga
agak risau melihat tahi lalat di pipi kiriku yang mempunyai lingkaran hitam
disekelilingnya. Memang aku perasan, tetapi pada sangkaanku ia
telah bercantum dengan tumpukan hitam yang sememangnya
sedang membesar
Biopsi dilakukan
pada tahi lalat tersebut dan setelah laporan makmal diterima, alangkah
terkejutnya apabila aku diberitahu menghidap kanser kulit jenis ‘Nodular
Melanoma’. Ibu yang sedang menemankanku menangis sekuat hatinya sambil
memelukku. Aku terdiam kaku dan tidak mampu bersuara. Aku masih ingat ketika
itu perasaanku sedih bercampur geram. Geram kerana terasa diri diperalatkan
oleh syarikat produk kecantikan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Apa ituHydroquinone, doktor?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari
mulutku.
Dengan menarik
nafas panjang, Dr Rusilah berkata, “Hydroquinone adalah sejenis bahan
penghakis kulit.
Bahan kimia beracun ini juga digunakan dalam pemprosesan filem gambar.
Hydroquinone yang diletakkan pada kulit akan menyebabkan
terjadi proses depigmentasi iaitu proses di
mana pigmen dibuang dan ini
menyebabkan kulit menjadi lebih cerah.Hydroquinone digunakan sebagai pemutih
dalam produk kecantikan keranahydroquinone mampu mengelupaskan kulit bahagian luar dan
membenteras pembentukan pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit.
Pengelupasan ini membuat peradangan serta iritasi kulit sehingga kulit menjadi
merah dan terbakar.Hydroquinone juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang, kanser darah atauleu
kemia, kanser kulit dan kanser sel hati iaitu hepatocellular adenoma.
Walaupun produk kecantikan hanya disapu pada bahagian kulit, namun ia boleh
meresap ke dalam kulit dan dibawa ke seluruh bahagian tubuh melalui peredaran
saluran darah. Ia juga boleh meresap melalui sistem pernafasan dan mulut.
Kandungan bahan ini didapati tinggi di bahagian hati dan buah pinggang”, terang
Dr Rusilah dengan panjang lebar.
Setelah enam bulan
berlalu dan selesai menjalani rawatan pembedahan serta kemoterapi, laporan
CAT Scan yang dilakukan
tempoh hari mengesahkan kanser tidak dikesan di bahagian lain dalam
tubuhku. Dr Rusilah berkata
insyaAllah kanserku berjaya dirawat. Walau bagaimanapun aku perlu menjalani
pemeriksaan susulan selama 5 tahun untuk memastikan kanser tersebut tidak
berulang. Sekarang keadaanku kurus dan rambutku yang dahulu cantik mayang
mengurai kini hanya tinggal tipis serta jarang akibat kesan sampingan
kemoterapi tetapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana penderitaanku ini
sememangnya juga suatu rahmat kerana ia membuka hatiku untuk bertaubat dan
mengingati kembali Allah SWT. Aku berterima kasih kerana ibu dan adikku, Leha
telah banyak membantuku mengharungi saat-saat genting dalam kehidupanku dan aku
berniat akan menjadi seorang insan yang lebih baik.
Esok, bakal kakak ipar Leha, Dr Suriani seorang
pakar kulit dari HUKM akan membawaku ke salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty
Formula. Sebagai seorang wanita, aku tetap mahu memperbaiki kerosakan pada
kulit mukaku dan kelihatan cantik kembali. Menurut Dr Suriani sudah lebih 10
tahun dia menggunakan produk Zai’s Beauty Formula dan dia amat berpuas hati.
“Ramai doktor wanita dan isteri doktor kenalan Kak Ani menggunakan Zai’s Beauty
Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar,” terang Dr Suriani padaku. “Produk kecantikan
ini paling selamat kerana tiada langsung menggunakan bahan kimia, pewangi,
pengawet dan penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan
produk ini menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad
kerana proses penapaian mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Itulah sebabnya
produk kecantikan Zai’s Beauty Formula tidak dapat dikeluarkan dengan banyak
dan tiada agen atau stokis dan ia hanya boleh didapati di Salun- salun Alam
Kecantikan Zai’s Beauty Formula”. Tak sabar rasanya nak ke sana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.